Allahumma solli ala muhammad
Cerita Ogos bermula dengan baik semalam, dan ditegur Allah jugak semalam dengan kematian Note 10 Pro yang berjasa selama setahun ni. Telefon pemberian adik bujang pada kakaknya jahanam kelam tanpa salam. Tetiba padam sedang daku skrol Shopee dengan niat di hati nak cari satu tab untuk senang nak update blog.
Cuba dihidupkan, masih hampa dengan tiada jawapan. Okayy la, terima kasih sudi berkhidmat untuk saia. Saia simpan kamu bagus2 okay, tapi perginya dia tanpa salam tu buat terbantut semua video dan gambar untuk kerja makan masih pending dalam tu tanpa back up di mana2 cloud. Penuh merata. Penat la heh. Haha
Dicas pun masih kelam. Sebenarnya sebelum raya hari tu, note 10 Pro ni buat hal dengan camer hadapan dia tak hidup. Dialihkan ke selfir camera, dia jadi lagged dan jammed. Lamaaaaa.. Pahtu padam. Dicari apa punca masalah, rata-rata pengguna Redmi Note 10 pro mengatakan itu masalah umum setelah diupgrade MIU -nya. Kira punca masalah sistem utama dia juga la ni.
.
Tak lama kemudian, begitu jugak dengan ambil gambar. shot satu, tutup apps. Satu satu, tutup. Ehhh. Kau ni. Menyirap jugak kalau jenis tak penyabar macam daku ni. Bayangkan nak ambil gambar raya walaupun pakai bluetooth remote tu kena juga berlari betulkan camera. Kau rasa?
.
Sabar nur, kata hati. Nanti ada duit kita beli baru ek. Tu yang dok riki-riki kat shopee kan. Mana la tau dapat risik Iphong terus. Haha #tinggiangan Tu gamaknya dia merajuk terus. Adoyai.
.
Tapi dengan keadaan sekarang kita pinang je la mana yang husband sudi taja. 🤣 Nak kumpul dana sendiri nanti-nanti la. Kebanyakan hasil kerja sendiri banyak menjurus kepada belanja makan anak-anak, kehendak dan nafsu sendiri. Hahaha Nak cari duit poket lain lagi ni. Masyaa Allah susah jadi perempuan. Dia punya nafsu tu 8 tingkat. Makan, beg, deco rumah, baju, belom masuk lagi semangat taik manok yang kejap nak bisnes itu, kejap nak bisnes ini. Aiguuuu~~
.
Siapa la kata surirumah ni tukang habis duit laki je ehh..
6 ulasan
hheheheh insyallah ada rezeki tu nanti... bersabar ye
BalasPadamaamiin. moga Allah perluaskan lagi rezeki kita semua ^^
PadamWah gigihnya akk mencari rezeki...Semoga Allah perluaskan rezeki akk seluas lautan, sederas sungai yang mengalir dan selebat hujan yang turun ke bumi. Aamin Ya Rabb :D
BalasPadamGigih tu belom lagi, usahanya belom bergerak secara jasad. Haha
PadamHahaha merajuk betul eh dia. Taknak jumpa tuan dia terus. Moga dapat pengganti yg lebih baik
BalasPadamiyeee. Sbar je laa
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤