Setelah sekian lama tak camping, buat pertama kali untuk tahun 2023 baru ada kelapangan untuk berkhemah dan grounding serta healing di Nomad Campsite.
Kali terakhir kami sekeluarga berkhemah di Bayu Impian Campsite bersama kawan camping suami, ini kali baru repeat dengan dia lagi. Berhabuk barang khemah setelah setengah tahun duduk dalam stor. Sebelum tarikh kejadian, habis godek semua nak pastikan semua molek lagi. Kebanyakan seperti kipas telah tak dapat digunapakai, diganti baru. Kerusi yang telah dijadikan kerusi rehat di rumah nenek, ditukar dengan warna sama dengan meja. Power bank satu kembung kerana tidak digunakan. Selebihnya semua dapat diguna lagi.
Sejak kes ribut di BIC dulu, kayu khemah agak lentik jugak la. Boleh dipakai, cuma jika bertemu lagi dengan ribut, wallahu alam la cerita dia. Risik khemah decathlon hari tu, boleh tahan harga dia. Semoga murah rezeki suami nak pinang khemah baru.
Nomad Campsite 1.0 Tg. Lompat Kota Tinggi
Agak rare jugak tempatnya yang tidak mempunyai jalan masuk melainkan ikut susur pantai. Menariknya tempat khemah ini punya dua pilihan healing sama ada view pantai atau view sungai.
Seketul kapisah dengan apa adanya berpisah tiada. Nak gmbr lagi hebat boleh la roger FB
Nomad Campsite dan perkongsian ramai ahli yang telah ziarah dan berkhemh ke mari.
Senang kata elok sedang tempat dia, walaupun ada bad rumor jugak tempat ni dulunya.
Apa aku suka tempat ni as dia banyak buaian. Memang healing sungguh la bila anak kau takut ombak tapi bila di muara dia boleh tersenyum sigat seronok main air.
Tandas yang cukup untuk kepadatan yang ada. Nomad Campsite ni dia tidak mengambil ramai-ramai camper untuk suatu masa. Cukup selesa untuk kita yang dah pun buat tempahan awal.
Ada surau yang selesa untuk menunaikan solat. Tapi buat geng camper lejen, tempat solat ni tidak menjadi satu masalah lagi buat mereka. Kan?
View dari area khemah kami. Anak-anak main depan mata. Sambil masak jengah anak-anak. Aku tunggu air pasang je baru turun mandi. Dah settle tugasan sebagai seorang ibu. Memastikan juadah ahli keluarga telah siap masak, haaa. Ajum la kita berendam. Tu pun separa hitam jika nak dibandingkan dengan mereka lain. Haha
Harga penginapan di Nomad Campsite
Satu kereta - RM50/malam untuk satu tapak
Carvan - RM70/malam untuk satu tapak
Jika nak berpiknik atau mandi manda dalam kawasan Nomad Campsite - RM30/tapak
Add ons - RM10 untuk sampah
Kemudahan lain:
✔️ Boleh mandi di tandas Nomad Campsite yang tidak dibuka untuk awam
✔️ perkhidmatan sapu bersih sampah dan tong sampah juga disediakan
✔️ Lampu generator buka dari jam 7 ptg sehingga 12 tgh malam. Selebihnya lampu solar.
❌ dilarang berkaraoke. Membuat bising ganggu healing orang lain.
❌ plug point. Power station sendiri.
👀 View lawa, sungai dan pantai serta hutan.
🍃 tempat kurang angin dan sempoi je hening.
☀ Dapat view sunrise, sunset agak tersembunyi.
Sebarang tempahan boleh hubungi
En Riwan
Kami di Nomad Campsite
First excited sebab lama dah tak camping. Aku ni asal camping je sakit sana, sakit sini. Penat la nak healing tapi macam apa. Tetap la enjoy walaupun begitu.
Kami bertolak dari rumah jam 9 pagi, sampai Kota Tinggi agak sesak jugak dah masa tu, singgah ke Eco Shop beli itu ini yang tertinggal dan terlupa namun tetap juga ada yang terlupa. 🤣
Beli air minum di Maslee dan beli pelampung buat anak-anak. Sekali dah sampai Tg.Lompat tu, tetap jugak tak boleh masuk ke tempat campsite sebab air pasang besar. Mau tunggu sampai lepas zohor baru ada jalan masuk. Disebabkan ikut persisiran pantai kan, kena tunggu la. Masa nak balik pun ini la paling lambat kami keluar jam 3 petang. Haha
Full moon dari khemah. 2 malam ni sini, memang seronok tengok full moon. Ada la rekod untuk konten quotes nanti.
Khemah kami sebelah tandas. Senang sangat la. Tapi tetap juga ada ambil air untuk cuci tangan ke kaki sebelum masuk ke khemah. Al-maklum la gaduh dengan pasir ni memang leceh.
Ada gambar family buat kenangan pun cukup. Memang berpisah tiada dengan telefon sebab dok rekod sana sini. Pisah masa cas dan tido saja. Nampak budak takut ombak tu. Geram aje la. Gambar penuh boleh tengok di FB la ek. Kalau mahu. Hahaha
Nasib ada gambar spoiler ni. Tutup auratku sedikit. Nomad Campsite ni dia macam ada dua port seberang sungai untuk tapak khemah. Siapa cepat dapat port yang sebelah pintu masuk. Lambat sikit ke belakang la jawabnya. But, it's okay aje la mana-mana tempat tapak pun sama je function dia. Janji dapat dekat dengan tandas. Tak gaduh takut nak membuang memalam buta.
Geng camping husband dari mula. Semoga sampai bila-bila. Ada masa adjust masing-masing kita gerak je. Majoriti kami bercamping memang dengan keluarga ni je. Sampai anak-anak pun dah kenal abang im dan kakak sofi mereka ni.
Ada buaian dalam sungai. Tapi rapuh sikit kalau mak-mak naik. Aku ni segan nak rekod sana sini. Segan kacau privasi orang. Di sungai ni ada port mengimbau masa kecik kita dulu (bukan aku la tapi) yang tali gantung kat pokok pahtu terjun masuk sungai. Best sangat! Nak kita buat memang tak boleh la kan. haha
Kau tengok anak dara sorang tu. Senyum dia dapat mandi sungai. Kalau di pantai tadi, jadi anak warek. Melekat terus.
Last but not least, a sunrise depan khemah. Leka sangat terlajak nak amek view sunrise. Bawak tripod pun lupa nak set up. Apa-apa je la ek.
Next, ke mana kah kita? Hehehe thank you husband bawak kami grounding. Anak-anak pun lama dah bertanya, belum ada kelapangan lagi. Semoga murah rezeki husband bawak kami jalan-jalan lagi. Hehehe
aienienka
6 ulasan
Nampak best tempatnya
BalasPadamIye wak. Dpt healing jap ..
Padamhhehehe sonok tgk org camping sana sini.. tp kita sejenis yg pemalas nak prepare semua tu hahaha kita cr glamping je la klu nak merasa hahah
BalasPadamBest juga kann.. geng ajak juga tapi fikirkan Laki tak suka gaya camping ni, hurmmmm tak boleh buat apa..
BalasPadamKena racun kuat lagi sis lin kita ada kawan dia suka camping tp lakinya tak kenan. Hahaha berapa tahun meracun tahun ni berjaya dia p.
PadamBest aktiviti Gini..Anak anak suka..enjoy..Tengok view tuhlah Syok..Kan...
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤