Upside Down House, Kuching

Rabu, Disember 21, 2022


Upside Down House Kuching

Hi Hi, bertemu kembali kita dalam episode #jalanjalanKuching yang masih belom habis diupdate. Sebelum dia hangus begitu saja, mari la kita cuba updatekan di blog terchenta yang sehari ni senyap menyepi. 

Al-maklum la, saya ni berada di kampung sudah. Membantu mak mentua menguruskan majlis adik ipar yang bakal berlangsung 2 hari lagi. Jadi la menantu yang baik sikit, hulur-hulur tangan kalau tak mampu duit. Ehh.. 

Okay, berbalik cerita kita tadi, selepas brunch di RJ Cafe - Ayam Bakar Lejen! kami menyusup la ke mana lagi kan. Berjalan-jalan menyelusuri Bandaraya Kuching tu. Mulanya nak pergi Muzium Kucing, boleh pulak muzium tu tutup public holiday. Aiguu. Makanya kita cari la port lain. 

Tetiba pulak si Nadhira meragam akibat kepenatan berjalan tanpa henti. Rehat dia asyik diganggu aje kan. Tapi, macam sayang pulak nak balik lepak di homestay semata. Makanya, kami ke Upside Down House, Kuching yang terletak tak jauh dari Waterfront Kuching tu. Berdekatan juga dengan Kucing Statue. 

Mulanya pening jugak nak cari, rupa-rupanya dia berada di sebelah dalam ataupun lorong belakang bangunan. Siap google lagi macamana nak pergi Upside Down House. Nasib team mereka dah letak maps di Facebook. Hee~ 

Maps Upside Down House Kuching
Image Credit: Facebook Upside Down House, Kuching

Masa kami pergi, memang sunyi sebab waktu tengahari. Itupun jenuh pujuk Nadhira yang keletihan terlebih dahulu. Nak balik sayang, dah alang-alang sampai. 

Bayaran masuk Upside Down House, Kuching 


Masuk pun tipikal harga Upside Down House di seluruh Malaysia rasanya, iaitu RM15/dewasa dan RM10/kanak-kanak yang akan diukur ketinggian mereka. 

Dah masuk dalam tu, bergambar la sepuas hati korang dengan barangan yang telah disusun secara terbalik. Buat suami dan anak-anak pertama kali pergi sini, jenuh juga nak mengajar mereka untuk memahami keunikan Upside Down House ni. Ada juga budak penjaga dalam tu sudi membantu untuk ambil gambar, tapi sebab anak meragam. Kami-kami saja la. 

Saya sebelum ni pernah pergi ke Upside Down House di Penang. Memang seronok. Mengekek ketawa dengan adik sebab ye la. Memasing malu-malu kucing apabila orang lain ambilkan gambar. Disuruh pulak kita bergaya begitu begini, memang puas ketawa walaupun masa tu orang agak ramai. 

Berbeza di Kuching, Rumah terbaliknya boleh di katakan sunyi juga, mungkin kami pergi pada hari sekolah. Jadi, yang datang kemungkinan mereka yang pulang ke kampung ataupun pelancong. 

Eh, panjang pulak saya membebel ni. Nah, ini gambar yang saya snap dengan penuh kegigihan mendatangkan mood pada anak-anak. 

Upside Down House Kuching

Bayangkan~~ Itu perkara pertama yang korang kena buat kalau masuk upside down House ni. Memang bermain dengan imaginasi. Kalau rasa tak boleh nak susun pose macamana, boleh je minta tolong penjaga dalam tu ajarkan. Memang dia sudi membantu menyusun dan mengambil gambar kita. 


Upside Down House Kuching

Kau tengok muka anak-anak kepelikan Ibu begitu. Pahtu tanya, 'Ibu buat apa?' Haha Kena la explain lagi, tandas tu terbalik. Abang dengan kakak kena bayangkan abang dan kakak keluar dari tandas tu. Haha Pahtu mereka pun blur.  Aiguu aiguu..  

Upside Down House Kuching

Ini antara gambar yang banyak kali ulang, seba Nayla dan Najmi suka dengan susun atur bilik ni. Bilik kanak-kanak kan. Akhirnya, gambar di atas, Najmi baring bersahaja ini yang saya tangkap gambarnya. Memang menjadi. Baru la suami faham. Setelah diambilkan gambar, terbalikkan gambarnya. Oohh, baru kawan tu ada style nak bergambar. Haha Yadoi! Ibu dah la agak stress Nadhira meragam tadi, penat mental. Pahtu dah masuk dalam ni dia asyik nak berdukung dan tak mahu dengan ayahnya. 

Upside Down House Kuching

Ini gambar terawal. Masing-masing faham arahan. Tapi, feeling tu tak sampai. Ibu dah mula cerewet tengok gambar tak menjadi aku post je la. Haha 


Upside Down House Kuching

Ibu, ni nak buat macam ni boleh? Nayla dah mula request gaya dia sendiri sejak dia faham maksud keseronokan bergambar di rumah terbalik ni. Najmi, masih dengan curiosity dia. Memang spoiler terbaik la si Najmi. 

Upside Down House Kuching

Ibu kakak suka la ambil gambar banyak-banyak kat sini. Ye la, Ibu snap aje la gambar korang sejuta kali pun tak kisah.  

Upside Down House Kuching

Bahagian dapur yang sangat spacious. Kita menyorok atas gobok ni je la ek. Nadhira masih dengan clingy dia. Ayah jadi tukang ambik gambar. Dengan bantuan penjaga a.k.a pembantu jurugambar di situ. 

Upside Down House Kuching

Akhirnya memahami style bergambar dengan barangan terbalik ni. Yeah! Baru seronok nak amek gambar. Kuat ayahmu mengangkat korang dua bergayut di kaki eh. 

Upside Down House Kuching

Kalau tangan mereka berdua diluruskan, mungkin agak lawa seakan berdiri dengan tangan di atas peti sejuk. Haha 

Upside Down House Kuching

Dah buat apa duduk terbalik di situ? Ada iuga gaya lain sampai satu keluarga boleh duduk di situ. Tapi kami, biar lah dalam dunia sendiri. 

Upside Down House Kuching

One of my favorite photo! Walaupun kadang tak nampak macam real one, but Nadhira dah start smile dan mahu dengan ayahnya. Phewww~ 

Upside Down House Kuching

Ini baru gaya sebetulnya untuk kawasan ni. Frame kecil di sebelah tu, adalah cara pose untuk bantu korang fikirkan bagaimana untuk bergambar di kawasan itu. 

Upside Down House Kuching

Ehh,, ada baby tersangkut ke? Dah mula meliar, alhamdulillah dah tak nangis. Sesekali dik kita jalan puas-puas. Rugi tau journey balik Sarawak ni kalau tak jalan puas-puas. 

Upside Down House Kuching

Masih di bilik kanak-kanak. Adakah ini real? Fikir-fikirkan laa. Siapa la punya idea rumah terbalik ni kan? Rasanya mula viral tahun 2014. Di Johor juga punya satu di Kulai, tapi dah ditutup. Sedih kan? 

Upside Down House Kuching

'Ibu, kenapa paip tu kat bawah ibu?' Curiosity kid asked. Selalu tengok shower tu kat atas dan bersama dengan tandas semua di bawah. Anak, ini rumah terbalik. 

Upside Down House Kuching

Ma baby girl baru ada mood dia. Itupun masih kengantukan lagi. Bagi dia enjoy spacious space dulu. Keluar saja dari sini, dia menyusu dan again kami lepak di Waterfront tu memandangkan hari tak berapa nak panas tapi tidak juga hujan. 

Upside Down House Kuching

Last but not least, replika Gua Mulu which is saya as Miri-an pun tak pernah jejak. Haha Aiguuu, saya ni jadi Sarawak atas IC saja. Balik negeri sendiri jadi pelancong pulak. Hehehe 

Selain daripada Rumah Terbalik, ada 3D Art juga dalam ni. Tapi, tak sempat nak capture Nadhira kembali meragam. Masing-masing dah penat dan kelaparan balik sebab kami tak sedar sejam lebih berlalu main dalam tu. Best tau Upside Down House ni. Family bonding la kiranya. 

Korang kalau ke Kuching tu jangan lupa singgah di sini tau. Ikut je maps tunjuk arah yang diberikan di atas tadi. Parking di belakang Hilton Hotel. Lepas dah keluar dari sini, kami bergambar di Kucing Statue. 


UPSIDE DOWN HOUSE KUCHING

📍 Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak

⏰ Dibuka setiap hari 9.30 pagi sehingga 6 petang 




6 ulasan

  1. anak anak kita tak suka bergambar, nanti mesti mak hilang mood tengok semua gambar tak enjoy

    BalasPadam
  2. ooo kuching pun ada rumah upside down..baruk kamek tauk..hihi...eh majlis esok kann, moga dipermudahkan semuanya..ameen! maaf sik dapat datang, sikda transport kaban...huhu

    BalasPadam
  3. dulu rumah terbalik kat sabah je ada, skrg tiap2 negeri pun dh ada ., hehe

    BalasPadam
  4. Iyee? Kita dlu first peegi masa kat Penang.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤