Celebrate Mother's Day with Mr Ryori Japanese Cuisine

Isnin, Mei 13, 2024



Happy Mother's Day semua!! Amacam emosi mak-mak zaman kini? Setelah lama meninggalkan blog sepi tanpa sebarang posting, jadi hari ni kita nak kongsi dengan korang bahawa ada satu port healing buat mak-mak yang suka makan Japanese Cuisine. Nak tau di mana? Korang kena la baca sampai habis tau. Jadi sebelum tu kita nak kongsi ada apa di Mr.Ryori yang baru dibuka beberapa bulan lalu. Apa yang penting sekali ia merupakan branch pertama Mr.Ryori di Malaysia dan selamat landing di.......... stay read tau!


set shabu-shabu di Mr.Ryori


Untuk promosi bulan May sempena Mother's Day ini, Mr.Ryori ada set shabu-shabu sesuai untuk 2-3 orang makan. Memang sesuai sangat nak lepak-lepak dengan kawan sementara tunggu anak balik sekolah. Atau berkumpul adik beradik di hujung minggu kan, bagi Aien sesuai sangat mak aihh..




Paling seronok sekali kalau korang nak buat family gathering sekitar 8-30 orang di Mr.Ryori, ada private space untuk korang. Aien approved port dia yang jauh dari keriuhan orang ramai. Korang nak borak sampai tutup kedai pun tiada masalah. Janji rumah settled dah la. HAHA


Menu lain di Mr.Ryori - Japanese Cuisine wajib di cuba

Sebut aja Japanese Cuisine most of us terutama Aien la kan, mesti ingat sushi je. It's been long time Aien tak makan sushi sebab husband is not penggemar stranger food ni, maka bila dapat join JDT Blogger di sini, kami healing sesama kami borak-borak setelah lama tak jumpa kakak-kakak sekalian. Fuh, nikmatnya tak terkata. Alhamdulillah suami ni walaupun dalam tak  minat dia, di mr.Ryori dia masih boleh makan Curry Rice Mr.Ryori. Tak ada la kita nak melahap tanpa fikir perut suami. HAHA 

Selain daripada Curry Rice, ada juga Sashimi, noodle, Kid's Meal, Yakimono, Donburi, Ishiyaki, dan dessert. Dua minuman Signature di Mr.Ryori yang korang mesti cuba adalah Sakura Blossom dan Aki Romance yang juga dihidang dalam set jug besar untuk minum sekali ramai. Nohh, datang sesekali takkan nak ambil yang simple-simple je kan? :P

Semua menu di Mr.Ryori pasti mampu bayar in shaa Allah bermula dengan harga RM4.99 sehingga last RM200 kalau korang pilih wagyu la kan. Wagyu mana pernah murah ye dak?  Jom tengok di bawah apa lagi menu yang Aien sempat snap-snap masa kami gathering hari tu. 


Gyoza a.k.a Fried Dumpling surely sedap! Sejak bila seketul Kapisah ni cakap tak sedap kan? Cuma pedas sikit la, kata akak Eda dia ada yang tak pedas dan ada yang pedas. Pedas because of lada putih tu feeling dia lain macam. Haaa, berdesing telinga koi teruih.. But, tak elok membazir kan?


Cuaca panas, dapat bingsu atau buah-buahan yang diiringi dengan ais ni memang segala terasa nikmat. Alhamdulillah. Apabila kau dah borak-borak sambil tu mesti nak mengunyah. Aien tak tahu korang, tapoi kalau Aien masa menyembang sedap betul mengunyah sama. Jadi nak tak gemok, mari lah kita mengunyah secara sihat. Gitu nak pujuk diri eh.


Deretan sushi yang pelbagai jenis mesti wajib ada bila sebut pasal Japanese Cuisine. Ini merupakan trademark makanan Japan yang ada di serata dunia. Di Mr.Ryori korang boleh merasa kesegaran bahan-bahan yang digunakan oleh team chef mereka. Pasti korang takkan kecewa dengan hasil kerja Mr. Ryori.



For daging lover, you should try this dish yang for me sangat healthy dan suitable for diet people yang punya cheat day. Gituuuhhh~ tapi tak sangat la cheat day dia sebab this one masih boleh dikira kalori dia berapa aje la kan. Aje kata kita yang tak pernah nak diet, tapi berangan aje lebih. 

 For Sashimi Salmon lover, korang pasti tak nak lepaskan peluang try this delicious dish for me berbaloi dengan rasa salmon yang fresh. Bak kata my sister, susah nak cari kedai sashimi salmon yang pakai salmon fresh begini. Me as sesekali makan salmon ni, mana la nak tau.  Jadi for the next time, I harap boleh ajak dia ke mari. 



Thanks, these lovely ladies ajak Aien healing sekejap di Mr.Ryori yang berada di:

 L3.33, Level 3, Toppen Shopping Centre, 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

(Opposite TGV Cinema or Beside The Parenthood)

Business Hour: which as same Toppen Johor Bahru building, 10 AM - 10 PM

Korang jugak boleh buat reservation by calling this in charge person : (010-765 0209




Masih tak boleh move on dengan menu sushi di Mr.Ryori, korang boleh je tengok page Facebook Mr.Ryori dan just go eat there baru tau pengalaman enjoy Japanese Cuisine without keluar dari Malaysia pun. HEHE 



 

3 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤