Dapat ke Festival Layang-Layang 2023 Pasir Gudang

Sabtu, Februari 25, 2023

 

Festival Layang2 2023

Buat julung kalinya, aku dan anak-anak ke Festival Layang-layang Pasir Gudang setelah 6 tahun menetap di Johor. Dan setelah 5 hari di rumah, dibawa ke tempat begitu lapang rasa hati melihat bebasnya layang-layang terbang mengikut arah angin, panas hari tanda moodnya bagus. Semua perfect! Alhamdulillah

 

Selepas semalam berita sedih melanda kami, yang hidup mesti diteruskan. Berhibur seketika mengubat rawan di hati. Melepaskan lelah selepas ulang rutin yang sama setiap hari padahal macam tak ada buat apa pun. 

.

Cuma nak cakap, best sangat semalam. Tak tau la dia rasa lapang tetiba baru nak rehat badan lepas makan, dan uruskan anak. Suami yang sebu perut pun mengajak, nak jalan tak? Hee~ hati kita apa lagi melonjak gembira la. Tapi kena cover risau dibawa ke Econsave belanja baru dapur je. Dah lawa-lawa ke Econsave je wak? Hahaha

.

Jauh perjalanan. Disuruh anak-anak yang tak reti tidur petang di rumah tidur dulu. Nasib semua dah senang nak bangun. Makanya dengan Ibu sekali nak tidur. Ibu dia ni campak aje ke mana, kalau mata kata nak pejam, pejam la iya. ..

Sampai di destinasi, memang dah sedia ramai jam 4.30 petang. Nasib parking senang. Itupun nak balik ke blocking beramai-ramai. Ada la adik manis ni Allah takdirkan dia ambil barang di kereta. Tolong la gostan dan beri ruang pada mereka yang terkandas sebab parking belah belakang. Sekali keluar, mak aihh keliling Taman Awam Bukit Layang-layang tu dah penuh wak. Masya Allah. Makin nak senja makin ramai. Angin pun syiok aje. Sementara tunggu kesesakan, tengok lagi layang-layang makin meriah menghiasi langit. 

.

Sekali, usah diajak la suami ke area sana jika hujung minggu. Cerita dia hadapilah kesesakan dengan tabah. Keluar dari taman jam 6. Tiba di kediaman jam 9. Ko rasa? Anak-anak dok tanya bila nak sampai. Dah sampai memasing kelelahan. ...


Walaupun begitu, seronok dapat tengok layang-layang. Rekod langit banyak-banyak untuk konten. Pahtu rekod sana dan sini. Jalan-jalan. Makan-makan. (tetiba baca dalam nada Lynnrazif) .


Nampak posting teman di muka buku, dia kata boleh tahan harga makanan di kiosk yang ada di situ. Iya dong. RM50 terbang dengan makanan yang cuma Air 3 cawan, Keropok lekor dan goreng pisang. Kemudian, eksrem penyejuk tekak. Lastly, buah tembikai dan mangga sekadar berapa hiris dalam cawan. Hurm... Nasib sedap dan tetiba ehh. Ni abang Si anu kan? 🤣🤣 Yadoi! terus amek gmbar send dengan si anu tu. "Kak, abang ko eh?" - 


Booth makanan dan pakaian pusing smeua dok repeat benda yang sama. Rasa macam satu kedai amek sampai 3 port supaya orang nampak barang dan makanan mereka. Ternampak kunafa dan baklava Arab jeling kat laki tak kena layan. Haha It's okay la. Janji dia dah bawak jalan-jalan healing gini pun iolls okay. 

.

Done yesterday story! TQ pada sponsor utama, Encik Suami. Haha

4 ulasan

  1. Huyyoo..dah sampaii..Ha ah, harga jualan situ mmg perrgh....cepat je leh habis..sebabtu banyakk kena standby duit...

    Sy pernah kena block tu..Hampir sejam Baru dpt kuo Dari area parking...Lagii ptg, lagi smgt org dtg... Bertabahlahhh..

    Tapi Syok Sesekali tengok lelayang naik..Mcm mcm bentuk Dan Jenis ada kan 🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha lama gila kena block. Nasib la ada adik baik hati bagi ruang kat kami keluar.
      Dapat makan sikit alas perut jadi la. anak2 pun dok nyebut dia makan itu ini sampai ke hari ni

      Padam
  2. 😁 Layang sotong tu comey lahhhh...
    BTW, jom join GA ni https://www.syuderis.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besaa.. Haha kalo datang pagi ada banyak lagi yang besar2 .. In shaa Allah nnti join

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤