Tahniah adik ipar!

Selasa, Disember 27, 2022

 

Wedding Malaysia

Alhamdulillah, barakallahu fik, selamat semuanya dengan sekali lafaz, seorang lagi adik ipar Aien bergelar isteri orang. Off market dah semua adik ipar perempuan. Tinggal sorang aje lagik. Tu pun nganto pengantin aje la. 


23 Disember 2022 - tarikh yang di pilih jatuh pada hari Jumaat kedua terakhir untuk tahun 2022. Semput eh mengelola majlis ni sebenarnya. Yang lagi penat semestinya pengantin. penat senyum, penat tunggu kena mekap, penat kena inai dan berlapar. Tapi tak apa, untuk hari istimewa sendiri juga kan. 


Jika 2020 dulu Aien secure wedding adik ipar masa PKP, tak besar jemputannya, kali ni walaupun tak la berapa ramai jemputannya still phewww. 


Wedding Adik Ipar


Memang terasa juga perbezaannya kan. Well, semuanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mak mentua lepas ni dah bebas la nak berjalan tanpa risaukan anak dara dia lagi. 


Wali Hakim

Kali ni Aien teruja sebab suami jadi wali dia, terkenang kembali la moment kami dahulu. Anak-anak bila tengok dia bersamping apa semua, bila ditanya "Ayah kawen lagi boleh?" marah anak-anak. Haha Bukan takat anak-anak tau marah  dengan Ibu dia sekali ni marah jap g. 


Imam ni pun supporting sangat, sebab suruh pengantin mengadap ke tetamu. katanya senang nak amek gambar. Sempoi teruk! Sedangkan masa Aien dulu, imam dah la -- malas la nak cakap. Selamat dah tiga ketui kami ni ha. 


Malay Wedding photo

Masing-masing berdebar. Pengantin lelaki jelas di wajahnya gugup. Tetiba rasa macam seronoknya kali majlis aku ada orang amek gambar macam aku amek ni. Haha Ada fotografi, tapi ya la.. Mahu yang versi video juga. Kali ni, adik ipar sempoi je tanpa hantaran sebab masing-masing memilih untuk sekali je hantaran masa tunang hari tu. Jadi masa nikah dah tak kalut 5-7 dulang tu lagi.


Malay Wedding

Paling tak boleh tahan, Nayla sebak bila Mak Ngah dia sah jadi bini orang. Mengalir air mata dia sebab dia duduk di belakang pengantin perempuan. Ayahnya kata, macam Ucu dia dulu masa kami kahwin. Selama ni, Mak Ngah dia la rajin melayan dia bersembang dan buat gegirls stuff sesama. Al-maklum la, anak sedara perempuan yang pertama. Datang si Nadhira, sampai sekarang pun ada juga orang cakap dia macam lelaki. Aiguuu~ 

Set up makan beradab malay wedding

Set up makan berdamai serba biru. Bila belek gambar sendiri pun biru jugak. Haa, dorang adik beradik ni memang pakat majlis semua nak biru ke ek? 

Welcome board comel by me - itu je la koi mampu bagi. Hehe 

Wedding Board

Kalau guna A1 atau A2 mesti lagi lawa. But, apakan daya. Yang kuorder cuma A3. Haha Hadap je laa. Orang pun tak kisah. 

Pengantin perempuan

Sesungguhnya, waktu ni la kita nak rasa pretty like pwincess. Nayla tak habis puji lawanya mak ngah. Tapi cerita di sebalik nak lawa macam ni. Haha Bio ler pengantin aje yang tahu. Demi hari bahgia dan sekeping gambar kenangan. Ahh~ begitu la dia. 

Perkahwinan Johor bertol

Untuk majlis adik ipar kali ni, baru merasa tol-tol ni ha. Siap ada palang lagi pengantin lelaki nak masuk. Untung biras sorang tu, senang hati nak masuk keluarga Johor ni.  Sakan ek Ucu dan anak buah menahan pengantin lelaki yang gugup tengok palang tu. 

Makan Beradab Johor

Makan damai meriah hasil tangan birasku sorang lagi dan akak sepupu sebelah suami. Birasku sorang tu memang rajin. Serba serbi pandai walaupun berbadan dua. Dia la paling lincah. Daku, dok kelek anak sorang yang tetiba manja nau lahai. Nak amek gambar pun tak relax. 

Wali Pengantin

En. Suami sebagai penyambut tetamu. Daku sekejap je duduk situ sebab orang semua lari ke mak mentua. Al-maklum la menantu sorang ni tak bersosial. Payah jugak nak kenal orang. Thanks En. Suami sudi pakai baju melayu pertama Aien buat. Hehe Next raya boleh buat lagi. Haha 

Pengantin Johor Disember

Last but not least, Selamat Pengantin Baru Kakak! Semoga menjadi isteri solehah dan selamat melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni. Apapun, semoga jodoh sampai ke hujung nyawa dan syurga. Aamiin ya rabbal alamin. 


5 ulasan

  1. wah..cantiknya..apa-apa tahniah pada adik ipar. selamat pengantin baru

    BalasPadam
  2. Tahniah buat adik ipar aien, semoga bahagia sehingga ke syurga Allah :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, barakallahu fik buat pengantin..
    Tahniah aien.. bertambah ahli keluarga..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤