Tabarakallah, allahumma solli ala muhammad
Edisi Buffet Ramadan ni memang meriah bila tiba bulan keberkatan ni. Kali ni Aien nak kongsi dengan korang pula one of my favorite port bila tiba bulan puasa which is BUFFET RAMADAN BY TASTE OF JOHOR.
Buffet Ramadan by Taste Of Johor
Jika korang ingat tahun lalu Aien ada kongsi berbuka puasa dengan The Sand Village, namun sejak mereka ada kedai sendiri dinamakan Taste of Johor — tahun ni mereka bergerak dengan nama itu.
Baca Sini: Buffet Ramadan Paling berbaloi
Tahun ini Buffet Ramadan mereka berlangsung selama sebulan di Dewan Anjung Pekaka, Taman Perling (sederet dengan Hotel Amerin) dengan decoration yang sangat cantik. Open hall yang sangat menenangkan. Pheww~ Aien jatuh suka dengan dekorasi dia. Tahniah team TOJ.
.
Selain daripada itu juga, Taste of Johor masih mengekalkan harga Rahmah dan berpatutan sesuai dengan beramal di bulan Berkah. Aien suka ini tau, walaupun dengan harga yang murah, mereka masak sedap-sedap dan A class.
.
Menu di Buffet Ramadan Taste of Johor
Aien memang pencinta makanan kenduri dan homey begini memang sesuai sangat ke buffet ni. Lebih 30 jenis pilihan lauk yang bertukar setiap hari. Ada juga ulaman, kerabu, dan paling terkenal sekali semestinya selera Johor. Nama pun Taste of Johor kan. Asam Pedas Tetel, Daging Masak Hitam, Laksa Johor, pelbagai jenis sambal. Korang yang tak makan pedas macam Aien, I approved masakan dia as Spaghetti Carbonara, Kuey Teow goreng, dan Ayam Bakar. Ayam Kari juga kurang pedas.
.
Nak gambar lauk pauk? Boleh jengah di page FB Aien tau.
Nak jugak Aien kongsi apa yang kami anak beranak makan.
dari atas kiri rojak, kuey teow dan daging masak itam, sup gearbox, spagetti carbonara, kuih dan brownies. |
Ada lagi beberapa menu tak dan snap dan settled. Anak-anak kelaparan naw. Macam deme yang berpuasa. Haha sebab gerak dari rumah mereka bangun tidur petang, terus mandi dan jalan ke buffet.
Satay dan nugget semestinya habuan anak-anak. Pantang lahai. makanan senang makan dan mengenyangkan.
Korang jangan lupa cuba tau selera Johor bersama Taste of Johor ni berlangsung di:
DEWAN ANJUNG PEKAKA, TAMAN PERLING
(Sederet dengan Hotel Amerin)
bermula pada: 25 Mac sehingga 20 April 2023 dari jam 6.30 petang sehingga jam 9.30 malam.
RUANG SOLAT DAN TANDAS JUGA ADA DISEDIAKAN.
.
selamat menjamu selera!
1 ulasan
selamat berpuasa aein
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤