September, apa inginmu?

Isnin, September 04, 2023

 



ehhh, mana pergi kamu beberapa minggu ini? Ada saja di sini, santuni keluarga kicil kami yang ndak sihat masing-masing dan aku juga tak punya idea untuk menaip. 


Nah, hari ini punya idea itu harus naipnya laju-laju supaya lekas-lekas masuk dalam data. Risau nanti hilang semua. Begitu la kita bila tak ada bergaul dengan orang samanya kurang membaca. Menaip saja kurang punya idea yang lebihnya kepada merapu semata. 


Content untuk bulan September yang dimulai dengan healing setelah sekian lama tidak ke pantai dan juga berjaya menghabiskan beberapa drama Korea yang lama juga tidak aku tontoni. Jika rajin, ada la review dia aku upload okay? 


Bulan kegemaran ini bermula dengan senyuman dengan harapan juga akan berakhir dengan gembira kan? Selalunya akan kata, "Wake me up when september ends." - Green Day punya lagu tu kan. Bagi kebanyakan aku tengok September ni macam taboo. Macam soi. Haha tapi geng sepetmber tetiba banyak pulak muncul sejak dua menjak ni. 


Semoga harapan kita semua sama, ingin terus hidup happy-happy saja. Cuma sedihnya khabar bila dengar kisah exciden sekeluarga yang disolat jenazahkan oleh anak sendiri. Sedihnya tu mengingatkan kita orang baik-baik perlahan-lahan pergi meninggalkan kita. Kita? 

Jadi baik memang susah, jadi jahat juga susah. Susahnya di sana nanti. Sebelum merapu lagi, maka ada baiknya undur diri. Nanti kita sambung buat review sana sini. Okayy? Semoga kamu semua dalam keadaan sehat dan baik-baik saja. ☺


1 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤