Korea Drama Review: About Time (2018)

Isnin, September 05, 2022



 

Tajuk: About Time 

Genre: Romantic, Drama, Life, Fantasy

Channel: tVN 

Bil. Episod: 16 

Barisan Pelakon: Lee Sung Kyung, Lee Sang Yoon, Lim Se Mi, Han Seung Yeon, Ro Won, Kim Hae Sook, Kim Dong Joon and etc.

Sinopsis: Choi Michaela seorang pelakon musikal dan memperolehi kelebihan melihat jam hayat seseorang. Apabila dia boleh melihat jam hayatnya sendiri, Michaela tidak mempunyai masa yang panjang. Dia berusaha untuk menggunakan sisa hidupnya dengan baik sehingga dia bertemu dengan seorang lelaki yang membolehkan jam hayatnya terhenti kemudian Michaela jatuh cinta dengan lelaki itu. -asianwiki

MY REVIEW


Terjumpa cerita ni randomly by short di Youtube. Macam best pahtu layan la. Sedar-sedar habis dah 16 episod. Haha Begitu la dramanya. 


Menceritakan tentang Michaela yang perolehi kelebihan melihat jam jangka hayat seseorang selepas kematian neneknya. Sehingga satu ketika dia boleh nampak jam jangka hayatnya sendiri, Michaela melihat masanya tidak tinggal lama. Padahal dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit. Dengan baki masa yang ada, Michaela cuba mencapai impiannya ingin berada di pentas musical. Di samping membuat kerja sampingan di hospital. 

Good drama indeed. Michaela mempunyai semangat yang tidak pernah mengalah dengan hidup walaupun dia tahu baki masanya tidak banyak. Dia menjadi tunggak pendapatan keluarga setelah ayahnya bankrup dan dimasukkan ke dalam penjara. Michaela membuat simpanan supaya keluarga tidak susah selepas kematiannya kelak. 

Kawan karib Michaela, Jeon Seong Hee yang mengetahui segala tentang gadis itu sentiasa memberi sokongan positif. Senang kata drama ni, penuh dengan positif vibes. Walaupun agak perlahan dan meleret sedikit, tetap nak tahu kesudahnnya. 

Sehingga Michaela bertemu dengan Lee Do Ha buat pertama kali di hospital dan membuatkan dirinya terlambat menghadiri ujibakat musical. Masa tu, Michaela tak perasan lagi yang Do Ha ni boleh buat jam dia terhenti sehingga mereka bertemu sekali lagi di bisnes trip Do Ha di Shanghai ke mana ntah tapi di China la kan. Do Ha cuba nak dapatkan pelaburan dari sebuah syarikat China untuk pentas musical pertama keluaran syarikatnya.


Bila dia dapat tahu, gigih la nak merapati Do Ha semata nak tengok di mana jam jangka hayat lelaki ni sebab Michaela tak nampak. Dia cuma perasan yang jam jangka hayatnya makin bertambah apabila dirinya merapati lelaki tu. Rupa-rupanya Lee Do Ha ni boss tempat kerja kawan baik dia. Kecik betul dunia. Makanya makin gigih Michaela nak dapatkan watak di dalam ujibakat pentas musical terbitan (betul ke) syarikat Lee Do Ha ni. Malangnya, pengarah untuk pentas musical tu pengkritik masa dia terlambat datang ujibakat yang terdahulu. Adeh.. 

Hasil usaha gigih Michaela, akhirnya berjaya dia menghampiri Lee Do Ha dengan menjadi supir a.k.a pemandu lelaki itu yang menghadapi anxiety. 

Beberapa episode pertama cerita pasal usaha Michaela menghampiri life saver dia. Sampai mereka berdua jatuh cinta. Padahal masa tu, Do Ha ni melamar kawan baik dia, Bae Soo Bong yang bapanya telah aturkan perkahwinan bisnes. Bila dah jatuh cinta dengan Michaela, Soo Bong ni sakit hati bila Do Ha mula melupakan dia. Haa, sini aje la konflik dia. Sakit hati dengan Soo Bong ni kemain dulu orang tu melamar sampai 6 kali ditolaknya, kerana baginya Do Ha tak mampu memberikan cinta kepadanya. Bila Do Ha dah jatuh cinta dengan Michaela yang masa tu dah dapat watak sampingan dalam musikal yang bakal dikeluarkan oleh syarikat Do Ha tu, dia mula nak tunjuk belang dia konon Michaela ambik hak dia. Eh Eh Soo Bong ni. Siap bawak ex Do Ha yang juga pelakon musikal untuk tolak Michaela. Untuk beberapa episod ni geram juga dengan si Soo Bong ni. Bukan lagi jatuh cinta dengan Do Ha dah namanya, ini obses sebab tiada siapa yang boleh amek Do Ha daripadanya. 

Dalam konflik ni, tetiba Michaela boleh nampak jam jangka hayat Do Ha dan rupa-rupanya bukan setakat jamnya terhenti bahkan makin kuat rasa cinta Do Ha kepada Michaela, makin laju jam Do Ha berpindah kepada Michaela. Masa ni Michaela pun mengambil peluang menjauhkan diri daripada Do Ha sebab dia rasa serba salah hidup atas masa orang lain. 



Tiada siapa yang faham isi perasaan Michaela pasal konflik jam jangka hayat ni tetiba pulak, rupanya pesakit yang dijaga olehnya di hospital, Pn. Oh So Nyeo ni juga boleh melihat jam jangka hayat. Untuk episod ni sedih juga la sebab kedua Michaela dan Do Ha saling cinta mencintai tapi disebabkan masalah jam jangka hayat ni berjauhan dan berpisah. 


Sedih sedih juga, tetap suka dengan penghujung drama yang tidak mengecewakan ni. Siap flashback bagaimana Do Ha dan Michaela saling kait mengait sejak dari dahulu lagi. Bak kata orang, jodoh tu dah tertulis. Penghujungnya Michaela dah tak perlu lagi risau pasal bunyi ketik jam lagi. 


And they life happily ever after. The End- 

4 ulasan

  1. uniknya cerita tok..rupanya jam hayat ya boleh dipindahkan dari orang lain duhal..

    BalasPadam
  2. Aduh.. Melodrama ke?? Sha suka pelakon lelaki tu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤