Salam Aidiladha 1444H/2023M

Khamis, Jun 29, 2023

 


Salam aidiladha 2023 semuanya. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan kita semua mendapat pahala daripada Allah SWT. 


Tahun 2023, kita umat Islam majoritinya demua diuji dengan pelbagai ujian daripada segi perkara. Ada ibu bapa berkorban melakukan apa saja untuk membesarkan anak-anak. Ada juga pasangan juga berkorban segala titik peluh untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang bersusah payah berkorban dalam melakukan apa jua perkara agar terus menjadi insan mukmin yang memberi manfaat dunia dan akhirat. Apapun kalian lakukan, saya doakan yang terbaik. 

.

Rasanya tahun ni amat terkesan sekali dengan impak daripada pandemik yang lalu. Manusia sibuk membetulkan mana yang patut dibetulkan tanpa menyedari, hakikat akhir zaman itu sumber makanan adalah tertakluk pada keadaan dunia. Dan tika itu manusia akan berbuat apa saja demi sesuap nasi. Maka, wujudnya bermata satu menaburkan janji? Bagaimana keadaan nauzubillah min zalik. Kadang takut adakah kita di antara mereka yang memilih 72 jalan yang jauh itu? 

.

Kali ni, sesekali nak jugak share benda baik.  Teringat memori zaman remaja dahulu rindu dengan nasyid-nasyid. Mana la pandai nak dengar lagu sangat. Haha Dengar nasyid membawa keinsafan gitu. Jadi untuk Hari Raya Haji kali ni nak kongsi dengan korang satu lirik nasyid dari kumpulan Qatrunada iaitu Sejarah Pengorbanan.  Terima laa.. Ehh macan kita pulak yang nyanyi. 🤣 Moga satu hari nanti Nur Khafisah Ashadi sekeluarga direzeki menjadi tetamu Allah di tanah suci kota Mekah. 





Haji mengingatkan kita sejarah pengorbanan 

Pengorbanan yang ikhlas lagi agung suci 


Kerana Allah, Nabi Ibrahim sembelih anaknya 

Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya


Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu

Siti Hajar kerana Allah, taatkan suami tinggal sendiri 

Tinggal di tanah haram suami datang setahun sekali

Di tanah kering kontang, hanya tawakkal kepada Ilahi


Tatkala Nabi Ismail lahir, teruji lagi

Air susu telahpun kering sama sekali 

Siti Hajar mencari air, ke hujung ke pangkal berlari-lari 

Dari Safa ke Marwa beberapa kali 


Aduh, hatinya cemas anak kecil tiada rezeki

Tapi hatinya teguh kepada Allah, yakin sekali 

Di dalam mencari air, terpancar air dari bumi 

Berkat dari tendangan kaki anaknya bakal Nabi 


Dia pun mengumpul air sambil bersyukur 

Dengan menyebut, zam-zam, zam-zam

Itu lah dia air zam-zam yang kekal hingga ke hari ini 

Mukjizat seorang Nabi berkat isterinya 


Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini 

Cintakan Allah menegakkan agamanya, wajib berkorban 

Taat, sabar dan tawakkal jadikan pakaian

Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti 



Berkorban? Terlalu sukar bukan? Selalu saja kita menyebut, takkan aku je kena berkorban untuk semua orang. Begitu adat kehidupan. Menjadi seorang hamba Allah di muka bumi, ujian dan pengorbanan itu jadi tradisi dalam mencari cinta Allah. Tak ada manusia di dunia ini terlepas dari ujian. Kadang-kadang mendapat nikmat pun boleh jadi ujian. Risau ianya menjadi istidraj. 🥲 

.


kawan-kawan, niat yang baik-baik. Fikir yang baik-baik. Semoga kita sentiasa menjadi orang positif selalu. 

2 ulasan

  1. Banyak kebesaranNya yang dapat Dilihat berkenaan hari raya Qurban..Kan... Salam Aidiladha yang dah lepas ye...hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤