Jatuh cinta dengan SLAE Cosmetic, suri rumah kini tampil berkeyakinan

Isnin, Ogos 22, 2022

 

Kredit: Anderson Guerra (Pexels) 

Once upon a time, I wishes to be a beautiful woman in the world as in cinderella story, always ask to mirror, who's most beautiful woman in the world. I want me to be the answer. Perempuan dengan mekap tiada sudahnya. Tak kira bagaimana rupa paras seseorang, mereka juga pasti ingin berhias kemas dan cantik. 


Dahulu, ketika bekerja di Branch produk kecantikan wanita di Miri, aku rasa tak layak kerja di situ. Ya lah kan hari-hari nak kena mekap. Padahal aku ni foundation pun masih tak reti bezakan, apatah eyeliner yang selalu mendatangkan kesulitan pada semua beginner. Frust usah la nak dikatakan. Senior manager dok puji, kulit awak ni cantik. Jenis darah kacukan Jawa cina, memang senang je nak di tambah serba sedikit dan siap. Jenuh la sampai sekarang aku dah jadi suri rumah masih berangan nak belajar mekap, masih la tak pandai-pandai lagi. 


Apa ek susahnya mekap ni? Selalunya orang bermekap ni take years and almost give up bila tengok hasil mekap sendiri dah rupa cina rogan. Tahu tak cina rogan macamana? Haha La ni style begitu bukan lagi menjadi tarikan masyarakat sekarang. Asal kejadian mesti konon nak acah flawless dan natural mekap. Tapi rasa semua tahu jugak, natural mekap without a beautiful skin pasti bercapuk juga kejadiannya. Adeh, memang susah. Bila dah pandai, puas hati giler tengok muka sendiri kan? 


Skincare pun bermacam jenis dah cuba, apakan lagi dengan jenama mekap ni. Dari yang serendah RM10 satu untuk foundation sehingga RM69 (saja la letak limit) punya harga. Sama juga gitu mukanya. Last-last kita calit je la gincu sikit dengan tepek je foundation je, senang kerja. Bila dah suri rumah yang mahal pun jadi macam terlebih mahal bila poket sendiri tak berkepuk. Jenuh nak jimat kalau guna hari-hari pun menangis jugak.  Nama kita ni wanita suka sangat asal nampak warna cantik mesti nak cuba. Tesktur halus sikit nak try. Ehh korang mesti sama kan? Nampak juga SLAE Cosmetic ni kat iklan shopee. Eh, macam lawa je. Macam menarik je. 


Haa, aku try la beli dia punya blusher degan lip matte. Serius lawa. Sempena Pay Day 25hb nanti, dorang SLAE Cosmetics siap ada sale lagi ni haa.


Korang boleh terjah :  SLAE Cosmetic Shopee
Atau layari website : SLAE Cosmetic


Kalau masa kerja boleh mekap, dah jadi suri rumah takkan la nak rupa akak ponti lak kan? Kita kan Domestic Manager. Aahh~ gituu. 


2 ulasan

  1. apa salahnya, suri rumah lah kena rajin melawo kan.. reward diri sendiri

    BalasPadam
  2. suri rumah pun berhak untuk cantik..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤