Taqaballahu min kum..
Alhamdulillah selesai ibadah puasa dalam bulan mulia Ramadan dan kini syawal menjelma bermaaf-maafan sesama kini meraikan hari yang mulia ini.
Tahun keenam berkahwin, tahun keenam juga beraya di Pekan Nanas. Belom ada rezeki nak beraya di Miri.
Tahun ni juga pecah rekod, kegigihan seketul khafisah menjahit baju raya untuk sekeluarga. hehe Dengan tema dark purple, kita padankan kain english cotton corak bunga halus. Berangan la pakai kain Sb line, senang sikit. Sesuai dengan cuaca Malaysia yang tak tentu, SB line ni sejuk la sikit. Tapi kalau dah panas tu, panas ler jugak.
.
Berangan la beli kain heavy chiffon untuk tudung, datangnya heavy chiffon yang sesuai dibuat tudung sarung. Kita halusi tudung anak-anak saja la. Tudung ibu tak menjadi, kita belanja tudung Jimmyscarves koleksi Daisy kod Carmine.
.
masih banyak lagi nak kena praktik terutama part leher dan kemasan jahitan. Seronok, walaupun stress banyak sangat iklan. Haha Saat akhir ingat nak buat kuih dan biskut tak dan ehh. Baju tak berapa nak kemas. Haha
.
Datang langsir, kita kemas rumah. Gayakan rumahnya pulak. Begitu la ibu-ibu begitu kan. Ibu simpan sini la kenangan. Mana tahu Raya Haji rajin kita jahit lagi. Kalau la kan.
.
Oohhh, kain semua beli kat shopee. Benang jr suruh laki belikan kat kedai. Beli lebih untuk jahitan tepi sekali. Senang. Beli tapak baby seam untuk jahit tepi tudung. Boleh la kita cuba jahit tudung untuk anak-anak lagi.
.
Setakat baju kurung, baju melayu kita bab sambung konfiden, bab potong la tak berapa nak yakin. Ikut suka hati je. Kalau belajar molek-molek ikut pola, mungkin menjadi lagi.
Baju Melayu & Kain Baju kurung Kain SB Line Sakura Cotton
Kain English Cotton - Baju Kurung anak dara
Kain Chiffon - tudung anak-anak
tudung Ibu dari Jimmyscarves. Done beraya!
.
Salam Syawal 2023 semua.
3 ulasan
selamat hari raya...maaf zahir batin..
BalasPadamwah..jahit baju seronoknya...
powerrr la kitak polah kedirik baju! I likeee! satu kemahiran yang kamek belom cuba and belum belajar agik...selamat hari raya fysah and family!
BalasPadamSelamat Hari Raya Aien sekeluarga :)
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤