Santai petang di Stall bubur Ayam KonGee, Nusabayu
Wahh, lama benaran tak lepak di luar ni kan. Rezeki hujung minggu, adik kelapangan maka kami keluar ambil angin di sekitar Iskandar Puteri dan terjumpa one of the best bubur favorite local, Stall Bubur Ayam KonGee (Kon-Ji) yang terletak betul-betul berhadapan dengan My Dobi dan berlatar belakangkan Bayu Angkasa Apartment.
Dia kan sebenarnya macam nak cari kudapan yang mengenyangkan, maka terjumpa ayam gunting di sini. For me — yang dah lama tak makan Ayam Gunting ni, pandai betul depa ni goreng kasi ranggup walaupun dah setengah jam lepas pembelian. Ayam goreng depa pun sedap dan besar.
.
Special menu Bubur Ayam KonGee
Bila dah mencuba seharusnya kita cuba yang special di sini. Selalu kalau saya cari sup atau berkuah memang suka Bakso, maka di sini saya mahu cuba Bubur Bakso Special yang lengkap dengan bebola daging, kacang, daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan. Jika korang pengemar pedas, boleh cuba gaul bersama sambal kicap resepi rahsia mereka. Sedap la kata adik saya tu. Untuk saya — hehe not a big fans of spiceness.
Bubur Bakso Special |
Nayla yang juga kebiasaan not a big fans menu begini jadi habis setengah mangkuk dia bedal sorang. Katanya sedap~ tekak budak nak menipu ke? hehe
Kongsi berdua dengan adik, memang jadi kerja mereka berdua. alhamdulillah kenyang anak-anak ibu.
.
Selain daripada itu, Stall Bubur Ayam KonGee juga menyediakan Bubur Ayam Special yang cukup berbaloi dan kenyang jika pekena pada hari hujan.
Apa yang special bubur Ayam ni adalah bilamana dia sudah ada cebisan isi ayam, dilengkapi pulak dengan meatball serta ayam goreng sebagai topping. Belum kira lagi rencah sampingan seperti kacang, daun sup dan bawang goreng. Kemudian, diiringi dengan sambal kicap serta chili flakes. Memang sedap la cerita dia kan? I was tried for a bite, and.. Phewww~ boleh tahan KonGee.. Terbaik!
The other thing yang kami cuba adalah set combo ayam gunting dan potato wedges serta sotong king. Quite murah jugak kan? For me sebab bukan selalu makan.
Duduk healing-healing sambal layan sunset sekejap, ambil angin bersama anak-anak and put down our phone, memang seronok rasanya. Sembang sambil layan dorang makan. Saya rasa gembira bila tengok mereka makan. Nasib sempat snap gambar sosej jumbo tu. Sampai saja di meja, masing-masing berebut nak makan. Ayam gunting pula, saja minta kurang pedas. Cukup sekadar serbuk lada putih sebagai rencah, anak-anak makan sehingga habis.
.
Pembukaan cawangan baru Stall Bubur Ayam KonGee
Korang boleh cuba bubur Ayam KonGee ni di stall mereka sama ada di:
📍 Berhadapan dengan MyDobi Nusabayu, Iskandar Puteri
⏰ 3.30 Petang sehingga 10 malam
Atau
📍 45D, Jalan Nusaria 7/4, Taman Nusantara, Gelang Patah
⏰ 3.30 petang sehingga 10 malam
Sekiranya tiada kelapangan di area Gelang Patah, korang juga boleh order ikut Foodpanda juga tau.
Nak buat tempahan sebarang majlis pun boleh, hanya hubungi nombor yang tertera di bawah:
📞 012-2448099
Selamat mencuba Bubur Ayam KonGee! Doakan mudahan mereka dapat kembangkan lagi bisnes mereka ke seluruh pelusuk Johor.
2 ulasan
bagi peminat tegar ayam cam saya ni, menu nya amat menarik dan rega pun reasonable. syg takda kat tpt saya
BalasPadamBoleh usaha kak. Hehe bubur dia sedap.
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤