Menunggumu by Pena Kayu

Selasa, Februari 07, 2023

 

Menunggumu by Pena Kayu

Seperti yang dijanjikan, sebuah lagi novel Pena Kayu yang Aien beli sempena promosi CNY hari tu, HAHA  teruk la teracun blurb di group telegram tu. Ishh..


" Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, Rhea mesti suka pada Adam." 


Hook sangat tak? Tak, tak terpengaruh lagi. Boleh hold lagi. Sekali, kena bentang dengan pertelingkahan Adam-Rhea-Mama Sarah dalam telegram. Hish, mesti nak tahu kenapa Adam mati-mati menolak si Rhea. Bukan sebab Rhea diambil sebagai anak angkat kan? 


"Rhea tak boleh jadi anak angkat Mama Sarah. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam." 


Ehh, budak 12 tahun ni menggatal pulak. Semata nak sakitkan hati Abang Adam yang selalu sakitkan hatinya, Rhea mencetuskan idea gila.  


Rupanya, bukan kerana Rhea mengambil kasih sayang Mama Sarah daripadanya membuatkan Adam 'benci' Rhea. 


-----Chop! Dah kenapa aku pun buat review macam tulis novel pulak dah? HAHA Jap ek.. 


Sinopsis menunggmu

Okay ni sinopsis dia sebenarnya. Me like, mungkin biasa la kot kena kahwin paksa last-last dan tak terfikir ending dia, HAHA


Nak cerita tapi tak nak bagi spoiler, yet love the karakter Adam yang dia cuba menyimpan dendam lama pada orang yang salah, dalam masa yang sama menyembunyikan rasa sayangnya pada Rhea. Can you imagine, 13 tahun duduk bersama satu rumah dengan Mama Sarah, Rhea masih tertipu dengan setiap maki daripada Adam? 


Geram la kalau aku jadi Rhea pun naik menyampah dan kecik ati aje la dengan Adam ni ha. Dah orang menjauh, pandai pulak dia cari perhatian. Ehh, geram laa. 


Rhea pulak bila asyik kena herdik oleh Adam dikuatkan hatinya walaupun sayangnya pada lelaki itu makin menebal. Lagi tebal muka dia bila suarakan hasrat nak jadi bini Adam pada usia 12 tahun. HAHA 


Aku kan tak boleh la berhenti tersenyum baca bonus daripada Pena Kayu. Kenapa tak boleh agak kan sebenarnya tu angkara dia sendiri? Konon. Acah tak bersalah. Bila dah kehilangan Mama Sarah, menjadi tanggungjawab Adam pulak menjaga Rhea walaupun gadis itu telah membuka ruang hatinya untuk Hilman. Masa tu tau Adam takut jika benar-benar Rhea beralih sayang. 


Over all, menulis la apa yang kamu hendak baca. Totally in love with Adam Zahari dan Rhea Hawardi (kalau tak silap la kan) .


Karakter yang dibina oleh Pena Kayu setakat ni semuanya senang di hati. Tak ada la terlalu hardcore bad guy and lembik girl. Rasanya Menunggumu punya gaya penceritaan berbeza dengan Tuan JPJ walaupun sebenarnya pusing-pusing itu la dia, Pena Kayu. Aahh~ gituu.

.


Done read. Next, Konspirasi 365. Hehe 

9 ulasan

  1. mun kamek dalam group tele ya pun mungkin akan terachun, tapi sik boleh eh,..banyak buku belum habis baca tok haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa mok link? kelam sharenya. Biar sama2 terachuuunnn~~

      Padam
  2. uwuuuu, novel ni rasanya lama gila dh dalam cart dekat shopee tu ahahha tak terbeli pun lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada lagi satu Menyayangimu. Itu pun dlm bakul lagi tu. HAHA

      Padam
  3. Wah.. kecik kecik dah lua perasaan ye.. kikiki..

    BalasPadam
  4. belum ada buku yang dibaca untuk 2023

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤