LuLu Group buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Selasa, November 01, 2022



LuLu Group buka cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Johor Bahru: LuLu Group maju setapak lagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, dengan pembukaan cawangan keenam di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Pembukaan cawangan tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru. Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, dan Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA, serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Cawangan baharu ini terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli belah Toppen Shopping Centre, Johor Bahru yang mudah diakses melalui lebuhraya dan jalan utama, serta kemudahan pengangkutan awam.


Berkeluasan 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan sejumlah 800,000 pelanggan khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah. 


Sejajar dengan matlamat jenama LuLu Group untuk memberikan pilihan meluas barangan berkualiti tinggi dengan harga rendah, Lulu Grocer Toppen Shopping Centre bakal menawarkan pelbagai produk jenama tempatan yang berpemintaan tinggi selain daripada produk luar negara yang diimport secara terus dari syarikat pengeluar global LuLu Group. Cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar.


Bagi meraikan pembukaannya, LuLu Grocer Toppen Shopping Centre mengadakan tawaran pembukaan dan aktiviti menarik bermula 29 Oktober 2022 dengan potongan dan diskaun hebat bagi pelbagai barangan runcit dan segar, serta pemberian hadiah percuma kepada pelanggan terawal. 


Kempen Beli Barangan Malaysia 2022


LuLu Group juga akan meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong melalui semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baru LuLu Grocer Toppen Shopping Centre. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan sekaligus membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group. 


Sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS



Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya. LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia. Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia, LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.


Tentang Lulu Group International 


LULU HYPERMARKET merupakan rangkaian pasaraya terkemuka dan satu-satunya peruncit Timur Tengah yang tersenarai dalam tinjauan tahunan Deloitte 'Global Powers of Retailing 2021'* bagi MENA dan Asia. Diasaskan pada awal tahun 90an dan telah bertapak meluas di GCC, India, Indonesia, Malaysia dan Mesir; LuLu Hypermarket kini dikunjungi lebih 1,600,000 pelanggan setiap hari menjadikannya rangkaian peruncitan yang berkembang pesat dengan platform beli-belah atas talian yang menarik.


Lulu Group memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016 dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di seluruh negara. LuLu Malaysia juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 warganegara Malaysia di 5 cawangannya setakat ini. Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan LuLu Group “Seperti yang telah dijanjikan sejak pembukaan cawangan pertama di Malaysia, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian LuLu di segenap pelusuk negara. Tidak lama lagi, lebih banyak cawangan LuLu akan dibuka termasuklah di Mayang Mall Kuala Terengganu dan Larkin Junction Johor Bahru yang dijangka akan dibuka pada suku pertama dan kedua tahun 2023.”



5 ulasan

  1. Wah meriah org2 jpho lps ni... Esp mak mak.. X yah nak tumbuk cili blwnd bawang semua beli je kat lulu hahaa.. Tp k ret sekali dua je gi lulu kat kl ni 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh senangnya kerja. Orang ramai sentiasa di LuLu ni.. tu yg kadang mikir panjang. Haha

      Padam
  2. kemain lagi memasing penuh bakul sempena pembukaan lulu grocer ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Grab mana yg tawaran RM5, RM10 tu memang untung habis

      Padam
  3. Bagusnya ada sokongan pada pengusaha kecil kecilan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤