Hello Oktober!

Sabtu, Oktober 01, 2022

 


Assalamualaikum, 


Dari julai hari tu.. back to back sakit non stop. Seminggu sekali mesti ada yang terkena demam, selsema batuk dan sebagainya. 


Untuk Oktober, kami mulakan dengan muntah-muntah per keluarga disebabkan angin kata doktor. Jangkit dari kampung jugaknya since sepupu mereka ni ada yang muntah-muntah. 


Pulang dari camping hari tu si Nadhira muntah plus cirit birit seminggu. Kali ni Nayla pulak muntah-muntah pantang masuk makanan atau air. Kesian pulak eh tengokkan. Malam harinya pulak, Najmi pulak kena. Habis tilam basah dek muntahnya. 


Jujur ibu cakap, antara anak perempuan dengan anak lelaki sakit. Ibu prefer yang perempuan sebab mereka bila dah sakit, tido je. Tak banyak bunyi. Tu la dia kan anak, lain anak lain ragamnya. 


Doakan kami sehat selalu, jika ada yang sudi kongsi tips untuk kurangkan kembung perut dengan rendah hati la terima kasih. Sebab ibu pun blur nak bagi apa dah. Sapukan minyak bawang putih pun ye, letak EO YL pun ye.. Suruh rehat, mana maunya budak.  Ibu pun dah kena angin kus-kus ni nak tido je badan tak sehat. Tapi, kalau ibu tido.. Sian ayahnya sorang berjaga. Dah la kawan tu kerja. memang tak larat sangat. Nak bangun pun dunia berpusing. dok berbaringan je la. 


Moga sehat hendaknya anak-anak Ibu nih.  

2 ulasan

  1. Moga Oktober bulan yang baik, kuat dan sihat buat Aien sekeluarga. Take care ya.

    BalasPadam
  2. Moga Oktober akan lebih baik..
    Sha doakan semoga Aien dan keluarga diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤