Sabtu, Disember 09, 2023
December - last month of 2023
Marathon drama sebanyak tidak
Jumaat, November 03, 2023
Drama Chinese: Love is an Accident
Sinopsis Love an Accident (2023)
Review love and Accident
Isnin, Oktober 30, 2023
Hari ini dalam kenangan
Isnin, Oktober 16, 2023
SANTAI PETANG DI STALL BUBUR AYAM KONGEE
Santai petang di Stall bubur Ayam KonGee, Nusabayu
Special menu Bubur Ayam KonGee
Bubur Bakso Special |
Pembukaan cawangan baru Stall Bubur Ayam KonGee
Khamis, Oktober 12, 2023
Randomless Thursday
Hi hi, lama dah tak nulis, kita pun menaip la kat sini. Randomless Thursday story about pagi tadi, aku masak nasi Ayam simple untuk isi rumah macam biasa sambil dengar sinar.fm. Sabtu ni ada Pertandingan Kareoke karoeke called Sembilu Sinar di Toppen JB. Semua dorang sinar.fm turun. 4 hari berturun katanya di Johor. Haa, aku pun la excited nak p. Lebih kepada nak jalan2 aje. lama dah tak jalan-jalan kan.
Isnin, Oktober 09, 2023
Personal tips finance as ibu rumah tangga
Hi hi kabare semua? Sehat? Johor kini lagi jerebu dan kadar udara kurang sihat serta cuaca lagi panas, tu kan, jaga diri semua nya ya.
Bila santai-santai duduk di rumah ni kan, aku jadi termenung fikir kita kini sudah jadi Malaysia 'Mahal dah ni' sejak masuk pertengahan 2023. Serba serbi naik harga. Bermula dengan barang basah kemudian bahan kering untuk menu ruji Malaysia. Sedar tak sedar, setiap minggu belanja mesti tak kurang dari RM200 walaupun ada menteri terlebih bijak mention amount tersebut cukup sebuah keluarga.
Nah, sebagai suri rumah yang selalu saja dibelenggu dengan masalah stress tak bernama bila sebut hal-hal begini. Mula la dia diserang rasa rendah diri dan tidak membantu dalam ekonomi rumah tangga. Jadi, kita dah boleh mula jot down, apa yang penting dan keperluan yang diperlukan oleh rumah kita. Asalkan isi rumah kekal kenyang dan sihat.
My personal finance care
This is my two cents thought. Ada kalanya tercapai juga buku tiga lima ni penuh dengan catitan simpanan. Ada masanya tersimpan segala kehendak yang diinginkan belom cukup masa untuk direalisasikan. Sekurang-kurangnya jika tidak membantu, jangan la menjadi beban. Gitu pendapat aku. Hidup la apa adanya. Alhamdulillah dengan keberadaan kami yang cukup lengkap disediakan oleh si tukang beli beras. Punya rumah, punya makanan dan punya ubat sekiranya anak-anak tak sihat. Yang lain, kita tolak tepi dulu. Ada rezeki baru kita langsaikan 'hutang' nafsu tu. hehe
1. Cari side income
2. Simpan duit di Amanah Saham Berhad (ASB)
3. Kira-kira belanja
4. Kurangkan meminjam dengan orang lain.
5. Kurangkan nafsu makan yang enak
6. Cukupkan mana keperluan
Selasa, Oktober 03, 2023
hi Oktober?
Allahumma solli ala muhammad
Hi, hi.. Pecah rekod ehh September lalu cuma 4 entry post je ada? Mood nak menaip telah sepi sejak bertukar telefon baru dan segala editing macam mim alam lif sin je lebih dan aku pun busy tak tau mende. Banyak sangat fikir sampai jasad pun tak boleh bergerak.
Cumanya nak kabo ler sebenarnya September lepas was the best September yang aku rasa since beberapa tahun lalu. It ended very well dan got happy newsssss...
tahniah my adik got engaged last week, walau a bit rushing dan tak pasal-pasal I learned a new thing jadi mak andam terjun. Mengekek ketawa pasal nak pasal kuku palsu laa, pahtu keluarga lelaki dah sampai baru nak mandi pasal sibuk kat dapur la. nervous si adik dia sampai demam-demam dia the way kami dari Johor ke Melaka tu. Funny dan aku nak simpan cerita kat sini walaupun nanti dia tak bagi aku exposed gambar dia. Well, gambar manisan untuk pihak lelaki pun okay kan? Balasan dari pihak lelaki lupa nak snap sebab busy fikir nak ke Karnival Udara Melaka. Malangnya tak sempat sebab kami sampai tempat kejadian pun dah jam 4.30 gitu. Rupanya event tu open sampai 1700 je. Manusia pun cukup ramai jugak walaupun dah dekat masa penutupan. Last keluar daripada Melaka jam 5.30 gitu dan-dan jammed highway. Bayangkan sampai rumah dalam kol 11 gitu. Nasib dah singgah dinner dan mandikan anak-anak kat RnR Machap.
September always my favorite month
Perkahwinan adalah ibadah terpanjang - Mizz Nina
Perjuangan yang harus diteruskan bergolak dengan 1001 perasaan. Begitu la dia kan. Jadi bila adik aku nak tunang, a bit emotional sebab dia stay dengan aku awhile tempoh bertunang till hari nikah nanti in shaa Allah. Kita pulak take over rasa susah hati seorang mak tu. adehh.. Dengan pening kepala fikir majlis dia. Sebab dia nak nikah je dulu, tapi dalam kepala ni masih dok fikir nak kad ke, nak doorgift ke. Everything la. Bak kata laki aku — tak payah la sibuk, biar la dorang fikir sendiri. tapi kita ni?? Tolong la bagi aku kerja supaya aku tak overthinking. haha
kan, dah jadi bebelan pulak. panjang bebeno taipnya ni Nor! Apapun, happy birthday dear myself, congratulation my dear adik and get well soon my anak-anak yang masih kungkang kung kang batuk. Letih dengar but Ibu is try all remedy here. Last method t nak pujuk ayahanda korang belanja EO YL. Ikut pengalaman lama dah korang tak sakit tu, semua asbab EO YL tu. Harga keras, tapi korang pun cepat sihat. Musim dan faktor jugaknya. Sakit penghapus dosa ibu..
.
okay, done bebel. Done taip. Moga kita berjumpa dalam masa terdekat lagi. haha
Sabtu, September 23, 2023
Korea Drama: Moving
Sinopsis Moving
Moving Drama Korea
Khamis, September 07, 2023
It's okay, that's love
Sinopsis It's Okay, That's love.
Selasa, September 05, 2023
Pengalaman camping di Nomad Campsite, Tanjung Lompat
Setelah sekian lama tak camping, buat pertama kali untuk tahun 2023 baru ada kelapangan untuk berkhemah dan grounding serta healing di Nomad Campsite.
Kali terakhir kami sekeluarga berkhemah di Bayu Impian Campsite bersama kawan camping suami, ini kali baru repeat dengan dia lagi. Berhabuk barang khemah setelah setengah tahun duduk dalam stor. Sebelum tarikh kejadian, habis godek semua nak pastikan semua molek lagi. Kebanyakan seperti kipas telah tak dapat digunapakai, diganti baru. Kerusi yang telah dijadikan kerusi rehat di rumah nenek, ditukar dengan warna sama dengan meja. Power bank satu kembung kerana tidak digunakan. Selebihnya semua dapat diguna lagi.
Sejak kes ribut di BIC dulu, kayu khemah agak lentik jugak la. Boleh dipakai, cuma jika bertemu lagi dengan ribut, wallahu alam la cerita dia. Risik khemah decathlon hari tu, boleh tahan harga dia. Semoga murah rezeki suami nak pinang khemah baru.
Nomad Campsite 1.0 Tg. Lompat Kota Tinggi
Harga penginapan di Nomad Campsite
Kami di Nomad Campsite
Isnin, September 04, 2023
September, apa inginmu?
ehhh, mana pergi kamu beberapa minggu ini? Ada saja di sini, santuni keluarga kicil kami yang ndak sihat masing-masing dan aku juga tak punya idea untuk menaip.
Nah, hari ini punya idea itu harus naipnya laju-laju supaya lekas-lekas masuk dalam data. Risau nanti hilang semua. Begitu la kita bila tak ada bergaul dengan orang samanya kurang membaca. Menaip saja kurang punya idea yang lebihnya kepada merapu semata.
Content untuk bulan September yang dimulai dengan healing setelah sekian lama tidak ke pantai dan juga berjaya menghabiskan beberapa drama Korea yang lama juga tidak aku tontoni. Jika rajin, ada la review dia aku upload okay?
Bulan kegemaran ini bermula dengan senyuman dengan harapan juga akan berakhir dengan gembira kan? Selalunya akan kata, "Wake me up when september ends." - Green Day punya lagu tu kan. Bagi kebanyakan aku tengok September ni macam taboo. Macam soi. Haha tapi geng sepetmber tetiba banyak pulak muncul sejak dua menjak ni.
Semoga harapan kita semua sama, ingin terus hidup happy-happy saja. Cuma sedihnya khabar bila dengar kisah exciden sekeluarga yang disolat jenazahkan oleh anak sendiri. Sedihnya tu mengingatkan kita orang baik-baik perlahan-lahan pergi meninggalkan kita. Kita?
Jadi baik memang susah, jadi jahat juga susah. Susahnya di sana nanti. Sebelum merapu lagi, maka ada baiknya undur diri. Nanti kita sambung buat review sana sini. Okayy? Semoga kamu semua dalam keadaan sehat dan baik-baik saja. ☺
Sabtu, Ogos 19, 2023
Bolehkah elergik dengan Niacinamide?
hi, hi
Dia punya nak tunggu mood menaip tu alahai, payah nau. Banyak saja cerita, cuma nak buat karangan tu hurm... Kuseru mood rajinku. HAHA
Tetiba rasa macam nak cerita pengalaman bulan May yang lalu, which I kena attack alergik reaction daripada skincare dan buatkan I moody untuk beberapa ketika. Nasib dah lepas raya, dan masa tu pun raya macam tak raya.
Macamana tahu elergik niacinamide?
Ceritanya bermula sejak I try skincare viral iaitu Skintific. Jap la hee, nak belek galeri cari gambar lama dia dulu. Frust bila banyak gambar lelawa banyak yang tak back up ke google photo, tapi gambar yang randomly kau download itu yang ada. heh.
Mungkin sebenarnya sebelum tu I memang dah elergik dengan Niacinamide because setiap kali skincare yang I guna mengandungi niacinamide dia mula akan jadi kering di sekitar hidung I dan I pun stop pakai. Akan tetapi, dengan penggunaan Skintific 5x Ceramide ni la dia Boom! haaa, tanpa segan silu dia terus Ehhh, kau ni aku dah kata kau elergik ni. haa, macam tu la dialog kulit muka aku masa tu.
My skin type adalah normal to dry sensitive skin. Mungkin disebabkan ada eczema dan I pun tak ada la jumpa dermatologi sebab pitih tak dop, dan buat experiment atas muka sendiri. As you may read long long ago my blogpost, I ada share pasal roscea dalam posting >> Baca di Sini << dan bagaimana my skincare routine bermula.
.
Dan kali ini trigger dia adalah NIACINAMIDE. Korang tahu tak apa itu Niacinamide dan fungsinya? Ajum la kita baca sikit ehh.
Niacinamide dan fungsinya?
Bagaimana reaksi kulit terhadap Niacinamide
Atas saranan dermatologist selepas I buat muka di Dermalane dulu, I guna moisturizer Vanicream untuk stabilkan certain area kulit muka I yang kering. Agak stabil dan I berpuas hati la jugak dengan keadaan kulit muka yang dah kurang merekah sana sini dan hidung tak lagi pedih walaupun harga dia pricey sedikit. Selepas I bertukar ke produk Skintific ni, moisturizer tu langsung tak bagi perlindungan baik pada muka I. As you can see dalam gambar di atas di bahagian kelopak mata dan smile lines teruk naik rashes. Pedih wooo, mata terasa kembang je. Lagi bila dia kering. Huwaa~ T^T dan bila I stop those skintific produk, dan cover balik dengan vanicream tu. Alhamdulillah dalam dua minggu dah pulih. Cuma nak kena sentiasa jaga je la. Jeles tengok orang kulit halus mulus. Kita dah berusia (kira berusia la jugak 33 tu kan) madih struggle mencari skincare sesuai.
Untuk pengetahuan, before pakai Skintific ni, I memang regularly pakai:
Mary kay Timewise Cleanser
Toner (tukar-tukar)
Serum (juga tukar-tukar)
Vanicream ointment moisturizing
3W sunscreen
Ini je rajin. Nak scrub tu kadang-kadang bila dah rasa tak selesa baru buat. pahtu kalau malam, sometimes I just use cleanser dengan moisturizer je. padahal nak kulit cantik kena la jaga rutin malam tu kan? heee~ tahu, tapi tu laa.. Haha
Bila dia dah baik, I macam okayy, apakah bahan guwe trigger ini? Ahh, gituu. Pahtu gatal pulak pakai BOJ punya sunscreen hasil dapatan dari review skincare. Macam menarik dan nampak glowy dalam 3-4 hari macam tu. Kemudian, the rashes naik balik. ahhhhhaa~ rasa hati aku mengatakan niacinamide ini punca. Sebab BOJ tu ada niacinamide jugak. Dan gatal lagi pergi cuba Ruruberry punya serum Niacinamide 10% juga dapat dari review.
wehh, hahaha dari sini la baru terkesan dan OKAY! SAH NIACINAMIDE PUNYA KERJA! rupanya setiap orang itu ada peratus niacinamide yang dia perlukan dan 10% itu is too much for me. Kau rasa? Maka, bermula daripada episode ini, I berjaga-jaga dengan namanya Niacinamide itu.
Kes kedua yang paling teruk lagi, bila I try Wardah moisturizer adik I punya cause vanicream moisturizer itu hilang tak tau letak mana masa packing. I la kan, geram la kalau dah kita nak melawa, tapi benda penting dan wajib itu tiada. Nasib juga selepas hari terakhir di Melaka baru pinjam sebab rasa kering sangat dan muka. Nasib juga sewa homestay bukan yang ada aircond. Hangat bak hang tidur di Melaka tanpa aircond. Balik Johor tu, nah..
Rabu, Ogos 16, 2023
Seafood Night Buffet di Legoland Malaysia
Allahumma solli ala muhammad
Baru ada mood ni ha nak update beberapa minggu lalu, bawak anak-anak makan di Legolands yang bertemakan Lanun. Memang happening sangat dengan friendly staff bertopi seperti lanun dan tak lokek dengan senyuman sentiasa membantu melayan karenah anak-anak saat ibu dan ayah nak makan.
Oleh kerana bertemakan lanun, semestinya berasaskan dengan makanan laut dan untuk makan malam ini kami disajikan denhan pelbagai jenis makanan laut dengan bermacam jenis masakan. Korang tinggal nak pilih je nak makan yang macamana. Baik dari kesegarannya yang kita boleh terus makan seperti tiram, lobster atau salmon. Bermacam jenis sos juga disediakan.