Seronok anak-anak bila Atok Miri dan Opah kata nak datang rumah. Ke main lagi sembang, kata Atok Opah kan tak pernah datang sini, (rumah baru) Ibu dah bagi alamat ke? Masya Allah. Anak aku dah makin besar.
Tiba Atok dan Opah di waktu maghrib sabtu. Ayahnya belom pulang lagi. Barangan banyak pula hendak dihantar.
Atok Nayla ni memang suka buat suprise. Tak ada kabo kata nak datang. Ibu Nayla ni pulak sejenis lupa nombor telefon. Haha Alih2 mak ayah yang datang buat kejutan untuk cucu-cucu.
Dorang spend time dengan cucu-cucu. Terima kasih Atok dan Opah sudi datang hiburkan hati cucu-cucu yang selalu tanya Atok Opah bila nak datang. Bila kita nak pergi umah Atok dan Opah.
Bawak cucu-cucu depa jalan. Sempat juga kami berbeli barang sekolah untuk si Nayla. Huish bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) harga eh. Jika dulu pun dah rasa mahal, sekarang tak payah cakap laa.
.
Set baju ni dengan alat tulis eh, mencecah RM250. Belom termasuk kasut. Ni pun menung lagi nak cari kasut celah mana. Kabo kat ayahnya dia diam aje. Serba salah pulak Ibu berbeli seluar bila tengok keesokan hari Nayla pergi ambil uniform (baju + seluar) . Mati-mati ler Ibu ingat BAJU SAHAJA. Tak apa la nak, kita standby seluar yang ada tu ha.
.
Kemudian Opahnya belanja beg sekolah dengan botol air. Wahh, moga murah rezeki Opah eh. Nasib ler Ummi ni sejenis suka nau membeli. Singgah ke mana saja tak pernah balik dengam tangan kosong. HAHA Balik dari Johor ni pun siap bawak satu bagasi lagi. Adoii.. Kadang seram, kadang senang hati juga dengan perangai umi yang satu ni.
Alhamdulillah terubat la rindu. Nanti bulan 4 datang la depa ke Malaya. Gitu aje la rutin sejak ayah dah pencen. Kejap ke rumah sana, kejap di sini. Kejap di situ. Merata. Orang suka berjalan, memang begitu.
.
Dapat peluk cium sebelum Ramadan. Entah sempat panjang umur tidak bersua lagi. Mudahan Atok dan Opah Nayla sentiasa sehat-sehat hendaknya. Semoga juga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
Stay safe, stay healthy Umi dan Ayah. Have safe journey balik Sarawak.
.
Dah nak hujung minggu lagi, baru update eh.
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤