Beza Roti Boom dan Roti Planta

Isnin, Februari 27, 2023

 


Salam Isnin teman-teman, ada yang masih monday blues ke tu?Harap hari ini masing-masing dimudahkan segala urusannya. Dan today nak kongsi dengan korang la permasalahan dan pertanyaan yang bermain dalam kepala sejak dua menjak ni kan. 

 

Dah berpindah rumah ni, sokmo la buat pesanan makanan dari kedai makan di simpang depan nu. Menu tarikan paling senang dan favorite anak-anak suka mengonyel ni adalah roti canai. 

.


Beza Roti Bom dan Roti Planta? 

Ini yang bermain dalam kepala pasai pa. Pada mulanya Aien memang suka nak order Roti JPlanta sebab terbayang dia rangup dan manis gitu kan. Sekali biras cakap la,  "Dari order roti planta baik order roti bom. Lagi syiok!" Me like - apa beza dia? 
.

Jawapannya adalah pada ketebalan roti tersebut! 

Iya kah? Bagi Aien la sejak dah selalu makan roti canai tu kan. Sekali, dapat roti bom yang terlalu banyak gula dan sangat tak rangup! 
.

So, permasalahan di sini adalah berdasar citarasa masing-masing. Ada yang suka roti bom sebab dia punya gula lagi banyak dan tebal rotinya berbanding dengan roti planta yang nipis dan rangup tu. 
.

Cuma - bila berjumpa dengan sesetengah kedai, kadang-kadang roti planta dia jadi terlalu oily disebabkan banyak sangat majerin diletakkan. Memula jumpa roti planta memang sedap, manis dan rangup. Perfect! Kali kedua jumpa - mak aih terlalu greasy. Tu yang biras cakap dia prefer yang roti bom. 
.


Favorite Aku - Roti Planta! 

Me like - sedap la mana2 janji makan dan perut terisi. HAHA . Anak-anak pulak dipesan roti kosong, roti telu, roti planta, roti boom dan roti cheese. Mereka suka ketiga terakhir ni. Nayla prefer roti cheese. Dia kata sedap benda wana kuning yang panjang tu. Yadoi! Itu cheese anakku. Najmi prefer benda manis, which is rpti planta. Jika Nadhira pulak, dia masih ikut orang. Belom ada citarasa sendiri. Masih dalam fasa mencuba-cuba. 

Bila dipanaskan balik pun roti planta menjadi habuan sebab rangup. Kalau roti cheese tak sempat dipanaskan semula, dah habis. Alhamdulillah. 
.

Jadi Aien buat carian di google jugak, terjumpa yang ni - Senarai roti yang korang perlu tahu dan dari sini juga Aien rasa Roti Bom dan Roti Planta tu memang tak ada beza. Cuma ketebalan rotinya saja barangkali. Mungkin juga yang Aien jumpa roti bomnya tebal. Ada kali di tempat lain roti bom sama saja seperti roti planta. 
.

But, Thosai is another level! Haha nanti kita cerita lain kali. Okay? Jadi terjawab la permasalahan selepas menulis di sini. Korang pulak suka roti apa? Cer komen sikit. Hehe

2 ulasan

  1. roti kosong juak nombor 1 di hati kamek..aahahahah..roti planta kadang2 order juak tapi sangat2 jarang...entah bila kali terakhir makan, sik ingat udah hahahah

    BalasPadam
  2. Sy jarang jumpa or makan roti planta..salu roti bom..Dan mesti try roti bom! Hehehe.. I like bomm! 😂

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤