RJ Cafe - Ayam Bakar lejen!

Rabu, Disember 14, 2022

 


Yah, hari ni teman-teman saya mau bercerita pasal makanan ni satu sedap di Kuching atas recommended my sister. 

RJ Cafe - best known as their ayam bakar so delicious. But for me, biashe biashe saje. But, why not kita share juga. Sebagai simpanan yanh kami sudah cuba ke mari. 

Over all menu yang kami cuba pun biasa-biasa saja. Again - cuba lagi toast yang sama di King Laksa Sarawak, tapi kali ni tak laku pulak dengan anak-anak. Betul la tu. Persekitaran atau keramaian menarik minat anak-anak untuk makan. Apatah lagi bila dia tengok semua orang makan menu yang dia order. 


RJ cafe, Kuching

Mereka ni mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuching. Rasanya yang kami makan ini di Padungan siap kena saman lagi gais. Haha

image kredit: teaspoon


Berjaga-jaga la kamu makan di sini ya. Dalam kereta sewa ada juga sediakan kupon parking tu  Cumanya aku buat gaya orang Miri bah. Haha Rupanya tditak valid kat Kuching. Yadeh! Gigih la husband cari MDKU untuk bayar saman 55¢ tu kan. 55 sen. ehh, murah kan. Tapi selepas seminggu dia naik dan naik. Demi menjaga baik kereta sewa dan jadi pengguna yang baik hati. Kita bayar la kan. 

Bah, berbalik pada menu kita tadi. Simple saja sebab kami sekeluarga saja. Mereka lain tak ikut sebab masing-masing punya plan tersendiri. 


Saya order - Mihun goreng dengan ayam bakar. Kind of fancy and berpatutan dengan harga dia. Tapi mihun goreng pedas. Bungkus bawak balik, husband yang makan. Haha Ayam Bakar not bad. Style mereka sendiri. Sedap la. 


Bihun sup style Sarawak - or perhaps SOTO? ntah. Tengok macam tak cukup saja lakiku makan nih. Alhamdulillah kenyang jugak dia. 


Toast Cheese - Sedap! Toast mana pernah tak sedap kan? Tapi kalau semua Ibu yang kena makan, naya anak oi! 


Peanut Toast - sebab coklat dia tak ada. Aiguu. Actually saya mau order mee kolok Special, tapi pun teda. Macam frust la kan, dalam menu ke main banyak list. Tapi itu tak ada, ini tak ada. Hurm...


3 Tempat RJ Cafe 

📍 RJ Cafe Satok 

📍 RJ Cafe Padungan 

📍 RJ Cafe Simpang 3 - yang ni rasanya kami makan sampai kena saman. Haha 


Dia kena saman tu during workdays jak. Kalau ada parking kupon, better la standby kan. For those yang tak tau. Better baca sign board yang ada di tempat parking tu.

Next! Makan di mana. Oh ya, kalau tak tau nak search boleh cuba dalam grab pun ada juga mereka buat delivery ke kawasan yang berdekatan. 

1 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤