Diary JHB - KCH for 5 days

Isnin, Disember 05, 2022



Diary JHB-KCH for 5 Days


Wah, lama menyepi p holiday ek. Alhamdulillah rezeki anak-anak, dapat pulang ke Bumi Kenyalang setelah genap setahun tak pulang ke sana. Raya Aidilfitri pun masih bersama #teamjohor. Belom tahu, tahun bila dapat #teamsarawak pulak untuk raya ye. 

Kali ni, kami berpeluang terus fly dari Senai Airport ke Kuching International Airport. Kalau korang baca blog Aien, tahun lepas kami dari Senai Ke Miri guna laluan udara. Miri ke Kuching pakai laluan darat agak mencabar juga. Kali ni, family Aien bercadang untuk berkumpul di Kuching saja sekaligus meraikan rezeki Atok Nayla dapat rumah baru.


Untuk perjalanan kali ni kami cuma merancang bawak suami dan anak-anak pulang ke Kampung sebelab Ummi Aien di Kampung Garung. Selain tu aktiviti bebas la. Ada la satu dua tempat kami sempat jalan-jalan memandangkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu agak jauh, anak-anak pun cepat bosan. Thanks Mateh belanja anak-anak buku dan color pencil bagi peneman dorang tak boring dalam perjalanan. 

Costing JHB - KCH untuk 5 beranak

Hmm. Ini la membuatkan kami berfikir panjang tiap kali balik ke Borneo. Nasib la kawen dua benua ni. Eh.. seronok kampung jauh, seronok juga ibu ayah ni fikir costing dia. Kita cuba belanja kira-kira secara kasar ye. Kot la korang terfikir nak bawak anak-anak menjelajah Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu supaya tak ada jugak mind set kata mereka di sana berumah di atas pokok. Haha #jk

Tiket penerbangan Airasia JHB-KCH 

Kenapa JHB-KCH? itu kod penerbangan la kan. JHB bermaksud Johor Bahru. KCH untuk Kuching. Ahh gituu. MYY pulak untuk Miri. KBB untuk Kota Bahru. Ehh.. Lebih-lebih pulak. 

2 Dewasa 2 kanak-kanak dan satu infant a.k.a bayi ( duduk di riba) Kalau nak dia duduk di kerusi sendiri lain pulak harga dia. Ahh gituu.. 

Termasuk bagasi 40kg untuk pergi dan 45kg untuk balik serta makanan dalam flight yang sekarang agak pricey jugak la kan, total up: RM2k

Balik bukan musim perayaan ye. Kalau musim perayaan, mak aih.. berganda kau harga tiket. Tadi cuba tengok jika nak balik untuk Aidilfitri 2023. Sobss sobsss sobbsss.. T^T 

Terima kasih untuk kehidupan ini. Alhamdulillah. Ahh gituu..


Kereta sewa dan Homestay 

Disebabkan  Aien kali ni balik bukan rumah mak ayah a.k.a rumah masih dalam construction, demi keselesaan umum kami decide untuk menyewa di luar. Hew hew hew 

Kereta sewa semestinya daripada Airport mereka dah tunggu kita landed, untuk Saga FLX Auto penggunaan selama 5 hari, kami dapat RM400. Hasil dari rekomended kawan yang memang kampung di Kuching. Husband pun cakap murah. Hehe 


Homestay pulak dapat apartment 3 bilik 2 bilik air, tingkat 3. Kongsi dengan adik beradik 3 orang dapat bahagian kami RM260. Total sewa RM800+ Kalau tak silap untuk 7 hari. Begitu la kan? Rumah pun selesa. Ada aircond dan kipas setiap bilik. Bersih. Ada water heater, periuk nasik, water filter, mesin basuh. Basic untuk homestay la kan. Untuk Aien rate 9/10 sebab bilik air tak ada selipar. Haha Oohh, jangan risau walaupun cuma 4 tingkat, apartment dia ada kemudahan lif tau. 

Untuk view homestay tengok selesa ke tak, boleh tengok sini la ek.. 


Over all, perjalanan kali ni tak ada la frust sangat kalo dari tahun lalu. Bajet burst 6-7k sebab landed journey tu kan. Having fun memang perlukan duit yang banyak. Haha  begitu la diaa. 


Nanti kita update diary seterusnya. in shaa Allah. 


Oh terlupa ye satu benda dah berbeza dari dulu ye kalau naik flight dengan infant ni which is sekarang dorang ada bagi satu pouch kecik untuk safety infant di riba kita. 

l

Dalam dia ada pelampung dan apa ntah lagi. Haha Lupa dah. Tahun lepas naik macam tak ada. Al-maklum la kita ni naik flight setahun sekali je. Haha 




4 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤