Tajuk: Oh My Boss, Love is not Included! Oh my Boss, Koi Wa Bessatsu De
Genre: Comedy, Office life, Romance, Fashion
Bil. Episod: 10 episod
Barisan Pelakon: Mone Kamishiraishi, Nanao, Yuta Tamamori,
Sinopsis: Nami Suzuki, dilahir dan membesar di sebuah daerah terpencil serta tidak mempunyai sebarang impian kerana dia sangat easy going person. Berpindah ke kota Tokyo dengan memohon sebagai pekerja bawahan di sebuah syarikat besar hanya dengan harapan dapat berkahwin dengan childhood sweeatheartnya dan menjalani kehidupan yang biasa saja. Namun, cintanya cuma bertepuk sebelah tangan. Kenya dan temuduga kerjayanya tidak seperti diharapkan.
Tetiba dia menjadi seorang pembantu chief editor majalah fashion- MiYAVi iaitu Reiko Horai yang tak ubah seperti Devil. Reiko menganggap Nami tak pernah serius dengan jawatannya dalam diam Nami belajar sesuatu daripada majikannya itu. -kredit: asianwiki
Point of my view
Huish lama betul dah tak tengok Japanese drama ni. Tetiba terjumpa short video di youtube terus berkenan lagi-lagi si Mone punya lakonan ni. Last tengok drama Japan on 2019. Last review drama, bulan lepas. Heee, sibuk naw ler Khafisah ni.
Ha, rating best dia tu duduk 8/10 cause tipikal Japanese drama yang beransur pekerjaan dan semangat la. Cuma digubal dengan penambahan romantik sedikit. Di mana Nami Suzuki sedih dengan Ken-chan dia ada tunang baru. Padahal dia berharap Ken-chan tu melamar dia. Alih-alih dia masuk kerja dengan bos yang garang. Plus hari dia nak interviu tu tetiba terduduk atas kerusi yang baru kena cat. Itu la highlight drama ni.
Jumpa seorang jurugambar yang tak disangka juga seorang Horai - Junnosake. Iaitu adik kepada bos dia. Haha Lawak giler tengok respon dia.
Pelakon yang membawa watak Horai Junnosake ni macam tak pernah nampak dia berlakon - walaupun muka Jepun ni lebih kurang aje kan. Maka Khafisah pun memulakan cariannya. Rupa-rupanya Yuta Tamamori ni seorang penyanyi dan dia bersama ahli kumpulan dia menyanyikan lagu OST untuk drama ni. Ehh, yang penting dia 1990. Ha ha Ha
Ergh so cute OST dia. Paling struggle semestinya si Nami Suzuki yang cuba nak percaya bahawa si Horai Junnosake ni suka dengan dia bukan sekadar puppy love sebelum dia jumpa tuan yang baru.
Dan sambil tengok drama ni, realise satu perkara, di mana drama Jepun ni tak ada try hard nak jadikan karya dorang ni supaya HD 4KScreen view gitu. Paham tak? Dia macam masih old skool punya drama di mana tetap ada peminat dia sendiri. Yang penting juga mereka juga masih mempromosikan DVD untuk drama dan juga OST mereka. Omoh~ Kalau di Malaysia semua dah digital habis dah rasanya. Tak ada dah promo pasal hardcopy ni semua. Paling tidak, tonton la di pawagam berdekatan dengan anda. Heee~
Over all, drama ni santai giler dan tak ada la letak expectation yang Nami dan Junnosake tu bersama tapi sudahnya semestinya happy ending. Sesuai la dilayan untuk hujung minggu yang sangat sejuk ni. Stay safe semua ya. Happy Sunday!
Hi, Khafisah di sini! | Sarawakian tinggal di JB | Suri rumah & Full time Blogger | Lifestyle | Drama lover | Media | FAQ email at khafisah.ashadi@gmail.com
1 ulasan
Pelakon wanita ini comel.. Sha ada tengok dia dalam cerita lain.. Drama ini tak tonton lagi..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤