Sarapan di King Laksa Sarawak, Icom Square
Late breakfast tho'. Penat jetlag masih ada. Beriya sangat kan. Padahal beza berapa minit jer pun.
So, adik Aien bawak kami sarapan di King Laksa Sarawak memandangkan kakak dia ni dah lama tak pekena Laksa Sarawak di Bumi Kenyalang.
Quite ramai orang untuk hari Sabtu. Meriah sampai kami tekan butang untuk order pun pelayan tak nampak. Hairan kan? Adik cakap dorang ni tak boleh 'diserang' dalam kelompok ramai. Jadi nervous. Tak leh kerja dalam tekanan. Terus blur la jawab dia. Dengan meja tak berapa nak bersih sampai Aien sendiri tanya pelayan tengah buat nasi ayam mana kain buruk nak lap meja. Baru la nampak kita ni kan. Bwahah Gaya menganjing sungguh!
Nasib baik dah order cepat sampai makanannya dan sedap semuanya. Mari tengok apa yang kami order.
Ohh, sebelum tu. Let's see apa menu special di King Laksa Sarawak ni selain Laksa Sarawak kan? Kalau orang Malaya sampai Kuching, rugi la tak cuba makanan Sarawak ni kan. Orang kata, signature Sarawak tu harus dicuba.
Laksa Udang Besar of course la highlight mereka. Selain daripada itu, ada Bihun Belacan, Mee Kolok Sup Daging Special dan Laksa Ambal pun ada. Ambal tu lejen Sarawak tau. Kalau di sini, jumpa frozen aje la. Kalau rasa tak boleh nak makan semua tu, jangan risau. Nasi Ayam Penyet pun ada okay?
Menu air pun berjela jugak. Memandangkan kami semua ni sakit tekak, bantai ler order air masam-masam semuanya. Untuk kids, ada juga toaster a.k.a roti bakar sedap tau. I bet signature atau style kedai makan Kuching la ada toaster begini. Sedap wei!
Let's tengok apa yang kami order!
As I said, Toaster dia memang sedap! Yang ni Toaster Butter Cheese. Bawah dia Butter dan gula dilapisi cheese Mazerolla. Ehh, betul ke tak eja ni? Panas-panas makan, tak cukup wei. Order la lagi satu. Mulanya adik cakap, besa tu nor! Haa, sekali dia ikut sekali. Haha
Laksa Sarawak versi Ambal. Fuh, sedap ni! Cumanya adik punya la. Sis kurang Laksa Sarawak ni. Hew hew ...
Bihun Belacan. Signature Kuching. Orang Miri datang pasti nak mencuba. Well, basically Kuching dan Miri tu dah macam Johor dan Selangor. Haa, bezanya begitu ler. Slang lain, makanan pun lain sedikit dari Miri. Miri ni banyak campuran dah. Susah jugak nak cari pure Sarawakian. Ehh, mengata diri sendiri ke tu? Haha
Okay, This one is mine. Mee Kolok. Tengok mangkuk kecik je kan. Padu wei dikenakan dengan sup tulang dia. Harga pun padu juga. Tak sangka kali ni balik anak-anak suka dengan Mee Kolok ni. Kena restock banyak-banyak la mee kolok kering ni eh.
Nasi Ayam Penyet style Kuching. Jangan ditanya menu siapa ni konfirm dah tau. Haha Orang Joho ler. Mana-mana dia pasti cari nasi. Nak food hunting pun nasi juga carinya.
Peanut Chocolate Toaster. Ini sampai menjilat pinggan dikerjakan Nayla. Semangat dorang makan kali ni. Sedap! Tambahan pula meriah ada acik-acik deme. Makin seronok la nak makan. Ini siap acik-acik dia tambah order sedap punya pasal. Padahal ikutkan biasa je kan. Peanut Butter plus chocolate? Siapa menidakkan keserasian combo tu? Wafer pun pasti kuorder perisa ni. Haha
Done makan, kami bergegas ke rumah Atok dan Opah Nayla sebab tengahari ada majlis kesyukuran rumah baru. Makan lagi la jawabnya.
Korang kalau sampai Kuching harus cuba aking Laksa Sarawak ni. Dorang ada di dua tempat iaitu Kota Samarahan dan Icom Square. Nak dekat dengan Bandar, baik makan di Icom Squarw. Kota Samarahan jammed. Macam Pekan Nenas kalau di pagi hari nak keluar ke bando. Gitu la gamaknya. Ehh..
📍 Icom Square, Ground Floor, Unit A101 & Unit 102, Block A, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak
⏰Waktu Operasi: 6 Pagi - 11 malam (Setiap Hari)
🧾 Senarai Menu King Laksa Sarawak
📞 011-5687 7157
⏰Waktu Operasi: 6 Pagi - 11 malam (Setiap Hari)
🧾 Senarai Menu King Laksa Sarawak
📞 011-5687 7157
4 ulasan
No wonder lah ramai orang, makanan dia semua sedap di mata, sedap di perut jugak
BalasPadamYes, memang ramai n dekat dekat kawasan ofis. sometimes worker suka nak brunch kat situ
PadamMenariknya food presentation dia
BalasPadamSedapnya mi kolok. Lama tak makan
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤