Allahumma solli ala muhammad
Mari la kita sambung cerita, telefonku telah mati. Makanya suami sudi taja telefon bajet mampu milik iaitu Infinix Note 30 yang sedang hangat diperkatakan buat peminat telefon bajet tapi dengan spec yang agak lumayan.
Nak cerita pasal telefon ni memang tak pandai sebab sejak menggunakan smartphone, paling lama tahan 5 tahun dengan saia as heavy duty user. Aku tak main game as PUBG ke, Mobile Legend ke. Cuma dari segi penggunaan tu boleh dikatakan lasak dengan drama, game yang agak berat simpanan dia as Township, gambar dan video yang banyak. Serta apa yang dicari mesti la bateri dan simpanan besar. Paling penting camera lawa. laahh, kita kan perempuan. Mesti la nak telefon camera tiptop.
Hari tu, dalam kepala inginku pinang iQoo z7x keluaran Vivo. walaupun camera dia agak rendah sikit, tapi entah kenapa hati ni teringin nak pinang vivo sejak 2019 lagi. Belom berjodoh lagi kami. Husband suggest amek Infinix Note 30 jika dikira daripada segi simpanan bateri dan semuanya bagus tiptop dan paling penting harga tak sampai RM700 tau korang. Ada desas desus mengatakan tambah sikit duit boleh upgrade pergi ke Inifinix Note 30 Pro yang punya banyak kelebihan. Ceritanya di sini it is what it is. 😊
Yang kupilih adalah Gold, rupanya Gold dalam keluarga Infinix ini adalah orange orange. Mak aihhh.. Terang menyala belakang dia, nasib baik leather. You know dah terbiasa guna Redmi Note 10 Pro dan bila berpindah ke Infinix ni macam kena downgrade pulak. Yela, harga mereka memang jauh beza. #bersyukurla wahai Nur!
Pertama dari segi camera belakang kali ni turun 45% dari sebelumnya. Jadi nak kena berlatih lagi la menggunakan camera dia ni. Bak kata adik aku, camera mahal-mahal pun kalau tak pandai guna sama je datang dia. So, aku harus bersyukur suami sudi nak taja lagi bini dia yang tak reti nak menabung ni. Hahaha ada duit p makan ja kerja. Dah terdesak macam ni, gagau la kau.
Cerita dia begitu saja la untuk new toy of mine. Kelebihan kotak Infinix ni comel sebab Note 30 ni mereka berkerjasama dengan Mobile Legends untuk telefon mampu milik dengan kualiti yang lebih power. Katanya jika kita main ML sambil charging takkan panas sebab dia ada satu function pindahkan pengecasan terus ke mainboard. Aku tak main jadi aku tak tau. Yang aku tahu, sekiranya line kau tak berapa nak ada pun sama jugak datang pergi dia. Semua tertakluk kepada kadar internet Malaysia yang masih sendu di sesetengah kawasan.
.
nah layan la unboxing tak seberapa hado ni. next time kita belanja gambar dan video dari my new friend, Infi.
sampai ketemu
ps: yang penting kalau layan drama, sound dia masyuk sebab speaker dia by JBL. Hehehe
aienienka
1 ulasan
Selamat berkhidmat
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤