Dahulu dok termenung atas pelamin, betul ke aku dah kawen? Boleh ke aku jadi bini orang? Menantu yang baik? Atau ibu yang sabar? Yet, here we are. 6 years and still counting for better years.
.
Ketika umurku 23 tahun iaitu 10 tahun lalu. Dalam diary ku cuma ada impian memiliki kenderaan sendiri, kerjaya yang boleh membayar semula usaha keras umi dan ayahku membesarkan ku dan healing sendiri dengan kereta idaman. Hidup seorang workoholic tanpa fikirkan bagaimana rupa suamiku dan siapa nama anak-anakku.
Setelah 10 tahun, aku senyum sendiri. My life totally 100% berlainan apa yang aku mahukan. Aku berkahwin dan memiliki 3 orang anak yang nama mereka semua aku senaraikan dan dipilih oleh ayahnya. HAHA
Paling berjaya sekali menyandang kerjaya yang aku tak pernah terbayang, iaitu suri rumah. Wah, bila dah jadi suri rumah memang best untuk seorang introvert sebab tak perlu susah fikir nak jumpa orang. Pahtu settlekan ikut jadual sendiri. Paling best, orang cuma nampak kita ni main phone 24/7 jam. HiHi
6 tahun, acapkali rasa tak kuat nak teruskan perjuangan di medan perkahwinan. Selalu saja rasa aku menyusahkan orang. Sering kali juga merasakan aku ni hanya memburukkan keadaan orang yang aku entah sayang entah tidak. Ye la, aku kan pentingkan diri aku. Tak pernah fikir orang lain. Bak kata seseorang semalam di muka buku.
Maknya macam datin, ayahnya macam supir anak-anaknya seperti anak-anak bibik.
Dan masa tu fikir, kau tak tahu kenapa mak dia punya healing macam tu sekali. Di kala hati seronok nak merancang suprise untuk hari ini, sesuatu berlaku menyebabkan aku down sepanjang hari sehingga biras dan mak mentua buat suprise. O M G! Masalah la perempuan ni bila dia dah ada kawan bercerita, hilang stress dia. Dah pulang tetamu dia kembali murung.
Dia penat. Aku je battle dengan emosi sendiri. Anak-anak meragam, aku juga yang tak pernah nak peluk anak 24/7 jam. Tangan cuma dua, yang mahukan perhatian aku itu 3 manusia kerdil yang masih bertarung dengan emosi sendiri. Bahkan aku tua ni pun masih try hard nak paham emosi sendiri, apatah lagi mereka baru beberapa tahun mengenal dunia. Biarkan menangis, bukan tanda kita suka dia menangis. Sekadar memberi ruang dia meluahkan dulu walau hakikatnya aku juga tidak punya sabar.
.
Pernah baca, Criminal mind itu wujud juga berlaku di awal tahun lalu. Tatkala wanita ini rasa dirinya tidak berguna saban tahun tiada perubahan. Orang nasihat, kau perlu kuat untuk bangkit jika tak mahu terusan larut dalam kenangan lama. Aku perlukan penyokong - balasku. Mereka punya orang dan tempat mereka sendiri. Aku? Terasa sunyi di tengah ramai terasa asing di tempat yang sama.
.
Lantas, peluang kedua aku telah menjadi ketiga, keempat dan seterusnya masih aku abaikan. Terasa, matikan aku untuk esok kerana aku benci jadi beban pada orang lain. .
.
Seronok tengok orang berjaya, aku masih begitu. Aku cuba untuk bangkit. Tolong la duhai diri. 10 years dah berlalu. Kau hari ini harus lebih kuat lagi dari tahun yang sudah. Kau punya 3 tanggungjawab yang harus kau pegang dan jaga elok-elok dengam baki cuma beberapa tahun lagi. Cuba.
Aku, 33 tahun ini menulis untukmu supaya kau ingat, jika umurmu panjang untuk 10 tahun lagi. Ingat, dunia ini cuma sementara. Yang harus kau titipkan pada amanahmu kita hidup sebagai hamba. Dunia ini pinjaman. Akhirat itu yang nyata. Jangan dikau menyajikan dirimu menjadi pengikut masihi dajjal. Hidupkan semula amalan dikau ketika remaja, kerana itu lah penyelamatmu kelak.
Salam sayang dan kasih,
dirimu yang lalu. 🥰
Oh, salam ulang tahun perkahwinan sayangku. Maafkan salah silapku, halalkan makan minumku. semoga rumah tangga kita bina ini kekal hingga hujung nyawaku.
aienienka
2 ulasan
Selamat ulang tahun kak. Moga akak sentiasa kuat dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan. Ingatlah, seseorang itu tidak akan diuji jika dia tidak mampu. Sebab akk mampulh akk diuji. May Allah bless you <3
BalasPadamalhamdulillah, segala yang kita kecapi hingga hari ini tidak lain tidak bukan adalah rezeki dari Allah juga...rezeki setiap orang berbeza2 bentuknya...moga fysah terus jadi insan yang kuat dan berjaya meniti jalan yang terbaik buat fysah...ameen
BalasPadamselamat ulangtahun perkahwinan!
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤