Family Time selepas beberapa tahun

Sabtu, Disember 10, 2022



Family time selepas beberapa tahun

Day 2: Lepas Sarapan di King Laksa Sarawak kami bergegas ke rumah baru Atok dan Opah di - port rahsia. Haha 


Selesai solat zohor bersama sedikit tahlil dan bacaan doa selamat untuk keselamatan dan murah rezeki 2023, in shaa Allah kami pun makan menu masakan Kakak sulong kami nih. Jauh import Asam Pedas Ikan  dari Melaka ui. Ada linut a.k.a ehh apa nama lain dia eh.. Pahtu sayur campur banyak udang. pahtu Ayam goreng, pahtu kerabu mangga dibawa oleh auntie a.k.a adik Opah Nayla ni. 


Sebenarnya kami adik beradik ni mahu ler menyenangkan semua pihak, suruh order saja. Tapi ayah ku memilih untuk makan masakan anaknya. Hee~ semua mogok tak nak tolong. Last-last datang jugak la tolong, tolong makan. Haha Tak ada la jahat begitu an. Tolong sikit-sikit je sebab bukan buat besaran pun. Kami adik beradik aje dah bersendat di ruang tamu tu. But, seronok dapat makan masakan rumah which I olls terlupa capture sebab busy membawang. Kah! 


Alang-alang memasing dah ada, mak ayah pulak p hantar haji yang dijemput untuk bacaan doa selamat tadi, pulang ke rumah dia. Aiguu.. Maka kami berfotografi sesi gambar adik beradik.

 


Harap tak clear. Kang marah pulak adik beradik aku campak gambar kat sini. Haha Well, Aku kan suka cerita semua mende.. Pahtu kalo campak pun nobody cares right? Hee 


Pahtu anak-anak pulak baik hati siap dah kenyang makan lena ler memasing. Alhamdulillah perjalanan kali ni seronok la jugak kan sebab dapat jalan ke sana ke mari. Tak macam yang lalu, dok rumah aje lebih. Duit mengalir. Seram~ 


Next, kami ke rumah adik bongsu perempuan sebab dia menghitung hari nak pindah which masuk ke rumah atok dan opah Nayla as guardian rumah tu. So, merasa la suasana rumah studio apartment yang ada pool. Bertambah suka budak-budak ni dapat mandi kolam. Tak ingat eh. Siap tanya lagi, ayah tak bawak khemah ke ibu? Aduhai.. Dia rasa homey sangat sebab ada rumah macam rumah sendiri, kereta macam kereta ayah dia. Ehh.. 



Pool di tingkat atas bangunan. Merasa tengok sunset di apa tu.. orang panggil, kejap eh.. Apa eh... Rooftop! Masya Allah Nor! Tengok keliling gelap hujan, last-last lepas kami dah masuk bangunan baru luar hujan. Alhamdulillah tak kena hujan. Haha 


Pahtu ronda kejap di AEON, Kuching. Kakak aku cakap, datang Kuching tapi masuk Mydin, pergi Aeon, dah macam Malaya pun ada. Tak ada rasa beza dengan Semenanjung. Lain la kalau balik Miri, semua Sarawak made. Belom ada lagi Mall dari Malaya pecah masuk Miri. Kan? 


Last berbalik ke rumah atok cause atok dan Opah nak merasa anak cucu menantu berkumpul. Hee~ ikutkan saja sebab itu la tujuan utama kami di sini kan. Ada orang tu sibuk dengan bola dia malam tu. Nasib Johor menang kan.. Last year dia kata Johor tak menang. Sama jugak di Sarawak masa tu. Haha Nasib la bang. 


Pulang kampung selepas 10 tahun


Keesokan harinya, kami pulang kampung sebelah Opah Nayla ni yang kali terakhir jejak kaki ke mari, masa mendiang Sumbuk a.k.a Nenek kami mati. Semua brings memories back la masa tu. Syukur sangat berpeluang bawak husband dengan anak-anak know kampung Opah dan ibu ni. Rumah nenek yang dulu rasa besar, macam kami je besar sekarang ni. Haha 

Kenangan sungguh! Ada rezeki orang tu, dapat makan durian Sarawak yang baru gugur pagi tadi. 


Pagi-pagi dah sarapan durian eh. Rezeki dapat dua biji. Apa lagi mengadap la an. Kalau ikut nafsu nak join sama, tapi menyusukan. So kita cukup dengan dua ulas je. 


Kami pre-christmas visit dengan uncle dan auntie kami di sini. Lama wei tak balik. Sob sob je rasa janggal semua. Sepupu yang dulu kicik-kicik dah dara bujang memasing. Ehh.. aku pun dah beranak pinak. Haha  Paadaa~ Semangat Najmi dan Nayla visit dapat makanan eh. Macamana la kalau balik raya eh. Tak ada rezeki lagi balik raya. Mesti seronok dan meriah lagi kan. 



Di rumah akak sepupu yang bagi durian tadi. Akak sepupu ni rajin komen dan mention di facebook. Tapi selalu wrongly me for my sister. Aiguu.. Kak, saya ni eh. yang minat drama korea tu. Haha

Mee Jawa buatan air tangan adik

Last but not least, kembali kami dari pre-christmas visit, adik gigih cakap dia buatkan mee jawa untuk semua especially kakakku yang mengejar flight dia jam 6 petang nanti (hari tu la kan) Excited dia nak serve kami makan. Huish, aku ler suruh dia masakkan. Kata lama dah tak makan mee jawa Sarawak. Thank you adikku yang manis! 




Mee Jawa ni macam Mee Rebus lebih kurang dari segi rasa, pembuatan dan hidangan. Cuma ya la, adik aku punya konspirasi. Tak nak bagi bangsa Indon lain terasa which kat Johor kat ada banyak bangsa indon lain kan. Tu dia letak Mee Rebus. So, tak ada siapa yang nak claim which bangsa punya resepi. Adeh! ngekek ketawa. Sampai Sarawak tetiba orang Jawa claim dorang punya pulak an.. Jadi bahan borak adik beradik. Adehh, rindunya lahai. Ada aje la motif dan konspirasi luar alam dorang ni. 


Sedap adik aku ni masak. Dalam adik beradik, air tangan dia dan kakak aku yang paling sedap dalam heavy menu ni. Si adik ni campak-campak aje jadi. Dulu teringat eh, balik kerja penat kan. Dia panaskan seaweed, letak air panas dan perasa serta lada sulah. Masuk microwave. Ala, gaya sup seaweed yang orang Korea masak masa birthday tu. Tapi ni gaya dia. Instant punya. Sebab yela, kita penat mesti cari benda panas untuk dijamah. Fuh, tengok dia makan berselera. Bila sendiri buat, apakah ini? Haha Jadi bila memasing dah sesekali jumpa. Kita request la an dari dia. 


Lagipun, aku pernah buat dulu sekali. Tapi, 2 tahun punya cerita la kan. Masa PKP dulu. Teringin lahai..  Nah resepi untuk korang kot ada yang nak buat... 


 
Next, story ke mana kah kita? 

2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤