Allahuma solli ala muhammad waala allihi muhammad
Hehe (giggle$)
Sejak Januari lalu sakan membeli novel Pena Kayu, kali nak kita borong novel Idea Kreatif daripada facebook pulak. Mentang-mentang ler ada duit an.
.
Yadoi —al-kisah terjebak dengan satu group jual novel preloved yang dijemput oleh blogger CR a.k.a CtRoxa a.k.a entah ler nok nama sebenar dia apa. Selalu ingat blogger CT je. Haha Maafin guwe dong. Pahtu an, sebenarnya menahan hati juga ler dari nak memborong novel di situ. Tapi dah tertanya, terbeli dan tersampai ke rumah pulak dah. 🤠Makanya -halal juga la kan.
I was on my way collecting semua karya dari penulis kegemaran kita iaitu Pena Kayu. Tetiba la pulak terjebak dengan semua karya daripada Idea Kreatif ni,but depends pada penulis jugak sebenarnya. Dan dua dalam pemerhatian iaitu Farah Husaini dan Hani Fazuha. Macam best dan santai karya mereka. If best dan rezeki banyak la kan. Nak jugak ler buat koleksi karya mereka pulak.
Borong novel dari Facebook Trusted ke?
Sebenarnya was-was jugak la kan. Sebab akak ni kind of macam —but after a few conversation dan dah beli dari dia, a bit I know dia memang suka beli novel dan tak semua dah dibaca dia. Me like was —banyaknya duit beli novel tapi tak baca. Lagi satu menurut beliau, dia beli secara pukal dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca. Ye la, kalau baca novel ni kadang-kadang ada sejenis orang nak fokus dengan jalan cerita dan memahaminya, dia perlukan penghayatan yang sangat mendalam. Tapi bagus juga bila bertemu dengan orang begini. Bila hardcore fans yang nak beli dengan harga murah seperti I ni kan, dapat la peluang memiliki novel impian. Actually tiada la murah sangat sebab dia belum bukak dan baca pun, maka dijual dengan harga buku tersebut. Sama je kan dengan beli novel baru? Tak apa, kita bantu dia melepaskan beban dia. Haha
As far as perundingan dan proses pembelian memang mudah, sebab I pun jenis tak la berkira bila dah tanya, dan ada duit just pejam mata dan jalan saja laa. Laju aja transfer. Senang~ Tapi dalam kepala dok bebel diri sendiri. Dari ko beli novel tu baik kau beli buku belajar anak ko. Ada la pekdah nyeee..
Suka ati ler aku nak hiburkan hati aku. Otak banyak sangat fikir, but badan masih di situu perlukan booster untuk maju ke hadapan. (Ah,, alasan semua itu) nanti la aku jual balik novel tuu.. (Eleh.. macam la ada orang nak)
Begitu la seterusnya bermonolog dengan diri sendiri sampai kiamat. Penat la wei ada asistant kiri kanan. Ko imagine kan ehh. Macam kartun yang ada angel and devil left and right tu. Ehh.. Apa kau merapu ni Nor!!!!
Konklusinya
Saya berpuas hati dengan pembelian saya sebab akak tu pergi spam semua novel yang dia nak let go. Dah majoriti masih berbalut dan selesai pembayaran, proses penghantaran mengambil masa dalam 2-3 hari melalui poslaju atau JNT. Dalam hati berdoa, jangan pakai JNT. Kang kantoi dengan laki aku! Haha Nasib akak tu mendengar rintihanku, dan dia menggunakan Poslaju. Poslaju yang dah laju sekarang!
Dan akak tu siap bagi free gift comel-comel dan cover free postage. Kau bayangkan novel 5 biji ehh buah tu berapa berat dia. Thank you so much akak!
Dan beliau berkata, jika beli banyak lagi,makin banyak la free gift dia. Nanti dah habis baca botong la lagi. Haha —tambanya lagi. T^T -dan ini aku disudut katil.
.
Dah boleh puasa makan dan novel ek. Ramadan ni tolong khatam Quran terus. Kalau umi tahu bising dia suh ngaji Quran lagi bagus dari beli novel tu. Jiwa anakmu yang dah jadi ibu ni masih muda lagi. Haha perasan aja kan?
Nantikan review-review novel yang diborong ini pada posting akan datang. Sampai ketemu!
aienienka
5 ulasan
bestnya..dulu MA pun kaki novel but dah meningkat usia makin slow down skt.
BalasPadamdulu selalu juga cari novel preloved kat facebook, nasib baik dapat seller semua ok. kena hati-hati juga takut scammer, ramai juga yang dah terkena..
BalasPadamejulz masa bujang dulu je rajin layan novel.. sekarang mmg dh x dpt.. hehe
BalasPadamwaaa seronok eh kak memborong!
BalasPadamCuya dulu baca la jugak novel...sekarang jarang sekali...banyak beli komik je dari FB...komik preloved..
BalasPadamsekali dah beli, mesti nak beli lagi dan lagi. Hahaha
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤