Love in Time (2022)

Khamis, Januari 05, 2023


Love in Time Review

Love in Time 

Sebut je tajuk drama ni, dok pesimis berapa banyak chinese drama dengan tajuk yang sama. Recycle tajuk, jalan cerita yang berbeza tapi ending masih sama. Actually tak sangka tertengok drama ni seperti mana I olls tertengok short youtube dia dan spend my whole night watched this beautiful creation of love in time. 

Kenapa eh? 


Sinopsis Love in Time 

Mengisahkan tentang He Zhen Yu yang terjatuh dari langit ehh, dari kebanggaan dia seorang penguam yang berkaliber setelah mengambil satu kes perceraian artis a.k.a kawan baik dia sendiri. 

Dibuang kerja dan Zhen Yu terpaksa pindah dari apartment yang disediakan oleh pihak syarikat dan menyewa keluar di satu apartment lama. 

Tepat jam 10:06 malam, ada satu figura perempuan hadir dalam kediaman barunya. 
Zhen Yu ingatkan hantu, lama kelamaan setelah diselidik rupanya perempuan itu, rookie reporter, Chen Jia Lan. Ajaibnya Jia Lan merupakan penyewa sebelum Zhen Yu masuk ke situ. Paling miracle sekali, Jia Lan adalah kawan kepada suami kawan baiknya, Jirong. 

Dengan bantuan Jia Lan, Zhen Yu merancang untuk mengubah nasib dirinya dan tanpa disedari cinta hadir di antara mereka berdua. Bagaimana pun mereka mencuba, kes penceraian kawan baik Zhen Yu masih juga berlaku. 


Barisan pelakon Love in Time 

Yang Xu Wen sebagai He Zhen Yu 
Julia Xiang sebagai Chen Jia Lan
Wang Meng Li sebagai Wu Ji Rong
Xu Kai Xin sebagai Mu Shi Ming 
Yu Xin Tong sebagai Chen Ke Xin
Dai Gao Zheng sebagai Jiang Shen Gao

Review Love in Time 

Tertarik tonton drama ni terjebak dengan short di youtube di mana scene tepat jam 10:06 malam kedua penyewa tu ada masa bersama. Dan short tu tunjuk perempuan tu tengah santai, dan tetiba aje lelaki tu muncul depan dia. Haa, ko trigger ke tak? Aku pun nengok ler dia kata ada di Iqiyi. Paling tak sangka sangkut sampai habis wei. 

He Zhen Yu ni sangat cool blooded lawyer. Sombong tapi low EQ. Biasa la watak hero memang macam tu. Tetiba heroin dia editor/reporter to be yang memang sangat tinggi perasaan ingin tahu. 

Jalan cerita yang mudah difaham dan tidak la terlalu berselirat sangat menarik minat nak tonton. Apatah la nak sangat tahu adakah Zhen Yu dan Jia Lan ni berjaya ubah nasib Ji Rong tu. 

Dua tiga kali, tak berjaya. Sampaikan Zhen Yu pada tahun 2021 terlibat sama dalam conspirasi Zhen Yu 2022 ni tadi. Mulanya nak ubah nasib Ji Rong agar tidak berkahwin dengan Jiang Sheng Gao yang playboy tu. Rupanya ada lagi plot twist asal kemusnahan rumah tangga Jirong. 

Nak elak punya elak, rupanya partner Zhen Yu yang busuk hati nak jatuhkan Zhen Yu dari kebanggaan FengYu Assiocation. Dia jeles pasai selama ni dia asyik clean up mess yang Zhen Yu yang sombong tu buat. 

End up, dia yang gila sebab tak percaya Zhen Yu yang dibunuhnya ada depan mata dia. (upps, spoiler alert!) 

Sedih ending dia, but still boleh happy lagi bila Zhen Yu 2021 melamar Jia Lan setelah dia perolehi semua memori Zhen Yu 2022. 


Tahniah korang baca sampai habis dan sekira korang berminat nak tengok boleh tengok di aplikasi Iqiyi . Best dan ada eng sub la semestinya.

8 ulasan

  1. Balasan
    1. Kita pun tertengok. Skrg ni drama cina pun mcm tipikal sangat dah.

      Padam
  2. Ada masa nanti nak tengok juga la drama ni! Been awhile tak follow dah drama due to tight schedule! Ni caught my attention bha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tgk kalo ko ada holiday nnti. Ko busy sngt bah. Haha

      Padam
  3. drama fantasi juga ke? nampak menarik storyline dia..

    youtube sangat pandai main peranan. kadang sis pun terjebak tgk drama chinese sbb tertengok klip drama kat youtube..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye. Fantasi jugak ni. Betul, penat la lalu sikit tetiba jumpa drama best.

      Padam
  4. Owh.. ini ke tajuknya.. Sha pun ada nampak klip yang tetibe je lelaki tu muncl masaperempuan tu tenga santai.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤