Salam 3 tahun Abe Izz

Isnin, Julai 18, 2022

 


Pejam celik (padahal rasa macam lama jugak la) Abang Najmi dah 3 tahun. Pheww... nak hadap tantrum learning proses emosi dan mental dia Ibu dan ayah kena kuat. Ibu la kan terutamanya. 


Selamat ulang tahun kelahiran abang! Nak amek gambar fresh hari ni dia tak mau. Shy shy ajee.  Hari tu dah saing sekali dengan atok celebrate birthday siap kek. Petang sikit nanti ibu beli kek comel untuk abang ye. Harus ada, sebab kakak dan adik dia dapat sebijik sorang. Kecik pun memadai, janji ada..


 Anak bujang ibu dah 3 tahun, semoga membesar menjadi orang berguna dunia akhirat. diberikan terang hati untuk pelajari ilmu panduan dunia dan bekalan akhirat kelak. 


Abang, anak Ibu yang membesar dalam kongkongan PKP. Ibu dan ayah masing-masing struggle kawal emosi. Tengok balik koleksi video dia, kebanyakannya nangis. Sedihnya lahai tengok. Ibu simpan sendiri, supaya Ibu sentiasa ingat, jangan asyik nak buat anak nangis je. Jangan tahu buat budaknya, tapi segala tentang budaknya tak nak amek tahu.. Struggle nak memahami dia, sebab kita juga manusia yang boleh tilik hati orang apatah lagi anak sendiri. Sampai ke besar besok pun Ibu takkan paham perangai kamu duhai anak. Ibu cuba buat terbaik semoga kalian membesar dalam keadaan yang baik-baik saja. 


Enjoy your childhood moment, jangan stress dan sedih sebab Ibu selalu ada. ❤️ 


Love, Ibu..


He so proud showing his karya masa di Mamee Jonker House. Jeng pale tengok dia conteng dalam cup. Haha 


6 ulasan

  1. Happy birthday abang Najmi.. semoga jd anak soleh kebanggaan ibu bapa.. aaminn

    BalasPadam
  2. waaaa happy belated birthday abg najmi~~ sekejap je masa berlalu

    BalasPadam
  3. Happy belated birthday Najmi. Semoga jadi anak soleh ya

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤