Chinese Drama: Love Heals
Atau nama lainnya Have A Crush of You mengisahkan percintaan antara dua doktor pakar bahagian Neurosurgeon. Ruan Liu Zheng tidak menyangka bahawa akan bertemu dengan bekas suaminya ketika menjalani sebuah misidi Africa.
.
Kemudiannya, kembali dari Afrika, Ruan Liu Zheng ditugaskan di Hospital Bei Ya yang menempatkan Ning Xing Qian sebagai pakar neurosurgeon terbaik China ketika itu. Sekaligus meletakkan Ruan Liu Zheng sebagai anak tutor kepada Xing Qian.
.
Takdir membawa mereka berdua bersama menyelami kehidupan sebenar di samping kerjaya dan kisah cinta mereka yang terpisah 6 tahun lalu. Ruan Liu Zheng bukan lagi gadis yang manja dan mengalah dalam apa jua keadaan.
.
Have Crush on You
Telah ditayangkan pada tahun 2022 mengikut tayangan China dan mula masuk tayangan antarabangsa pada awal tahun ini. Drama sepanjang 36 episod ini memang menarik ditonton buat mereka yang meminatkan genre romantik serta medik dan sedikit kekeluargaan.
.
Aku sendiri tertarik dengan drama ni, apabila melihat short di youtube ketika mana satu scene menyebabkan Ruan Liu Zheng menangis kerana satu sebab dan Ning Xing Qian yang berhati beku itu langsung memilih untuk berdiam diri. Baca komen masa tu semua pakat geram je, tapi sesuai dengan tajuk drama, Love Heals — mengisahkan walaupun retaknya cermin sukar dicantum semula, jika jodoh sudah tertulis pasti bertemu semula.
Spoiler Love Heals 2023
Ruan Liu Zheng — menyukai Ning Xing Qian dari awal seawal cinga monyet dan menjadikan beliau inspirasinya untuk menjadi doktor. Love how this drama bermula, but later on the ending quite meleret dan macam menyampah dengan ending dia. Suppose to be this drama can be ended on 24 or 30 episode. Tapi drag sampai 36 dan mereka masih tak menyarungkan wedding dress for second time. Aiguuu~
.
Ning Xing Qian — seawal usia dah bergelar doktor. Tak tau la life doktor macam senang bagi Xing Qian genius memang cepat naik. Sebelum umur 40-an beliau telah layak menyandang jawatan sebagai director ward. Bahkan di Hospital Bei Ya seperti yang diceritakan dalam drama, Xing Qian merupakan seorang neurosurgeon sangat disegani semua, bahkan satu China Mainland mengistiharkan kebijaksanaan dan ketangkasannya dalam dewan pembedahan. Seronok dengar kan?
.
As pelakon yang membawa watak Xing Qian ni, Peng Quan Ying mula meraih populariti daripada drama Princess Lanling pada tahun 2016. Banyak juga drama beliau, cuma tak berjumpa lagi kecuali yang satu ini. Sudah la tinggi, muka agak klasik dan tidak la sehensem kebanyakan pelakon muda sekarang, but dia ada kemanisan tersendiri. Ahhh~ gituuu.. Lakonannya juga bersahaja dalam menambat hati bekas isteri - Liu Zheng semula, padahal
bermain wayang cinta dihadapannya bersama lelaki lain. Sekali pergi rumah bapa mentua, terjumpa dengan lelaki yang sama cuba memikat hati Liu Zheng. Tercabar member.
Best tak drama Love Heals?
For me best juga, cuma tak faham why need to drag sampai dia berbalik ke Africa bagai — ahh, mungkin sebab nak cerita kesulitan berkhidmat di sana. Di mana mereka terpaksa berdepan dengan peperangan antara dua puak.
.
Dah masuk 4 episod terakhir boleh pulak dibuatkan Dr. Ning tu kena tembak kat kepala, and hilang dibawa pergi sampai tak boleh kesan. Really? Nasib Liu Zheng bijak, dia kembali semula ke tempat di mana Xing Qian hilang daripadanya. Jumpa - but amnesia. Hurm,, nasib ending dah bercincin balik. Kalau tak, aku hempuk jugak drama ni. Haha Gurau gurau. Tapi tu la, kenapa la panjangkan cerita padahal boleh dipendekkan? Kan kena bayar lebih. Ahh gituu. Tapi best, sebab ada selit ketika dunia dilanda Pandemik dan Wuhan ditutup. Para doktor dan jururawat di Bei Ya Hospital berkhidmat sampai tak ingat rumah. Sedihnya, masa ni ayah Liu Zheng meninggal sebab liver cancer last stage. Dia teringin sangat nak tengok Liu Zheng berkahwin lagi, tapi tidak kesampaian sebab pandemik.
.
Mereka dalam ni buat soalan - Adakah medical family tak layak memiliki keluarga bahagia? Sebab bila dorang terlalu dedicated pada medical dan perkhidmatan mereka, keluarga mereka diabaikan. Yeah, people tak boleh nak fokus pada dua tempat yang berbeza. And we let medic person la memahaminya. Dari kesimpulan drama ni, Love Heals — jika masih cinta, berpisah selama mana tetap cinta.
.
Begitu tulusnya kasih Liu Zheng yang menyukai Xing Qian dari bangku sekolah. Berjumpa di university dan bersama dalam bidang yang sama. Dan menariknya, mereka masih mengekalkan profesionalism dalam menguruskan kehidupan peribadi dan kerjaya. Tabik la~
.
Meh la layan trailer dia sekejap. Best, dan cuba nak memahami istilah perkahwinan dari dua sudut pandangan berbeza dari lelaki tak romantic dan perempuan romantis.
Watak Liu Zheng ni serius terbaik la, sebab bila dengan orang dia sayang, automatik jadi manja mat. Haha bila kita itu itu aje laa. tak reti lahai.
Another quotes drama~
aienienka
2 ulasan
i geram perangai laki dia, kesian tengok Liu Zheng try hard waktu first marriage diorang.
BalasPadamKan.. kan..
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤