Impian tercapai melihat karya sendiri dibukukan

Selasa, November 15, 2022

 


Yeay! Buku dah sampai. Masya Allah tabarakallah. Terima kasih bekas timbalan saya dulu yang kini merupakan kaunselor bertauliah memberi peluang pada kakakmu ini. Merasa la juga jadi penulis. Baiknya pihak editor dan penerbit tak banyak ragam dalam menyusun karya kita tu. 



CFE : Ku Children & Families Enchanment 

Pihak penerbit merupakan sebuah pusat kaunseling yang berpusat di  Kajang, Selangot yang menyediakan bermacam perkhidmatan untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Boleh tengok perkhidmatan kaunseling mereka di gambar bawah ni. 



Jojo (bukan nama sebenar) thank you tau bagi peluang kat akak randomly menulis untuk buku 4 yang mengisahkan tentang perceraian dan perpisahan. 

Sebenarnya pihak penerbitan mengeluar sebanyak 10 jenis buku yang berbeza tajuk berkaitan dengan ragam dan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sekaligus membuka peluang kepada ramai orang tidak hanya kepada kaunselor semata untuk menulis kisah mereka untuk dikongsi bersama dan memberi iktibar kepada ramai orang di luar sana. Walaupun sekadar 2 muka surat untuk satu cerita, cukup mengarap sejuta perasaan semasa menaip karya tersebut. 



Untuk Aien, Pelangi Senja, sesungguhnya sesuatu itu  berlaku tidak seperti diharapkan. Inspirasi true story semestinya. Harap owner tak marah la kan. Heee~ Terlalu sedih sebenarnya. Aien baca balik pun sebak hadir di dada. 

Semoga dia bertemu dengan kisah cintanya yang sebenar. Siapa mahu orang kita sayang dilukai berjuta kali kan? 



Kedua karya ini garapan daripada orang yang sama tapi dua point of views yang berbeza. Kononnya la. Cuma Seribu kali sayang dari point of view aku la kot meletakkan diri di tempat sang keciwa. 


Kedua karya ini, sebenarnya love the true feeling while menulis tu. Menulis dari hati. Kalau menulis dari otak, automatik jammed. Dari hati hantar based feeling, otak mencerna ayat lantas tangan laju menaip. Tapi jangan dibagi papan kekunci, pasti jammed jugak. Sebab tu kekadang kan, wish sangat kalau ada sensor yang detect apa yang tetiba kita terinspirasi itu jadi tulisan. Ahh~ gitu.. Dari mata turun ke hati. Naik ke otak, dan pap pap papa! Taraa buku dah siap! Aha.. senang sangat kan. #berangan




Ko tak yah la tengok profile sejemput ni. Supposely dari sini, boleh tahu sang penulis ni tak konfiden dengan diri dia sendiri. Haha Dia suka melihat orang, mendengar kisah orang sebab dia rasakan kehidupannya terlalu membosankan bagi orang lain. Do feel like that too my reader? 


I wish someday boleh menulis karya yang lebih baik. In shaa Allah. Doakan ek. 






9 ulasan

  1. wahhhh tak pernah cuba lagi menulis untuk dibukukan. Untuk jawab persoalan aien tu, tak ada la rasa macam tu, ada banyak je idea nak tulis tapi malas dan tak sempat. Sudahnya update blog je hehe. Tahniah aien, esok lusa makin banyak la tu penulisan aien dibukukan.

    BalasPadam
  2. Tahniah! Satu pencapaian yang patut dibanggakan.

    BalasPadam
  3. Tahniah... teruskan berkongsi, saya seronok baca

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤