Happy Monday people! Pepagi ni tak tau ler nak sarapan apa kan? Ajum la ni Khafisah nak show dengan korang ritu cuba makan satu DIMSUM FROZEN ni.
Apa itu Dimsum?
Untuk first time dengar perkataan Dim Sum ni sebenarnya merupakan makanan kaum Cina terutama sebelah Hong Kong yang berbentuk makanan sampingan yang selalu dihidangkan bersama teh dan beberapa menu lain. Dim sum ini juga seperti makanan tambahan yang kecil dalam portion yang banyak yang sesuai di makan ketika snack.
Dimsum boleh dihidangkan dalam 5 jenis cara masak atau ikut secara tradisional sebenar ia dikukus, direbus ataupun digoreng dalam minyak yang banyak.
Kebiasaannya Fisah akan cuba dapatkan dim sum ni ketika berjalan ke pasar malam atau buat sendiri. Tapi semalam cari kulit dumpling ni tak jumpa pulak di Econsave. Makanya kita order saja la. Nasib baik adik seller kita ni dia ada stok. Jadi, ASAP dia delivery malam ke rumah mak mentua.
Mak mentua Fisah pun baru pertama kali dengar perkataan dim sum ni. Haha Menantu dia jenis suka try and error makanan. Kalau sedap kat tekak orang tua ni, makan la jugak maknya. Ajar makan sushi, tak ngam! Nasib Dim Sum ni dia pandai makan sebab katanya macam nuget pun ada bila sudah digoreng.
- Kuning - Ayam
- Hijau - Ketam
- Oren - Udang
- Ungu - Sotong
Untuk suami yang tak makan ketam, dia pilih la warna selain hijau tu. Untuk satu pek ni, Fisah beli yang satu kilo dalam anggaran ada 40-50 biji isinya. Muai juga buat kudapan serta lauk makan tengahari. Untuk setiap pembelian ada juga disertakan dengan sos cili thainya.
Last but not least, sedap aje rasa dia buat kudapan sampai ke petang. Untuk area Pontian dan Pekan Nanas boleh dapatkan dengan brader ni, dia selalu juga posting di group Geng Pekan Nanas dan Pontian Official. Dari situ jugak Fisah dapat no dia. Haha
Ps: tak tau boleh bukak ke tak, sebab dia biasa posting di group Pontian dan Pekan Nenas. Hehe
aienienka
13 ulasan
Suka dimsum, pernah jugak beli yg frozen, nanti boleh lah terai dimsum chakata ni.
BalasPadamBaru lagi rasanya brand ni. Sedap jugak kak.
Padamkita peminat dimsum tapi skrg susah nak jumpa kt kg ni
BalasPadamBuat sendiri je la tapi penat kukus habis kukus habis. Bila nak penuh xtau
Padamwaa dah lama tak makan dimsummmm
BalasPadamHarus dicuba
Padammakan dimsum ni memang tak puas. Tak pernah cuba lagi dimsum chakata ni.
BalasPadamKan, lagi3 buat sendiri. Hahaha Penat gentel, lepas kukus je dah licin pinggan. Adehh
PadamWow.. salu beli dah siap je... buat sendiri pun tak pernah.. order deliver ke rumah pun yg dh siap masak.. hahahaa.. One day can try.. huhu
BalasPadamItu cara senang.. Kalau rajin merasa air tangan sendiri sedap gak.
PadamSis pernah juga beli dimsum frozen, yang brand ni belum nampak plak.. biasa beli kedai frozen yang takde nama punya..
BalasPadamOoohhh, kita pun first time cuba brand ni. Hehe
PadamOwh.. Aien goreng eh.. Sha selalu kukus atau bakar dalam air fryer.. Menarik juga ini.. Boleh Sha try goreng nanti..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤