Mula Februari dengan majlis akad

Rabu, Februari 07, 2024

 


wahh lama betul tak menulis di sini. Sihat nihh, jadi semangat nulisnya ke mari. Banyak ni mau diceritakan, tapi semua dipekung di hati saja ya. 

.

Kami mulakan Februari dengan padat lagi sibuk. Seawal 1hb hari tu dah berjalan ke Melaka demi meraikan majlis akad nikah adik yang ke-5. Tiga hari berkampung di Kuala.Sungai Baru, pulang ke Johor meraikan majlis graduasi sulong kami, Nayla di sekolah. 5hb pulak ada appointment klinik, sekali nahhh.. Darah kau naik melangit. Padahal rasa macam tak ada makan banyak-banyak. berat pun lahai. haha 

.

Begitu la Februaru kami, sangat meriah di minggu pertama. Hari ni baru dapat tarik nafas panjang, dan lepak-lepak di rumah selesai laundry baju, dan kembali kepada rutin asal. 


Kita belanja gambar kek dan celebration birthday pengantin before besok akad nikahnya bersama pasangan. 


kredit masak-masak tu my adik yang realisasikan menu kakak dia share di Igstory hari tu, Chicken Fried Garlic or Chicken Garlic Fried or whatever. dapat juga merasa orang lain masak. Pahtu ada mee pok Korea kata bapakku. 

Menu tambahan pizza dan satay dari kakakku. Kami anak beranak bawak perut semata. Sebab tak tau ada makan-makan malamnya. ha Ha maaf la ek. Semoga rezeki kome murah selalu berkongsi rezeki begini. 

.


Biar la gelap. Sak sik da orang amek. Ha ha Nak share gambar pengantin risau pengantin tak bagi lulus. Jadi kita kongsi mana yang kita amek aje la. Rupanya baru tau mas kawen begini, walaupun ada mock dia, kena ada jugak tunai dia ehh..  Huhuhu .

.


Semoga Februari berjalan dengan happy-happy aja... 

3 ulasan

  1. Samalah, banyak juga dipekungkan. Sudahnya entri blog mcm chipsmore 😂. BTW, dominos baru tu sedap x? Cdg nak cuba. Tp takut muak pulak 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha begituu la adat blogger bilisan ni. Yang mana satu baru kak? Xtau laa. Yg ada cheese celup tu. Biashe biashe jee.. Sedap lagi aloha chicken. Haha

      Padam
  2. Sedapnya menu. Best tu kerang cicah sambal kicap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤