Thank You Mak Udak datang singgah!

Selasa, Julai 26, 2022

 

Bulan lepas, adik Aien no 5 pesan, tarikh sekian usah pulang kampung dia mahu datang jenguk anak-anak manakan dia yang setelah sekian lama tak datang. Maka, sabtu lalu dia datang setelah flight dari Miri ke Senai tiba lewat malam. 


Datangnya ke mari sebab ada geng squad dia nak kawen di PD, alang-alang tu kan. Singgah la ke mari sebab raya ritu kami tak balik an. 


Masing-masing muka blur, ingatkan Mak Anjang dorang datang. Konfius pulak tu bila Mak Udak dia datang dengan kawan 3 orang. Semput naik tangga ke tingkat tiga. Thank you sudi bawakkan adik akak ke rumah akak. 



Ole-ole buah tangan dari adik kek Tapak Kuda dari Habibi Cake Shop. Kedai wajib singgah kalau ke Miri ni. Ada tiga jenis sebenarnya, tapi tu la. Tak sempat snap dah ghaib. Nasib la anak-anak koi suka bebeno ler manisan yang namanya kek ni.  Kek yang kiri, perisa strawberry dan yang kanan coklat mint. Satu lagi coklat vanilla. 


Buat la gambar kenangan walaupun anak-anak buahnya susah bebeno nak diambil bergambar. Semua dah balik, sibuk la memasing tanya terutamanya Nayla, Ibu mana gambar orang tu yang kakak amek? Hurm, anak.. itu makcik mu.. Besok-besok Ibu tak ada. Dorang je la kawan awak tau. 


ps: jemput la datang lagi ye. Jangan serik. 



8 ulasan

  1. Sedap tu kek tapak kuda..
    Muka sama betul hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. lama tak makan kek tapak kuda ni.


      Haha sebab spec kot.

      Padam
  2. Balasan
    1. macam mokde / mak uda laa. tapi tambah K belakang. Hehe

      Padam
  3. Salam kenal. Siney Habibi Cake Shop ya di Miri? Dolok selalu juak ke Miri jalan2 nanggar movie (masa ya Bintulu belum ada cinema).

    Best eh adik datang ngabas anak-anak buah. Mesti suk sidaknya jumpa mak udak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mun masih la kan, sik silap kmk rah Dewan Suarah sia. Berdepan dengan dewan Suarah Miri kedey nya

      Padam
  4. hahaha mak udak kena rajin datang tengok anak menakan la kalau macam tu. Macam sedap je kek tapak kuda tu

    BalasPadam
  5. Selalu dgr kek tapak kuda ni, sedap ke kak?

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤