Allahumma solli ala muhammad
Hi hi bertemu kita dalam episod buffet Ramadan untuk edisi 2023. Tahun ni kekangan sikit sebab tentera dah makin besar. Jadi kita selit mana yang dapat saja.
Flavor of Nusantara, Legoland Hotel bersama LEGO!
Wah, seronok la anak-anak dapat berbuka di Legoland ni kan. First time datang memang akan teruja, tapi atas niat bagi reward pada anak-anak yang telah berpuasa dengan istiqamahnya, in shaa Allah mudahan rezeki mak ayah melimpah ruah.
Saban tahun buffet dinner dilaksanakan, pasti menjadi sebutan di kalangan anak-anak. Jadi untuk tahun 2023 ini, sekali lagi berlangsung di Family Brick Restaurant, dengan tagline — Flavor of Nusantara menyajikan lebih 200 jenis pilihan menu dan hidangan untuk para tetamu. Wahh, rambang mata nak pilih makanan apa. Dari pedas sehingga sesuai dengan selera anak-anak. Kuih muih, rendang ketupat, burasak serta menu antarabangsa juga menghiasi deretan meja sajian.
.
Menu lauk-pauk yang pelbagai pilihan
Sayur labu masak lemak a.k.a Pumpkin with coconut gravy. 🤭
Oxtail Asam Pedas — This one of my favorite all of the meal. Sedap, kena dengan rempah. And a bit pedas sikit. Biasa kalau masak asam pedas ni dia mesti akan pedas dan people like me yang susah nak makan pedas teringin sangat kan. But this oxtail. Marvelous!
Nasi Jasmine a.k.a perhaps nasi minyak jugaknya. Kena rencah dengan lauk lauk yang ada.
Morocco Beef Stew - something like this la. Kali ni Aien dah tak tengok daging. HAHA Ini boleh juga dihidangkan buat anak-anak sebab biasanya masakan style Morocco ni kurang pedas.
Tak nak makan nasi, jangan risau mee goreng ada sebagai makanan berat anda.
Another my favorite. Ketam masak lemak cili api. Masya Allah sedap~ cun pedas untuk orang yang level pedas dia rendah dan biasa-biasa saja. Kalau suka extra pedas mungkin ini tak pedas la kot.
Menu dari Padang - Ayam Kalio Padang. Tak nak daging or ikan, nah ayam ada jugak untuk pengemar tegar ayam. Kita, dah biasa dengan ayam — cari la menu selain ayam ni.
Udang Goreng kunyit.
ni
Kambing Bakar Kuah Percik - Yang ni tak dan amek dah sold out. Haha laju eh kalau menu pelik-pelik dan sedap ni.
Ikan Picatto with Tomato Coulis
Dendeng Daging Sumatera.
Chicken Ala King - Yang ni nampak sedap.
Cauliflower Mimosa - Sayur ni buat lawan lauk pedas, uish sedap berlemak gitu.
Prawn Butter. Disebabkan Iolls ni alergic udang, tengok aje la dulu ek.
baru koleksi lauk pauk. Uish. memang seronok bila terhidang dengan makanan yang banyak ni. Korang jangan lupa kat anak-anak pulak ek. Dorang ni semestinya suka yang kudapan orang cakap. Macam buat makan gitu je. Nah, tunggu yang lain pulak.
Hot Station at Flavor Of Nusantara, Legoland
Ehh, banyak lagi menu yang patut korang tengok. Alang-alang dah banyak ambik gambar hari tu, meh kita kongsi habis.
Deretan Kerabu sesuai untuk pengemar kerabu. Perut pun kenyang makan kerabu aje.
Deretan kuih tradisional dan moden pun ada. Korang tinggal nak pilih aje.
Selain daripada itu, ni port favorite anak-anak. Iaitu Ais Krim dan juga ABC.
Paling tersedap dan win sekali adalah Durian Roll. Selama ni pergi buffet belom terjumpa lagi, kali ni tak menyempat rembat sekali banyak dan makan sampai puas. Haha
Untuk pengemar seafood boleh la cuba. Rasa macam sejak dia trending, menu ni pasti ada di mana-mana buffet.
Gaya klasik —flavor asli nusantara yang mesti cuba. ulaman. Masya Allah kalau ada adik sis ni dia pasti suka.
Pilihan sup dan jenis mee yang korang boleh pick up. Haa, memang rambang mata kan.
Buat Tempahan sekarang bersama Legoland Hotel
Korang boleh hubungi no talian:
TALIAN: +607 560 3808 ext 3884
EMAIL: admin.fnbhotel@legoland.my
Untuk harga Early bird:
ʀᴍ138 - ᴅᴇᴡᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ 12 ᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀꜱ
ʀᴍ70 - ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ 5 ᴛᴀʜᴜɴ ʜɪɴɢɢᴀ 11 ᴛᴀʜᴜɴ ꜱᴇʀᴛᴀ ꜱᴇɴɪᴏʀ ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ 60 ᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀꜱ
Harga biasa selepas 22 Mac 2023 sehingga 21 April 2023
ʀᴍ168 - 12 ᴛᴀʜᴜɴ ᴅᴀɴ ᴅᴇᴡᴀꜱᴀ
ʀᴍ85 - ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ 5 ᴛᴀʜᴜɴ ʜɪɴɢɢᴀ 11 ᴛᴀʜᴜɴ ꜱᴇʀᴛᴀ ꜱᴇɴɪᴏʀ ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ 60 ᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀꜱ
Buffet Ramadan ini dibuka dari jam 6 petang sehingga 10 malam.
Kalau korang memang ada annual pass Legoland lagi banyak kelebihan yang korang dapat. Haa, untuk yang baru berjinak dengan Legoland, jangan risau, surau semestinya ada disediakan.
Apa lagi, jom raikan kejayaan anak-anak berpuasa sebulan dengan belanja makan. Yerhh
#buffetramadan2023 #legolandhotel #LEGOLANDMALAYSIA
#jdtblogger #aienienka #buffetramadanjohor
2 ulasan
Teringin pulak kambing bakar kuah Percik tuhh 😍 Mantap eh menu kat sana 😃
BalasPadamSedap. Lemak berkrim lagi tak pandang belakang. Haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤