Big Daddy's Cafe - Zon Nyaman yang perlu diterokai

Rabu, Februari 28, 2024


 Selamat datang ke Zon Nyaman~ 

Itu la kita kan, nama aje blogger ke so called content creator tapi aku ni tak tau kewujudan kedai Big Daddy's Cafe ni till suami bawak kelmarin. O MG! Terus fallen in love dengan vibes dia. Ikutkan rate di google, instagram dan tiktok, rata-rata mengatakan memang sedap, rate harga berpatutan dan vibes kedai makan yang selesa. 

.

Kami tiba di situ sekitar jam 5.30 petang.. Sunyi lagi. Macam ragu-ragu nak masuk. Padahal kedai ni dibuka seawal jam 12 tengahari sehingga 12 malam


Big Daddy's Cafe - coffee & western food 

Est from 2015 dan dari bangunan kedai mereka berpindah ke sebuah banglo (aku kira) dan direnovate as tempat makan. Dibuka pada setiap hari kecuali Rabu
.

Bertempat di 82, Jalan Ledang, Taman Johor, Johor Bahru memang ngam ngam soi aje. Cuma  korang kena brisk walk sikit la nak ke tempat makan tu. 🤣 
.

Servis mereka lebih kurang seperti layan diri dan makan. Haa gituu. Ko tunggu aje la mereka hantarkan makanan. Sambil-sambil tu boleh la romantize kan your life, our macam aku snap picture anak-anak dengan view yang lawa dan so bright gituu.. 



Korang duduk saja, kan ada waitress datang bagi korang kertas QR code untuk menu. Pilih la dalam tu nak makan apa. Anak-anak sibuk nak tengok menu apa ada dalam tu. For me, rate harga dia memang not bad at all jika perginya sesekali. haa, gituu.  
.

Menu yang dicuba di Big Daddy's Cafe 


NACHOS CHEESE 
RM13 

Ini memang appetizer ngam kalau datang petang. Sambil tunggu main dish sampai korang layan dulu ni. Anak-anak suka ajr la sebab nachos tu macam keropok plus cheese and mayonis dia.   Marvelous! 



Keropok Lekor Cheese 
RM10

Ini pulak kegemaran aku dan saja buat kudapan anak-anak. The problem is anak aku ni sampai tempat makan dia bukan nak makan betul. Dah tak habis kita tapau, elok aje dia makan sehingga menjilat jari siap tanya ada lagi tak? Aiguuu  anak.. 
.

Keropok lekor garing plus mayonis and cheese sos dia, aku ni kan mudah please. So memang sedap! 😘
.


dari kiri: Passion Fruit Drink ibu punya, Banana Smoothie for kids, Latte Apaknya punya.

RM 7, RM 12 (mungkin laa) 


Konsep kedai sekarang jimat kos manusia bekerja, guna konsep pakai buang macam ni, kita nak bawak balik kalau tak habis pun angkut saja. Rate air - Yihhhh, nanya lagi! Sedap laaa bahh.. Terutama banana Smoothie.. Marvelous wehhh!! Air tu je habis di kedai, dua lagi bawak balik. Haha 
.


Nasi putih Kambing Bakar
RM23 

Again! Sedap! Cuma kena makan laju-laju sebab kambing bakar dia sejuk dah tak sedap. Untuk tong kecik macam aku, kambing dia too much untuk nasi secoet tu, buatkan aku teringat adik bongsu aku. Weh, kalo deme datang JB bawak ler deme ke maghi.  Kata aku pada husband. haaaa, kalo hari tak jammed la ek. 
.


Nasi ayam penyet 
RM13 ke RM17 gituu laa

Husband macam biasa menu tekak melayu banjar dia, mana-mana kalau ada ayam penyet itu aje la dia. Komentar dia, ayam okay sedap. Cuma sambal tak kicked! Ehh, orang kuat pedas ni sambal mau padu..  Aku, no thanks la ek. Haha 
.

Last but not least, untuk anak-anak yang sudahnya ibu ayah juga habiskan. 


Chocolate oreo bingsu (apa tah nama dia) 
RM 12 ke tak ingatt....

Ini pun sedap. Orang ramai puji cendol dia sini sedap. Kena la cuaca hat lit lit ni, memang padu! Masa kami p panas, tetiba hujan sampai kena beralih meja. Over all, semua tiptop! 
.

Kome try la makan sini. Bukan terlebih puji, tapi tekak makan apa saja tanpa kompelin ala-ala pengkritik makanan michelin tu, boleh la. Bukan selalu. Orang masakkan dan belanja lagi. Nikmat mana kau nak dustakan. Alhamdulillah. 
.


Patin tempoyak tu mengoda, maybe next time?? 
.


Ini view healing aku untuk minggu ni. Thank you husband bawak jalan-jalan. 😘 semoga dimurahkan rezeki selalu. 
.

Love, 
Suri hatimu.. 

.







Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤