Tuan JPJ Babak Terakhir by Pena Kayu

Ahad, Februari 05, 2023

 

Tuan JpJ by Pena Kayu


Hi, salam hujung minggu korang! Korang tahu tak, pembelian terakhir aku untuk 2022, ditamatkan dengan beli novel daripada penulis kegemaran kita, Pena Kayu. Biarpun harganya terasa mahal masa tu, dan sekarang menyesal je aku beli masa tu. Tunggu kemudian boleh dapat murah sikit. Haha


It's okay la. Benda dah beli, dah balut dan habis baca dah pun. Baru nak menyesal ke? Yadoi! Novel setebal 500++ muka surat boleh settle dalam satu hari sebab lepas siap semua kerja rumah dan iklan dari anak-anak boleh la kan. Kalau tanpa iklan tu, dalam 2-3 jam dah habis. 


Sinopsis Tuan JPJ Babak Terakhir Aku Isterimu 

Sinopsis Tuan JPJ

Baca sinopsis dia geram aje. Tuan JPJ a.k.a Hasbul Ariff ni, tetiba nak batalkan perkahwinan mereka. Padahal tengok/baca dari segi perwatakan dia memang suka dengan si Syuhada ni. Pertama kali mereka bersua muka di ujian JPJ Syuhada, ke main dia caring. Mak si Syuhada pun dah approved! Lagikan dahulunya ketika berusia 16 tahun Syuhada pernah menulis ciri-ciri suami idaman dia, dalam masa yang sama Hasbul Ariff ingat kesemuanya. Rupanya Hasbul Ariff ni ketua pengawas mereka di sekolah dahulu. 


4 hari lagi nak majlis boleh nak batalkan disebabkan seorang perempuan bernama Fazura. Hurm, teruskan membaca! Haha 

Fazura tu hanya alasan. Sebab sebenarnya dia tak mahu Syuhada terluka dengan kebenaran di sebaliknya. Fazura mengandung, tapi anak orang lain. Bukan anak Hasbul Ariff. Demi menjaga amanat arwah sepupunya, Hasbul Ariff cuba membongkar rahsia sebenar kematian Shahrul, si sepupu yang dibunuh depan matanya sendiri. 


Korang mesti geram dan sayang kenapa tetiba nak putus pulak. Dah kawen pun layan macam nak tak nak je. 


Phew~ di antara sebab kenapa Pena Kayu menjadi penulis kegemaran. Beliau bersahaja dalam mencipta krisis novel ni. Hooked sangat! Pahtu bahasa dia baku yang santai. Eh, boleh eh gitu? Macam boleh hadam la juga jika dibandingkan novel melayu lain. Ada ja. Cuma yang berkenan di hati setakat ni Pena Kayu ja. Hampir 85% hardcopy dan ebook dia dah dibaca. Haha Taksub sangat ni. Selain tu, Anjell dan Rin Ahmad. Anjell rupanya banyak jual ebook, cuma aku je tak tahu. Rin Ahmad lama menyepi jugak. Tak jugak jengah blog dia. Nanti la. Nak lari dari realiti, baca la dunia khayalan jap. 


Oohh, novel ni happy ending. No worries tentang perpisahan Hasbul Ariff dan Syuhada ni. Jika dah jodoh, jangan pernah meraguinya. -Eceh ayat aku! Kbai. Nak baca dua lagi karya dia aku baru beli Januari lalu sempena CNY Sale. Haha 

10 ulasan

  1. Menarik sinopsis Tuan JPJ Babak Terakhir.
    Selamat membaca novel seterusnya.

    BalasPadam
  2. Menarik tajuknya...Macam sedih je ek kisah gituuu

    BalasPadam
  3. eh jadi sidak duak kawen ka sik jadi nya, owhh?

    BalasPadam
  4. novel ni asal drpd ebook jugakkan kak aien? ada review dkt ig jgk haritu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. dari Ebook. Kiranya ni babak akhir dia laa

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤