Hari ini dalam kenangan

Isnin, Oktober 30, 2023


30 Oktober 1937 lahir seorang yang sangat dirindui dan dinanti. Kini beliau sudah tiada lagi. Word yang paling aku ingat sampai sekarang which is — tiada apa yang boleh selamatkan kita melainkan dengan zikrullah dan solat. 
.

Dulu pernah lalu masa 'kuarantin' di mana ubat gigi safi bahan utama untuk bersihkan diri. Tiada fikir lain. Fokus dengan ibadah. Bangun seawal pagi tahajud merintih semoga dipilih menjadi ikhwan yang dirindui oleh baginda Rasulullah SAW. Semoga diri terpilih untuk berbaiah pada Imamul Mahdi. Jika tertinggal tahajud, tak layak untuk berbaiah padanya. Padahal, tahajud tu solat sunat je. 
.

Kini, setelah 16 tahun meninggalkan kehidupan itu, aku rindu. Hampir saja aku meninggalkan semuanya padahal, jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 🥲 
.

Jauh di sudut hati aku sedih dengan diri aku terlalu lagha dengan dunia sedangkan di sana kita semua menanti hasilnya. Di sini, aku menanam benih-benih dosa yang orang lihat sepertinya berkongsi benda yang melalaikan. 
.

Kita tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pernah rasa hidup bergantung 100% dengan rezeki Allah. Tetap juga buta mata. Once again - ketakutan itu mula bermain segenap jiwa dan berharap agar jasad kuat melawan mazmumah dan nafsu dan segera bertaubat. Kita dah tak lama! Naiknya sang liberal sebagai pemimpin, saat itu — kata Abuya Malaysia ini tidak lagi kita punya. Jangan kata main-main la kita hidup dengan zikir sahaja. Lihat semua empayar ekonomi dunia yang dikuasai oleh kafir itu. Seram. Semua dah jadi darah daging kita tanpa sedar. Asbab susahnya bangun solat. Asbab susahnya bertaubat. Asbab egonya dengan Allah. Astagfirullah al adzim. Ampunkan kami ya Allah. 
.

Hari ini, entah kenapa seawal jam pagi susah bernafas dan bersin-bersin kerana hidung tersumbat. Padahal aku baru hendak lelapkan mata leka dengan drama. Hendak sambung tidur seperti tidak cukup nyawa. 

Beberapa hari lepas, aku bercakap dengan adindaku. Hendak ganti puasa yang lama sejak bersalinkan Nayla. Banyak sangat hutangnya. Cukup saja hutang solat, tambah lagi hutang puasa. nauzubillah min zalik jika nyawaku diambil apa aja aku punya di sana kelak? 
.

Nah, untuk hari tiada air ini, seperti percaturan Allah itu hebat. Semoga Nur kuat sehingga hujung hari. Day one of ganti puasa. Semoga kita semua diberikan kekuatan mental dan jasad untuk bertaubat dan beribadah. Jika dikhabarkan esok akan mati, pasti hari ini takkan ada di media sosial. Pasti takkan sempat melakukan apa saja. Hanya merintih agar diberi peluang untuk bersedia segala bekal. Seperti mana aku mengumpul berbekas air untuk kesediaan 23 jam. Jika mati? 
.

Mana kau nak ganti solat kau? 
Mana kau nak puasa kau? 
Mana kau nak bayar semua hutang-hutang kau? 
Sempat kah? 
Sekira masih bernafas, lakukan segera duhai diri. Kamu harus kuat demi kehidupan yang lebih baik di sana. 
Mau berbahagia dengan pasangan dan keluarga kecilmu di syurga Allah. 
.
Anakku Muhammad — perginya kau saat aku kata mahu hadiahkan dirimu pada orang lain sekira lahirnya kamu. Tak sempat ibu merasa punya buku pink kamu pergi. Ibu tanpa perasaan sedih dan air mata berasa lega. Kini, dihantui rasa bersalah. Maafkan ibu nak. Nanti kita jumpa di sana ya. Selamatkan ibu dan ayah serta kakak, abang dan adikmu ini. 
.

Kami tak mahu terus alpa di dunia. Kami takut jika kematian berakhir dalam kemurkaan. Nauzubillah min zalik

Ya Allah,  
Hidupkan lah kami dalam iman, 
Matikan kami dalam iman. 
Semoga apa yang aku pernah belajar dulu dpat diterapkan semula dalam kehidupan tanpa culas. Aamiin. 


Coretan hati rindu. 



1 ulasan

  1. semoga ibadah diterima olehNYA. kuatkan semangat & selamat beribadah :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤