Selepas ritu Berjalan Raya Di Banda Hilir sempat juga anak-anak bermandi-manda di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Asal kejadian nak naik PD jumpa kawan yang baru lepas bersalin ritu, tapi lain pulak jadinya. Mengajak la atok dan Opah bebudak ni join sama kami anak beranak.
Nama saja piknik, tapi makanan tak ada dibawak sebab ntah la - bukan rumah sendiri jadi tak tau nak masak apa. Bangun lambat sebab penat semalam. Pahtu ---- Ah, semua alasan semata duhai kapisah!
Kami tiba di PD dalam tengahari memang matahari panas terpacak di atas kepala. Nasib di tepi pantai kuat angin dan air laut baru nak pasang. Sementara husband memasang khemah untuk Atok dan Opah bebudak ni, kami tiga beranak pun turun mandi manda memandangkan airnya belom lagi tinggi.
Ni bila ayahnya dah siap pasang khemah untuk Atok dan Opah selesa berguringan sambil nikmati angin pantai. Opah pun cakap, dah lama dia tak mandi pantai. Al-kisah Aien dah naik dengan Nadhira sebab dah kengantokan tu anak.
One more thing yang buat Aien seram nak mandi, sebab ternampak cacing di pantai situ. Like me what?? Ada cacing. Terbayang pulak cerita di FB yang cacing masuk kulit tu. Adoii. seram nok. Lelaju la bete naik lepak makan-makan jajan yang dibawak Opah. Tanya Atok dan Opah nak makan tak, memasing sedap golek-golek. Nama aje la piknik. Tapi apa pun tarak. Haha Kalau ikut kami anak beranak, enjoy je dulu. Nanti kita cari makan. Memang kebiasaan Aien akan bawak bekal. Entah kali ni. Har har har
Kesejukan sudah mereka berdua ni tapi masih gigih nak main. Dapat pulak penyedok ke pengorek pasir tu sorang satu. Memang tak ingat nak balik la kan. Dalam mengigil macam tu, ada motorsikal aiskrim lalu, minta dibelikan aiskrim lagi. Yadoiii~ Ayahnya layankan aje anak-anak.
Tak lama lepas tu, diajak turun balik tu yang main pasir lagi di bibir pantai. Bila air dah pasang, mendekat dengan tanah rata. Macam penuh pulak orang, padahal masa air surut tadi nun, jauh di sana ramai jugak tapi tak nampak sempit. Hee ada-ada aje la awak ni kapisah!
Selesai mandi di tandas yang agak terhad jugak bila orang dah ramai, menahan telinga aje dibebel oleh Atok si Nayla ni pasal management tak berapa nak betul. Menantunya gelak saja laa. Bila kita terasa kita banyak sangat perancangan lebih dari orang lain, payah juga.
Agak laju jugak bila kemas khemah ni. Ambil gambar buat kenangan Atok join cucu-cucu berkhemah. Baru tahu ayahku ini kaki hiking rupanya. Cuma kalau bermalam ni dia tak berapa nak minat sangat. Hee~ padan la kami tak pernah merasa masa kecik dulu.
Dah jam 4 petang baru cari makanan. Hee~ siapa suruh bila ditanya katanya masih kenyang. Haha Anakmu ini tak faham bahasa sindiran. Bila lapar, cakap lapar. Ya dibelikan makanan. Haha Bila ingat balik, durhaka betul aku ni. Sian mak pak aku kebuluran tunggu kami anak beranak mandi. Maafin anakmu yaa..
Pulang ke Kuala Sungai Baru sampai nya maghrib. Jalan semua jammed semua orang berpusu pulang setelah cuti panjang. Kaw kaw Pengkalan Balak jammed. Hee~
Next~ mana destinasi kita ni?
aienienka
1 ulasan
Dulu masa ddk kat PD, habis semua pantai pergi. Sampai ke Melaka tu ha berjalan nak tgok pantai.
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤