LuLu Grocer raikan pelanggan dengan #Happy50 sempena 50 hari pembukaan di Johor Bahru

Ahad, Disember 18, 2022

LuLu Grocer raikan pelanggan dengan #Happy50 sempena 50 hari pembukaan di Johor Bahru 


Yey! Diam tak diam sudah 50 hari sejak pembukaan LuLu Grocer di Toppen JB ini kan? Demi pelanggan yang tak putus menyokong LuLu Grocer dan sebagai tanda terima kasih LuLu Grocer belanja para pelanggan dengan diskaun dan tawaran yang lebih hebat untuk direbutkan.



Aien berpeluang la ke mari pada hari pertama  Promosi #Happy50 yang berlangsung selama 7 hari bermula 16 Disember sehingga 22 Disember 2022. Banyak sangat barang yang menarik dan promosi terbaik berlangsung untuk bulan ni tau. Lagi-lagi LuLu Grocer ada menyediakan hadiah saguhati untuk 350 pelanggan terawal dengan pembelian RM50 ke atas dalam satu resit. Menarik kan? 


Eh, jom la kita tengok barangan promosi dengan lebih dekat. Mesti puas hati kan? 


Di antara sayuran yang terlibat dalam promosi #Happy50 adalah sayur kubis, sayur timun dan sayuran lain pun berada dalam harga yang terkawal. 


Bila tengok timun ni, jadi macam terbayang nasi lemak dengan timun, timun berulamkan sambal belacan. Eh, banyak pulak menu dengan timun yang cuma berharga RM1.99/kg



Buah menjadi pilihan pulak buah epal hijau.  Sebungkus ni cuma RM4.99 sahaja. 


Dalam pilihan sejukbeku dan lauk ada paru dan daging import serta ikan bawal dan ikan merah. 


Berbaris ikan-ikan tunggu di pilih oleh pelanggan. Ikan bawal serendah RM7.99/ekor dan agak besar jugak. Memang berbaloi. 


Daging burger Ramly pun ada tawaran. Eh, terbayang pulak buat burger sendiri kat rumah ye. 


Makanan kering juga tidak terkecuali daripada pilihan barangan yang dapat  diskaun hebat. Penggemar milo harus rebut peluang Milo 1kg berharga RM18.75 sahaja. 


Mee Maggi Kari dan Ayam serendah RM3.99 sepeket. Boleh la buat murtabak megi buat dinner malam ni. 


Peminat jus oren di pagi hari mesti ambil peluang keemasan untuk tawaran ni kan. Twister Oren duo pack serendah RM11.49 sahaja. 


Bagi Aien, minuman isotonik 100 plus 1.5liter ni terpaling harus disambar dengan diskaun 50% untuk pembelian kedua. Tapi perisa original je tau. Jangan tersalah tengok pulak okay?



Makanan Ringan? Terpaling menjadi tangan ni menyambar buat kudapan untuk anak-anak yang suka nak makan tanpa henti. Nabati pelbagai perisa hanya serendah RM4.47 sepeket. Dalamnya ada bungkusan kecil lagi. 

Biskut Oreo juga ada tawaran diskaun 50% dengan pembelian kedua serendah RM1.82 sebungkus. Berbaloi kan? 



Dah alang-alang tengok Oreo tu kan jenguk atas sikit, nampak pulak coklat cadbury ni yang harganua memang tak boleh dua kali fikir. Heee~ 


Untuk yang mencari keperluan rumah boleh la cuci mata juga di LuLu Grocer yang serba lengkap ni. Mini Chopper serendah RM7.50 menyenangkan kerja dapur para Ibu. Buat hadiah isteri, tersenyum menghidangkan lauk kegemaran si suami. 


Periuk nasi serendah RM50. Eh murah sangag ni buat hadiah pengantin baru. Bulan disember kan banyak kenduri kahwin kan. Tak payah susah fikir dah nak bagi apa. 


Jika periuk nasi boleh dapat lagi murah, frying pan juga boleh dapat diskaun 50% untuk pembelian kedua. Haa, kena tengok betul-betul yang ni. Silap-silap sampai kaunter nanti gaduh pula dengan juruwang. 


Kalau korang tak nak bagi pengantin periuk nasi, pengisar pun ada dengan jenama yang dipercayai serendah RM100. Memang berbaloi. 


Barangan keperluan bayi juga ada tawaran istimewa diskaun 50% dengan pembelian kedua. 


Penjagaan diri juga tidak kecuali. Syampu, sabun mandi dan bermacam lagi. Korang dah tak perlu risau nak cari yang lain. Semua LuLu Grocer sediakan. 


Permainan kanak-kanak juga ada. Skit Puzzle sesuai untuk anak-anak yang baru hendak belajar suai susun. 


Bantal dan patung buat hadiah anak perempuan di hari lahir juga anak. Ehh, sesungguhnya rambang mataku. Banyak sangat la diskaun yang berbaloi yang tidak harus dilepaskan. 


Dah nak hujung tahun ni, mesti ramai merancang untuk bercuti atau berkhemah di luar. Tilam, set BBQ juga ada promosi. Tilam angin single dan Queen saiz Aien rasa berpatutan harganya. 

Pening kepala dan rambang mata tengok tag diskaun dan promosi. Bukan setakat diskaun #happy50, promosi perayaan dan juga in-store promosi juga ada. Memang korang rasa macam mana satu yang nak dipenuhkan dalam troli. 

Kita berhenti rehat sebentar dengan pelbagai makanan yang ada disediakan di mini medan selera dalam LuLu Grocer ni. 



Egg Tart serendah RM1.99/pc memang cukup mengenyangkan dengan 5 pcs. Hee~ anak-anak pun tak cukup la dengan egg tart ni. 


So apa lagi #JomkeLuLuGrocer sekarang juga untuk ketahui promosi apa yang berkenan di hati. #LuLuGrocerToppenJB sentiasa mengalu-alukan pelanggan untuk memeriahkan sempena cuti sekolah dan perayaan ni. 

📍 LuLu Grocer, Ground Floor Toppen JB (berhadapan dengan Mr.DiY) 

⏰ Masa operasi: 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.




























4 ulasan

  1. Memang banyak pilihan kann.. paling suka susun atur dia, kemas dan luas ruangnya..

    BalasPadam
  2. Owh tempat ni, segar hasil laut die. Best sedap desert2 arab

    BalasPadam
  3. macam-macam ada, harga pun berbaloi-baloi kannn

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤