Tahniah Cadbury dan Mydin pecah rekod, Kuih Raya dari Hati

Selasa, Mac 21, 2023

 


Cadbury Dairy Milk x Mydin ; Kuih Raya Dari Hati (Edisi Johor) 

Allahumma solli ala muhammad 

Direzekikan dapat turut serta meraikan kempen Kuih Raya dari Hati anjuran Cadbury dengan kerjasama Mydin. 


Memang meriah, memandangkan hari Jumaat Aien amek saja slot petang, sebab anak-anak pun dah tidur serta masa tu tak ada rushing sangat dengan kerja rumah. 
.

It's fun! Walaupun sakit pinggang. Lagi fun bila dapat jumpa chef forensik ke baking terkenal di media sosial, Shafique cute tu dan juga pengacara Jalan Jalan Cari Makan yang sangat ramah, Nazrudin 'Naz' Rahman. Excited sangat wei! .


Anak-anak pun sama teruja bila tengok coklat merata. Niat asal nak ajak Nayla baking sama, tapi dia terlalu teruja tengok ayahnya bawak adik-adik main kereta di tingkat atas. 




Setting tempat buat biskut Tart Coklat untuk para peserta. Bayangkan dalam satu slot Cadbury boleh perolehi hampir 400 biji biskut untuk didermakan kepada badan amal melalui Mydin. Uish, proud sangat! 



Ramai warga JDT turun padang meraikan kempen ni. Masing-masing semangat dan tunjuk kepakaran dengan gaya tersendiri. Macam-macam juga ragam yang ada sepanjang 3 slot berlangsung pada 17 Mac hari tu. 


My port! Setiap peserta diberikan sebekas doh biskut yang sudah dibancuh terlebih dahulu. Jadi tugas peserta ni cuma tekap saja biskut tersebut. Memang mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia melalui makanan begini. Moga orang yang makan biskut yang Khafisah buat terang hatinya dan berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah anugerahkan kepadanya. 


Terlalu fokus sebab tak percaya dapat bersua orang yang selalu ditengok dalam media sosial dan kaca televisyen. Teruja! Mula-mula masa Shafique cute tu nampak di kaunter pendaftaran me like — eh siapa eh. Lagi-lagi tetiba dia tanya, nak daftar ke? Public or media? Me like. Media. Dan dia berkata lagi bukan public. Bukan. Sorang je media ni. Tentera kecik lagi. Haha


Selesai pendaftaran, as usual anak-anak la jadi mangsa model. Dan chef forensik ni nak interframe. Haha Biar la. Simpan kenangan. Dah la selalu la jugak follow kalau dia buat biskut dulu masa PKP. Masa tu dia baru naik dengan biskut dan kuih lejen. Sekarang ni dah meluas karrier beliau dan I pun dah tak terdaya nak follow. Begitu la orang yang tak ada la berapa taksub dengan namanya influencer ni. Haha kenal begitu aje le. Shafique ni kalau ditanya pada anak muda ramai tak kenal, yang kenal dia mak cik- mak cik aje. 

Ehh, terpanjang pulak cite pasal dia. Haa~ korang boleh la stalk Instagram atau media sosial si shafique yang sekarang giat menjual sambal bilis pedas dan dendeng rendang ke apa ntah tadi tengok. 


Proses pembikinan Tart Coklat ni. Adehh sakit pinggang wei. Walaupun daku pendek, tapi meja ni lagi rendah. 


Serabut dengan glove tu, tapi kita kan nak bagi kat orang. Kena la jaga tatasusila dan kebersihan SOP pemakanan gituu. 


Okay, I so struggle wei. Mak!! Nak bukak glove boleh tak?? Haha Sekali chef datang. Haa, dipanggilnya aku mak cik. Ehh. 


Nasib lulus di mata chef walaupun sendiri rasa macam ada nipis ada tebal. Terima kasih cik suami sudi snap-snap gambar. Bini dia dah tak ingat dah haa. Rekod video pun tak dan edit lagi. 


Sebagai kenangan, mark Naz said husband rare sudi jagakan anak bini buat biskut. eheh pilihan saya memang rare. Kan? Haha Kalau tak , tak ada la menyeberang laut ni haa. 


Event begini la baru berjumpa dengan rakan JDT blogger lain. Kekangan anak kecik, dapat angkut tentera bersyukur sangat. Mereka pun gembira ibu bagi sebalang biskut raya dan coklat. 


Selesai menunaikan tanggungjawab, Cadbury memberi sedikit goodies tanda terima kasih pada orang awam sudi turut serta menjayakan program mereka. 

Tahniah juga buat Cadbury dan Mydin kerana berjaya capai misi mereka sehingga slot terakhir semalam di Mydin Mutiara Rini Johor Bahru berjaya mengumpul 25, 000 biji kuih tart coklat untuk diagihkan kepada badan kebajikan. Dengan ini juga, kempen Kuih Raya Dari Hati ini juga berjaya mencatat nama dalam The Malaysian Book of Records buat julung kalinya. Tepuk banyak!! 


Sempena kempen ini juga, sejak 1 March 2023 sehingga 30 April 2023 ini, berlangsung juga membeli product Cadbury Dairy Milk dan berpeluang meraikan Aidilfitri bersama barangan duCK x Cadbury yang bernilai seperti tertera di gambar. Nice kan? 

Dapat voucher lagi tu.. Jom sertainya sekarang! Boleh layari facebook Cadbury untuk info lanjut: 











4 ulasan

  1. Menarik tu.. memang seronok bila dapat join buat biskut raya sama kan..
    Balik kene urut pinggang tu takut melarat lak sakitnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia sakit pinggang yang lama dah xbuat kerja menunduk gitu. Haha

      Padam
  2. ha'ah rendah betul meja tu, dah sakit pinggang terbongkok nak buat kerja. Nasib baik berjaya jugak siapkan sebalang kuih cadburry. Happy kan dapat jumpa selebriti depan mata, nak pulak yang jenis ramah macam naz rahman tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib la kita pendek je. Haha tak ada la sakit sangat ..
      Ye betul tu. Naz ramah giler..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤