Tempat jatuh lagi dikenang, apakan pula tempat bermain. Ehh, memandai aje la peribahasa kau ni kan. Entry yang sepatutnya keluar as soon as possible pulang dari Melaka bulan lalu, tapi. Macam biasa. Diperam menjadi pekasam dalam galeri dan baru nak keluar pada hari ini.
I was back to Kuala Sungai Baru, for long time since bila ehh kali terakhir. Haa, Raya Haji tahun lalu beraya di sana. So, untuk raya aidilfitri lalu, kakak sulong Aien melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan di rumah Melaka.
.
Makanya berkumpul kami adik beradik kecuali yang di Kuching kerana kekangan masa. Well, memandangkan kita dah sampai ke mari. Aien throwback tempat belajar Aien di sekitar Kuala Sungai Baru tu la kan. Cumanya tak sampai ke Universiti Islam Melaka tu je. Mesti dah lain bebeno ler dalam sana tu.
.
Kita tikam belakang since dulu pernah menetap di asrama SBI kami panggil, kawasan kedai yang kini menjadi Mr.Diy, Family Mart dan sebagainya di situ berhadapan dengan Taman Gamelan dan Sekolah rendah apakan tu.
.
Sangat mengimbau kenangan. Paling nak dicerita sini, kenangan makan di kedai tomyam akak ni kat Taman Gamelan tu la. Ada desas desus kata dah tak sama rasanya macam dulu. Mungkin tukang masak dah berubah. Bagi Aien aku nak memori makan dengan kawan-kawan. Dengan dua ketul bonda's (dah jadi mak-mak dah deme) gigih jalan kaki dari asrama semata nak dine in kedai. Dah kenyang makan sembang, sebelum balik bungkus makanan untuk supper pulak. Wei, bayangkan ehh. SBI tu ke kedai akak ni lebih kurang macam - Alah tak jauh pun tapi kalau kau dah makan kenyang sampai asrama lapar balik wei. 🤣
Kadang-kadang rindu nak duduk sembang dengan kawan-kawan, mengimbau memori macam ni pun cukup baik. 😊 Hari kami pergi tu, agak sepi sangat. Macam kedai ni tak ada orang nampak. Dia beroperasi dari jam 6 petang sehingga 12 tgh malam.
.
Rupanya akak tu cakap ada pasar malam depan SBi tu memang sepi sikit la kedainya. Dan paling ajaib, akak tu ingat aku. Aku suspek dia ingat si syafika tau dak. Sebab budak tu je ramah terlebih. Kadang bila kami malas nak beli makanan, kami order je kat akak ni. Dah siap delivery dan tinggal ambik kat bawah je.
2 ulasan
Selamat menjamu selera
BalasPadamkeropok lekor my fav hihi
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤