Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching

Ahad, Disember 11, 2022

 


Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching.

Lepas dah kenyang makan mee jawa semalam tu kan, kami ingat nak balik homestay memandangkan tak ada juga buat apa-apa di rumah adik tu. Kesian dia kepenatan lagi menguruskan anak3 sama tiga ketul macam aku. Cuma dia sorang masih baby. Melihat keadaan dia, aku bayangkan aku masa tahun lalu. Heww, times flies very fast. Nadhira pun dah mula nak pandai cakap. Pandai ekspresi diri dia.. 


Okay, berbalik dengan Taman Sahabat ni, maka adik aku mengajak senyap-senyap ke sini memandangkan yang lagi sorang tu nak balik homestay. Nasib dah sampai sini dia tak ada marah sebab dia pun dari Shah Alam, so why not kan.  Thanks to her, @sofieadie banyak jugak gambar cantik di ambil. Haha 



Taman Sahabat? 

Taman Sahabat ni sebenarnya khusus menceritakan tentang persahabatan Malaysia China. Selebihnya Taman Sahabat in menjadi tarikan untuk orang awam terutama bangsa cina untuk berjogging dan memberi ikan makan terutamanya. 


Rupanya aku ni posting artikel tak habis. adoi! 

Okay meh kita sambung la tulis hikayat Taman Sahabat ni tadi. Over all Taman Sahabat ni buat pelancong sesuai untuk dijadikan spot ambil gambar sebab semestinya view dia cantik kecuali dengan padatan manusia yang berjoging. 


Kalau nak jadikan tempat fotoshoot kahwin pun lawa juga. Ala-ala di China gituu. 


Image kredit: bombasticborneo.com


Sini la port paling lawa eh. Kena dengan cahaya matahari dia, dan panas itu biasa. Hasil kami bergambar pula, 


Najmi yang sibuk berzikir nak bagi ikan makan tapi makanan dia dah habis dijual kerana padatan manusia yang begitu rame. Ikan-ikan dia besar pulak tu. 


keletah ayahnya melayan anak-anak do excited tengok ikan. Si Nayla pulak takut sebab kena sergah dengan ikan. 


Ini rupa dia sebelum dia kena sergah. Haha tinggi ikan tu melompat ye kawan-kawan. 


Ini pintu China. Jalan masuk ke Taman Sahabat ni ada dua bahagian. Satu dari China manakala satu lagi dari Sarawak. Kami, semestinya masuk dari Sarawak. 


Kami dah sampai China. Haha 


Aku busy baca sejarah mende ni dibuat. Phewe so panjang eh.. Last aku snap gambar dah rekod je la. tak larat nak baca. Bila dibelek galeri, ehh mana pergi gambar tu? Ghaib la pulak. 


Ceritanya tugu Admiral Cheng Ho ni terpacak bersama kapalnya macam dia berlayar ke sebelah Borneo ni demi melebarkan sayapnya. Ada la hikayat dia di situ. Jadi kita pun bergambar kenangan. 


Salah satu tempat must visit ke Kuching is Taman Sahabat ni. lebih info boleh baca di: 










4 ulasan

  1. wah bestnya dapat balik kampung. kite ni belum pernah lagi sampai ke sabah sarawak, teringin juga nak jalan-jalan kat sana..hehe

    BalasPadam
  2. Tempat dating dulu2... hahaha.. lepas sanding polah outdoor photoshoot sitok juak... tp lama juak dah x ke sitok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yah.. mesti acak gambar wedding kitak kak.. tmpt tok nang lawa.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤