Chinese Drama: Song of The Moon (2022)
Bermula pada penghujung 2022, drama ini menjadi tarikan para peminat Chinese Drama terutama yang meminati genre Wuxia dengan lakonan Zhang Bin Bin a.k.a Vin Zhang dan Xulu sebagai peneraju utama drama.
.
Bersiaran di channel iQiyi mulanya ingat nak tengok, tapi macam tak best sebab belom berkenan lagi tengok both pelakon ni. Tapi sejak tonton drama Here We Meet Again dan rasa dia candy eye sangat, jadi iolls cuba nak marathon list drama lakonan beliau yang boleh tahan banyaknya.
Mempunyai 40 episod adalah tidak hairan buat drama bergenre wuxia dan romance begini. Panjang hikayat nak diceritakan apatah kisah percintaan antara dua dewa yang bertentangan tenaga mereka.
Sinopsis Song of the Moon
Ketika kecil, Liu Shao bertemu dengan seorang lelaki misteri yang menukar masa depannya untuk tiga hari kegembiraan. Pada mulanya, Liu Shao hidup bebas dan senang lenang sehingga dia menjadi taruhan atau erti kata lain terlibat antara dua dunia immortal dan demon. Penglibatannya itu merungkai satu demi satu misteri dan kisah cintanya antara Lu Li, lelaki misteri berjubah hitam itu.
Drama ini, adaptasi daripada novel "Ben Yu" karya Shu Ke.
Review Song of The Moon
## might content spoiler alert ##
As I said di atas tadi, memula masa ditayangkan nak tengok, tapi macam kurang berkenan dengan both pelakon utama, jadi I drop this drama until beberapa hari lepas after watched satu lakonan Zhang Bin Bin ni, Iolls mula google beliau. Uishh, banyak drama dia yang I nak tengok tapi tak tengok-tengok. 🤠Dia ni hensem, tapi kalau lakonan dia tu, macam satu rentak je tau. Macam Zul Aripin yang tengah viral sekarang ni. 🤣🤣
Dia macam nak best, tapi tak best. So I gagah tengok drama ni yang pada mulanya 10 episod pertama agak catchy. Menarik sebab Liu Shao ni beriya cari siapa Immortal yang bawak dia jalan-jalan tu. Sampai ulang tahun kelahirannya ke-18, misterious light keluar dari badan Liu Shao dan sebagai tanda amaran, perjalanan hidupnya akan berubah selepas itu.
Demon Ao Yen nakkan kuasa dalaman Liu Shao yang aneh itu. Tapi, Lu Sheng (Half demon) mempunyai perancangan yang jauh lebih panjang untuk Liu Shao. Dihantar anak buahnya, Lu Li sebagai guardian Liu Shao selepas dia disuruh bersembunyi di Mansion Marquis Duke Wu Yang demi mengelakkan dibunuh oleh Demon Ao Yen.
Quite tricky drama ni sebab banyak sangat watak sampingan tapi agak santai sebelum 10 episod seterusnya yang macam krik krik aje laa. Pahtu dibuatnya kisah cinta Lu Li dan Liu Shao terhenti sebab mereka bakal mengulangi sejarah sebelumnya. Lu Sheng meletakkan Soul Devouring Spell pada Lu Li supaya berjaga-jaga dari terus mencintai Liu Shao. Tapi, kalau dah namanya suka siapa boleh larang kan? Walaupun membunuh diri sendiri.
Sehingga satu detik di mana Four Stone apakan tu, tempat separuh hati God of Moonlight dibenam oleh God of Sun kerana dipengaruhi demon. I la geram tengok drama macam ni, sebab mereka di Immortal Palace acah dewa sangat padahal kadang ada setengah dari dorang lagi kuat pengaruh jahat dia. Ada je demon jahat macam Demon King in White He Na. Dia dulunya nakal, tapi demi penduduk Aquatic Demons, dia berubah. Sampai dia jatuh hati dengan Liu Shao. Sanggup berbuat apa saja untuk gadis yang dicintainya. Sehingga hujung drama, dia masih tak dapat memiliki Liu Shao.
Bagi I episod 20-34 macam, kalau dilajukan pun tak apa jugak sebab cerita pasal Immortal Palace nak stabilkan Four Stone Enourment tu dari terus dipecah oleh yang berniat jahat. Sedar-sedar, Immortal Master busuk hati nak Lou Ge, yang masa tu sedang berjuang nak jadi Supreme God, tapi kena lalui sekali lagi kisah cinta penuh tragik bersama Liu Shao. Immortal Master ni punya nak Immortal Palace tu kekal ada Supreme God untuk 10 ribu tahun sekarang, selepas kehilangan yang sebelumnya, dia sanggup berkerjasama dengan kuasa jahat dibawah batu tu.
.
Sekali untuk episod 35, mak aihh. sampai tersedu-sedu I nangis pasal kisah cinta adik He Na, Fu si General of Water dan adik Lou Ge, Lou Ning yang juga mengulang sejarah kisah cinta Demon King dan Immortal Ze Shui. Tapi, sebab Lou Ning ni sangat dijaga oleh Lou Ge dari kecik dia sangat baik dan telus.
Fu pulak, seorang adik yang sanggup buat apa saja untuk abang dan rakyatnya (kononnya la) berbuat jahat merata. Bertemu dengan Lou Ning, dah naluri dia jahat, tapi semua tu tak menghalalkan cara. Lou Ning sedih sangat bila ditipu hidup-hidup oleh Fu. ðŸ˜ðŸ˜ Dia tahu Fu buat semua sebab nak angkat sumpahan Aquatic Demon yang dorang takkan boleh keluar dari air di sebabkan kisah cinta Immortal Ze Shui dan Demon King pada 10ribu tahun lalu. Jadi Lou Ning sepakat dengan He Na, untuk menjadi Demon Queen, barulah sumpahan tu boleh terangkat. Malangnya, Fu tersalah anggap ingat Lou Ning curang padanya. Diberikan Lou Ning Phoenix Tears untuk melupakan kekasih hati pada tanggapan Fu adalah He Na, tapi malangnya, orang itu adalah dirinya. Sehingga mati Lou Ning sentiasa menjaga Fu daripada berbuat jahat lagi. Sedih bak hang...
.
Memang minat lakonan Riley Wang anak kelahiran Canada ni. Antara drama Riley Wang yang I dah tengok:
I Hear You lakonan bersama Rose Zhou Lu Si
dan First Romance lakonan yang lebih santai.
Berbalik pada drama kita tadi, bila tengok ending dia confuse jap. Supposed to be dia berhenti sehingga episod 39 di mana, Liu Shao sanggup menguasai kuasa God Of Sun yang ada padanya dan mengambil semua kuasa jahat yang cuba mempengaruhi Lou Ge tapi jasadnya hancur. Lou Ge hidup sebagai pengembara demi mencari Burung Api berkaki Tiga jelmaan Liu Shao padahal burung tu selalu ada dibelakangnya. Tetiba episod 40, rupanya Kuasa Jahat tu bagi peluang nak tengok bagaimana mereka menghapuskan dirinya. Adehhh, sakitnya tu di sini tahu. Sudahnya, Fu mati demi menebus semua kesalahan yang dilakukannya sebelum ini. Dengan gabungan kuasa air Fu dan He Na, kuasa jahat berjaya dikurung semula sebelum dihapuskan oleh Liu Shao dan Lou Ge. Kiranya keamanan Three Realm berjaya diselamatkan dan mereka watak utama hidup bahagia. Tapi most of fans cakap sad ending pasal Fu dan Lou Ning tadi. Huwaaaa~ masih tak leh move on...
Take five sebelum next drama...
ps: all image credit to google.
aienienka
3 ulasan
i pun nampak cite ni kat iqiyi tapi itulah tak rasa nak tengok lagi..haha
BalasPadamKena amek mood dulu baru best tengok. Kalau tak sepi aje laa
PadamPelakon tak kenal sangat tapi suka cerita Chinese rambut panjang Gini..Lawa Lawa baju pompuan..saya suka! Dulu salu tengok kat TV2 atau NTV7 😂 Seronok tengok dorang lawan lawan...Lepastu ad macam macam ubat penawar..sebab dorang ada tabib tabib .Kan ..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤