Buffet Ramadhan Menu Timur Tengah Bawah RM100

Isnin, Mac 06, 2023

 

Buffet Ramadan Menu Timur Tengah Bawah RM100

Masya Allah Tabarakallah, Hari ni Aien nak kongsi dengan korang one of the best Buffet Ramadan by Zaituna Restaurant. Korang mesti mencari kan, buffet Ramadan bajet-bajet untuk bawah ahli keluarga seisi rumah makan di luar. Memang ini la masanya korang buat tempahan awal. 


Zaituna Restaurant wajib singgah jika ke Johor Bahru


Korang tau tak, Zaituna Restaurant terletak di Taman Tasek, Johor Bahru ni memang kedai makanan Arab yang wajib disinggah jika ke JB. Jadi rambang mata kalau ke mari. Makanan portion besar dan manisan Arab menjadi tarikan tatkala Kunafa Cheese viral kunjung tiba. 

Aien sudah ke sana. Memang puas hati dan kenyang. Pergi bersama ahli keluarga memang takkan mengecewakan orang tua dan adik beradik. Pasti semua tersenyum kekenyangan. Alhamdulillah. Jadi kali ni, apa kata korang pula ambil peluang bulan mulia akan datang ni, buat tempahan siap-siap bagi mencuba menu Timur Tengah pula untuk berbuka. 


Buffet Ramadan oleh Zaituna Restaurant 


Untuk Ramadhan kali ni, Zaituna Restaurant juga tidak ketinggalan menganjurkan Buffet Ramadan bakal bertempat di Persada Convention Centre, Johor Bahru sepanjang bulan Ramadhan nanti. 


Pelbagai jenis menu lebih daripada 55 hidangan untuk korang jamu selera. Daripada Nasi Arab, Nasi Ayam dan Kambing serta Makanan Laut dan tak lupa juga Kambing BBQ Bakar. Kegemaran ramai di setiap Buffet Ramadhan. 


Selain daripada itu, tak lupa juga juadah pembuka selera serta pemanis mulut dari Malaysia serta Timur Tengah. Masya Allah, beringat makan pasti kenyang. 


Barisan menu yang pasti korang tak nak lepaskan peluang untuk mencuba. 


Kunafa Cheese, satu ketika dan hingga kini menjadi pilihan ramai sekiranya ke Zaituna Restaurant. 



Barisan pilihan air untuk dikongsi bersama. Jika Aien, air jadi pilihan utama selain makanan ringan seperti kuih muih bila makan di Buffet Ramadhan. 


Ruangan makan di Persada Convention Centre ni boleh memuatkan untuk 1000 lebih orang dah sehari tau. Jadi korang kena cepat-cepat grab your spot. 

Seperti kebiasaan korang jangan risau, ruang solat pasti disediakan bagi memudahkan korang menunaikan solat maghrib. 

Tempahan awal untuk Buffet Ramadhan Arabian 


Untuk Sebarang tempahan, sila hubungi pihak Zaituna Restaurant di :

📱 whatsapp:        
☎️ 07 213 3577

————————-————————- 
Harga
RM 79 / Dewasa
RM  39 / Kanak-kanak (6-12 Tahun) 
Bawah 5 tahun adalah percuma!


⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️ 

🗓 05 Apr – 02 May 2022
⏰ 6.00pm – 9.00pm


ps: Sekali pergi mesti teringat lagi~ dan semua gambar kredit pada OWNER 

1 ulasan

  1. nasi arab zaituna sedap.. kunafa dan baklava pun sedap.. yummeeehhhh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤