Drama Jepun: Silent (2022)

Ahad, Mei 07, 2023

 


Drama Jepun: Silent (2022)

Tak boleh bayangkan ehh, selama ni kau minat musik dan tetiba one day, pendengaran kau hilang? Di mana kau punya awek yang suka dengar suara kau dan kau juga tak boleh mendengar suara kau sendiri? 
.

Hi, Hi Koniciwa! Selamat sore.  Hari ni Aien nak review drama Jepun: Silent setelah sekian lama tak menonton drama Jepun ni. 
.

Sinopsis Silent: 

Tsumugi Aoba jatuh cinta dengan Sou Sakura ketika dibangku sekolah dan mereka berkongsi minat yang sama iaitu cinta pada dunia musik. Hubungan mereka berpanjangan sehingga suatu hari Sou Sakura meninggalkan Tsumugi Aoba tanpa sebarang perkhabaran setelah tamat sekolah. 
.

8 tahun berlalu, Tsumugi Aoba bekerja di Tokyo dan di sebuah kedai CD terbesar serta dikeliling musik yang disukainya. Tanpa di sangka dia bertemu semula Sou Sakura dan ingin bercakap dengannya, kemudian menyedari lelaki itu telah kehilangan deria pendengaran. 
.


Simple. Drama Jepun tak pernah berat sangat bagi Aien. Cuma 11 episod dan macam tergantung pulak Aien rasa sebab tak tau kesudahan Aoba dan Sou bagaimana. Wonder pulak adakah mereka bersama atau tidak. 
.

Review Silent Japanese Drama 

Drama dia best, tapi nak kata best sangat tu tak la sebab rating di Asianwiki pun cuma 7.8/10 sahaja. Senang dihadam dan plot yang ringkas membawa kita menyelami dunia mereka yang mempunyai cacat pendengaran. Memang ada sesetengah scene sepi dan cuma isyarat tangan mendominasi skrin, terasa macam. Sepi. 
.

Sou Sakura selepas mendapat tahu dia bakal kehilangan pendengaran sepenuhnya, mula meninggalkan Tsumugi Aoba sebab tak nak teman wanitanya susah hati. Apatah Aoba sangat suka mendengar suaranya. Kind of sedih — dah biasa dengar bunyi tetiba sepi. Dan dia memutuskan untuk tidak bercakap bila dia tak boleh dengar suaranya sendiri. Dia terasa rendah diri dengan orang sekeliling. 
.

Pembukaan drama ni, dengan quotes daripada Sou Sakura; dari kecil mempunyai masalah percakapan. Sedih pulak bila dah besar hilang pendengaran. 
.

Padahal tiada juga genetic dalam keluarga mempunyai masalah yang sama. Mungkin 1/10 berpeluang mengalami masalah serupa. Mungkin juga disebabkan suka dengar earphone terlalu banyak. Skeptical orang melayu selalu begitu. 😅 
.

Bila berjumpa semula Sakura dan Tsumugi ni, dengan gigih Tsumugi belajar bahasa isyarat dan terlibat dengan sebuah la kisah percintaan antara Nana seorang wanita hilang pendengaran dari bayi dan Harou boleh bercakap dan mengajar bahasa isyarat. Adalah beberapa scene menunjuk kesukaran Nana masa universiti tatkala pensyarah mengajar di hadapan. Dengan bantuan Harou, Nana sangat-sangat berterima kasih ada yang sudi membantu dia, tapi bila Harou mula mempelajari bahasa isyarat, Nana merasakan Harou cuma kasihan dengan dirinya.

Padahal sikit pun tidak. Miss-comunication berlaku. Dah lama tu baru dia berjumpa semula dengan Harou dan rasa senang dah boleh berkomunikasi guna bahasa isyarat. 
.


At the end of drama, it's comfort story tentang dua manusia berbeza yang cuba bersama dalam satu dunia. For me, kita sama ja. Usaha tu membezakan kita. If love can make we happy, why need to deny because of our disability? Ehh betul ke ni? 

dah tu je laa. nak post semalam tak siap taip lagi.  

2 ulasan

  1. Menarik.. drama Korea pun dah banyak awareness pasal autisme dan other disabilities kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kadang2 benda ni selalu kita terlepas pandang

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤