Review Drama Korea: Summer Strike

Ahad, Februari 26, 2023

 

Review Summer Strike

Happy Sunday! Korang nak tanya ni, udah tengok drama Summer Strike yang currently Top 10 di Netflix Malaysia?  Hari ni Aien nak kongsi dengan korang drama bertajuk di atas yang Aien tonton semalam. Best! 
.
If korang suka drama yang macam healing la jugak kan, surely drama ni sesuai dengan korang. Bagi Aien menonton drama ikut mood ni, sekarang tengah cari drama bergenre begini. Dia seakan memberi serba sedikit semangat untuk teruskan kehidupan. Ahh~ gitu! 
.

Drama Summer Strike 

Genre: Melodrama, Romance, Slice of Life 
Barisan pelakon: Im Si Wan, Seolhyun, Shin Eun Soo, Bang Jae Min, Park Ye Young
Bilangan Episod: 12 
Original Channel: Genie TV 
Tarikh Tayangan: November 2022 
Sinopsis: Mengisahkan Lee Yeo Rum memutuskan untuk berpindah daripada Seoul setelah putus dengan teman lelakinya serta kemudian kehilangan maknya tak lama selepas itu. 

Di sana beliau bertemu dengan orang yang langsung tidak dikenalinya sekaligus mula membina kehidupan baru di tempat asing. 

Drama ini merupakan adaptasi dari webtoon bertajuk 'Amugeotdo Hago Sibji Adda' Karya Joo Young Hyun. 


Review Summer Strike

Berdasarkan sinopsis memang memula dah rasa depression si Lee Yeo Reum ni hasil kerja dia diambil orang which is macam lembu punya susu, sapi dapat nama. Kejam dan paling tak suka penindasan kat tempat kerja macam ni. 
.

Dia bertahan, dan berkongsi cerita dengan teman lelaki yang di-kenalinya sejak 6 tahun lalu. Tak pasal-pasal dia kena marah balik sebab bukan orang lain yang bersalah menipunya, tetapi dirinya membiarkan ditindas. Kemudian, teman lelakinya minta putus. Aduh, stress Yeo Reum bertambah apabila emaknya mati dalam kemalangan. 
.

Dia cuba menjalani kehidupan seperti biasa tanpa hati. Tetiba dia terdetik untuk apa bersusah hidup tanpa kebahagian. Dia  bawa diri ke luar daerah. Ke kampung yang tanpa sesiapa yang mengenalinya. Di situ ada ketenangan diperolehinya. Bertemu dengan Ahn Dae Bum seorang pustakawan, memberi semangat baru pada Yeo Rum. .
.

Best drama ni, which healing pada kita yang macam lost giler hidup. Walaupun tak dapat la hidup macam dia yang easy, which setengah part dalam drama ni highlight beberapa yang kita tak sedar benda tu kita buat dalam hidup. 

Such as, Beli barang yang tak penting. Yeo Rum sedar semua ni masa dia mengemas rumahnya sebelum berpindah. Cawan dan pinggan mangkuk yang cuma sekali pakai, baju yang dia sendiri tak perasan wujud. Memang perempuan sangat. 

Bertahun dia bekerja, simpanan dia cuma ada berapa juta won aje. Adeh, sakitnya tu di sini. Nasib la sewa rumah di daerah terpencil tak la semahal di Seoul. Namun, the end of drama, orang yang tunjukkan rumah sewa dia sabotaj dia. Heee~ geram aje la.

12 episod - healing sangat sebab tanpa sedar Yeo Rum mengenali dirinya sendiri di sana. Dia belajar bahawa dia sangat suka membantu orang tapi dia juga harus belajar menolak permintaan orang. 
.

Part paling touchè sekali bila Bom ditikam oleh bapaknya si kaki pemabuk tanpa sengaja. Pahtu baru nak insaf. Tak lama kemudian, nenek Bok pulak mati dibunuh oleh orang, disalahkan pulak si Yeo Rum sebagai penyebab. Dia cuba bekerja, tapi tak tahan dibuli kerana dirinya ibarat si tua tak sedar diri. Lari bawa diri selepas mengambil semua harta anak dan ibunya. Ehh~ ni la watak paling taguna. Nasib Bom kuat semangat. 

Tengok drama ni tetiba rasa nak pindah kawasan laut pulak. Best betul hirup udara lautan dan dapat tengok bunga. The ending story - Yeo Rum belajar erti kebahagian sebenarnya. 



ps: berpuas hati dan bersyukur dengan kehidupan yang ada. Nikmati sebaiknya. That's happiness. ✨ 
.


Next drama please. 



3 ulasan

  1. tak minat heroin dia..nantilah time bosan-bosan kita layan cite ni, nak tengok juga sebab ada siwan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la, akak layan sebab siwan. Tak kenal heroin dia. Sekali, larh AOA punya member rupanya.

      Padam
  2. zaty jarang tengok k drama but maybe i should try watching this one. thank u for the review!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤