Salam Maal Hijrah 1444H

Jumaat, Julai 29, 2022

 


Kejap saja rasa dah nak masuk tahun baru Islam. Rasa semalam baru raya Aidilfitri, eh dah Aidiladha pulak. Know know dah Maal Hijrah. 


Sempena tahun baru ini, Aien memohon ampun dan maaf pada semua pembaca yang sudi singgah dan membaca bebelan mak cik kapisah ni. Hee~ semoga diberikan kesihatan, dan dipermudahkan segala urusan. 


Awal Muharram bermaksud, bermulanya tahun baru bagi kita umat Islam yang seperti yang  ditetapkan oleh Khalifah Umar Al Khattab. 


10 Muharram juga dinamakan sebagai "Assyura" bagi mengingatkan sejarah terdahulu dalam memperjuangkan dan menegak keadilan demi Islam. Pada hari ini umat Islam digalakkan untuk berpuasa. 


Selain daripada itu, terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharrami di antara adalah: 


  1. Nabi Adam A.S bertaubat kepada Allah SWT
  2. Nabi Idris AS diangkat Allah SWT ke langit
  3. Nabi Nuh AS diselamatkan oleh Allah SWT daripada kapal yang telah ditelan bumi sesudah 6 bulan. 

Dan banyak lagi. Korang boleh baca di Maal Hijrah 1444H untuk lebih banyak perkara yang berlaku dalam bulan yang mulia ini. Seperti biasa sebagai menghormati pertukaran tahun, kita harus mengakhirinya dengan doa begitu juga dengan permulaannya. Agar tahun kita akan diberkati oleh Allah SWT. 



Doa akhir tahun ini dibaca selepas solat Asar pada 29 Julai 2022. 



Manakala doa awal tahun pulak dibaca selepas solat maghrib pada 29 Julai 2022. Ini kerana petanda hari baru bagi umat Islam adalah turunnya matahari. Bersama kita mulakan tahun baru kita dengan perkara yang lebih baik. Mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam beribadah. Allahumma Aamiin. 



Selamat tahun baru dan selamat bercuti semua! ❤️

7 ulasan

  1. Selamat tahun baru dan selamat bercuti!

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah untuk awak sekeluarga.. Semoga di tahun baru nie, kita akan terus berusaha untuk menjadi umat Rasulullah SAW yang taat pada Allah dan RasulNya... Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat jua,...

    BalasPadam
  3. Moga yang indah-indah dan baik-baik menanti kita tahun baharu ni. Salam Maal Hijrah, Aien :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤