Bolehkah elergik dengan Niacinamide?

Sabtu, Ogos 19, 2023

 


hi, hi 

Dia punya nak tunggu mood menaip tu alahai, payah nau. Banyak saja cerita, cuma nak buat karangan tu hurm... Kuseru mood rajinku. HAHA 

Tetiba rasa macam nak cerita pengalaman bulan May yang lalu, which I kena attack alergik reaction daripada skincare dan buatkan I moody untuk beberapa ketika. Nasib dah lepas raya, dan masa tu pun raya macam tak raya. 


Macamana tahu elergik niacinamide? 


Ceritanya bermula sejak I try skincare viral iaitu Skintific. Jap la hee, nak belek galeri cari gambar lama dia dulu. Frust bila banyak gambar lelawa banyak yang tak back up ke google photo, tapi gambar yang randomly kau download itu yang ada. heh. 



Mungkin sebenarnya sebelum tu I memang dah elergik dengan Niacinamide because setiap kali skincare yang I guna mengandungi niacinamide dia mula akan jadi kering di sekitar hidung I dan I pun stop pakai. Akan tetapi, dengan penggunaan Skintific 5x Ceramide ni la dia Boom! haaa, tanpa segan silu dia terus Ehhh, kau ni aku dah kata kau elergik ni. haa, macam tu la dialog kulit muka aku masa tu. 


My skin type adalah normal to dry sensitive skin. Mungkin disebabkan ada eczema dan I pun tak ada la jumpa dermatologi sebab pitih tak dop, dan buat experiment atas muka sendiri. As you may read long long ago my blogpost, I ada share pasal roscea dalam posting >> Baca di Sini << dan bagaimana my skincare routine bermula. 

.

Dan kali ini trigger dia adalah NIACINAMIDE. Korang tahu tak apa itu Niacinamide dan fungsinya? Ajum la kita baca sikit ehh. 


Niacinamide dan fungsinya? 

Mengikut bacaan I dari laman web lazysharkskincare, Niacinamide merupakan juga dinamakan vitamin B3, sejenis water soluble vitamin yang dikaji dapat memberi banyak kebaikan kepada kulit wajah. Terutama sekali dalam pencerahan dan sekatakan tona kulit, mengurangkan kedut dan garis  halus di wajah. 

Dan ia memang selamat untuk semua jenis kulit dan kini telah meluas banyak dalam bahan produk skincare. Sesungguh I adalah di antara mereka yang kalah dengan Niacinamide ini. Mungkin atas faktor umur ataupun, memang dah makin sensitive kulit wajah ni. 


Bagaimana reaksi kulit terhadap Niacinamide



Atas saranan dermatologist selepas I buat muka di Dermalane dulu, I guna moisturizer Vanicream untuk stabilkan certain area kulit muka I yang kering. Agak stabil dan I berpuas hati la jugak dengan keadaan kulit muka yang dah kurang merekah sana sini dan hidung tak lagi pedih walaupun harga dia pricey sedikit. Selepas I bertukar ke produk Skintific ni, moisturizer tu langsung tak bagi perlindungan baik pada muka I. As you can see dalam gambar di atas di bahagian kelopak mata dan smile lines teruk naik rashes. Pedih wooo, mata terasa kembang je. Lagi bila dia kering. Huwaa~ T^T dan bila I stop those skintific produk, dan cover balik dengan vanicream tu. Alhamdulillah dalam dua minggu dah pulih. Cuma nak kena sentiasa jaga je la. Jeles tengok orang kulit halus mulus. Kita dah berusia (kira berusia la jugak 33 tu kan) madih struggle mencari skincare sesuai. 


Untuk pengetahuan, before pakai Skintific ni, I memang regularly pakai: 

Mary kay Timewise Cleanser

Toner (tukar-tukar) 

Serum (juga tukar-tukar) 

Vanicream ointment moisturizing

3W sunscreen 


Ini je rajin. Nak scrub tu kadang-kadang bila dah rasa tak selesa baru buat. pahtu kalau malam, sometimes I just use cleanser dengan moisturizer je. padahal nak kulit cantik kena la jaga rutin malam tu kan? heee~ tahu, tapi tu laa.. Haha 


Bila dia dah baik, I macam okayy, apakah bahan guwe trigger ini? Ahh, gituu. Pahtu gatal pulak pakai BOJ punya sunscreen hasil dapatan dari review skincare. Macam menarik dan nampak glowy dalam 3-4 hari macam tu. Kemudian, the rashes naik balik. ahhhhhaa~ rasa hati aku mengatakan niacinamide ini punca. Sebab BOJ tu ada niacinamide jugak. Dan gatal lagi pergi cuba Ruruberry punya serum Niacinamide 10% juga dapat dari review. 


wehh, hahaha dari sini la baru terkesan dan OKAY! SAH NIACINAMIDE PUNYA KERJA! rupanya setiap orang itu ada peratus niacinamide yang dia perlukan dan 10% itu is too much for me. Kau rasa? Maka, bermula daripada episode ini, I berjaga-jaga dengan namanya Niacinamide itu. 


Kes kedua yang paling teruk lagi, bila I try Wardah moisturizer adik I punya cause vanicream moisturizer itu hilang tak tau letak mana masa packing. I la kan, geram la kalau dah kita nak melawa, tapi benda penting dan wajib itu tiada. Nasib juga selepas hari terakhir di Melaka baru pinjam sebab rasa kering sangat dan muka. Nasib juga sewa homestay bukan yang ada aircond. Hangat bak hang tidur di Melaka tanpa aircond. Balik Johor tu, nah.. 



Ini pun hari keberapa baru nak snap gambar sebab tak mampu tengok muka sendiri. Rezeki pulak masa tu, datang review spray Goya Heal. Haa, spray la kan muka. Memang pedih, tapi heal dengan cepat. Kurang dah kering lepas tu. Kemudian, datang lagi RCV Pro Skin defense untuk orang eczema dan berjerawat. alhamdulillah, memang sekejap je dia dah baik. Dah tak ada kesan dari rashes tu. BUT untuk I kena la berjaga-jaga yang namanya Niacinamide itu serta pemakanan. Cuma Raya Haji rituu, makan seafood dah tak ada sakan bergaru. Mungkin kesan dari makan supplement RCV tu. Harus konsume terus. Tapi tu laa, harganya embak, ngak bisaaa. Sebab tu la ada perumpamaan berbunyi, jangan dah sakit baru nak berjaga. ehh betul ke? 


Maka, begitu la cerita skin journey kita. I simpan sini untuk kenangan besok hari untuk orang pelupa dan saja nak kongsi pengalaman sendiri. Al-maklum la kita ni dah kena baru terngadah. Haha 

Itu pun selepas google, allergy niacinamide dan semua artikel wujud dalam bahasa english. Surely dorang omputih kan memang suka sharing. I baca sini la tahu ooohh, rupanya betul la tu Tanda-tanda alergik niacinamide


Jadi konklusinya, bukan salah produk, cuma kita ja tak layak cuba pakai produk macam orang lain. haha 

Sampai ketemu lain hari. 


3 ulasan

  1. Cara lebih selamat kalau muka break out, sapu aloe vera. Yang asli punya. InsyaAllah menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pernah buat, pedih mat.. 😭😭😭

      Padam
  2. saya beberapa bulan yg lalu pun kena breakout truk, alhamdulilah dah getting better n recover

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤