Gateaway to HN Santai Homestay & Campsite

Isnin, Mei 27, 2024

Betapa cerita ini aku peram dari bulan 1 sampai dah separuh tahun baru ada masa nak menulis. Sampai penuh sudah galeri aku dengan gambar random tak tentu, dan jenuh nak skrol balik dan aku pun upload ikut suka yang dipilih. Hadam aje la kalau dah update ikut phone. Okay, aku dah susun balik sebab kena ubah perangai yang suka kerja semberono tu kan.
.

Kali pertama gateaway untuk 2024 hari tu dengan geng tempat kerja suami. Seronok, tapi cuaca tak seronok pasai hujan turun tanpa henti sebaik saja kami tiba. Nak mandi pantai pun red flag. Kali ni kami lepak di HN Santai Campsite & Homestay.


Di HN Santai ni ada menyediakan homestay, chalet dan juga campsite untuk mereka yang suka bercamping. Luas, bersih dan dalam kawasan pagar. Ikutkan plan asal nak camping, malangnya yang nak pergi bukan kaki camping jadi kita book homestay aku bilik aje la. Tiga keluarga pergi, jadi tiga bilik berbeza. 
.


Rumah chalet yang kami duduki. Mempunyai 5 bilik berbeza mengikut kesesuaian korang la. Ada yang jenis double single bed, ada yang jenis queen saiz dan ada juga yang ada bilik extra dalam bilik. Haa, gitu la..dah tak ingat sangat sebab dah lama. Bwahaha tu la peram lama sangat. Dan sedap rupa tempoyak kalau yang diperam itu durian masak. 


Nama chalet yang kami duduk. Kemungkinan based on nama anak-anak owner ni kot. Sebab sebijik aje semua. Amir, Amar, Amirul apatah lagi. Sampai 5 bilik la kan. 


Kami pilih queen saiz extra single bed. Range harga dia masa tu dalam RM150/malam kot. Agak selut a.k.a sempit la jugak sebab kiblat mengadap bilik air. Hurm... Strategik kan. Last aku solat atas katil aje. Empuk sikit. 


Ruangan yang sempit itu takkan muat untuk solat jemaah, jadi terpaksa solat asing-asing. Bila tengok balik gambar ni, kenapa tak terfiki nak kalihkan meja depan katil tu an. Haha otak pendek. Pemikiran sempit. Yok!  Begitu la an. 
.

Campsite HN Santai 



Agak lapang dan boleh memuatkan 10 tapak khemah dan tapak khemah bebas di sebelah hadapan pantai.  Masa kami pergi ni memang lapang betul. Mungkin bukan musim dia dan orang pun masih takut nak pergi pantai sebab sebelum tu ada kes orang mati lemas jugaknya di kawasan pantai yang sama. 

 


Sempoi aje jalan ke pantai dia tulis. Takut manusia sesat agaknya tak nampak jalan ke pantai. Risau  juga lalu dicelah-celah khemah manusia. 


Siap ada patio untuk mereka yang datang cuma mahu piknik saja. Jika orang tak ramai, boleh la buat macam tempat ini ana yang punya. 🤣 Sewa la tapinya ek. Sebelum buat macam tempat ni korang punya. 


Tandas dia kiri kanas ada dan banyak ek. Sebelah lelaki dan perempuan.  Bertembung la tapinya.  Orang tak ramai syiok la mandi, orang ramai. Hurm..  


Bersih tandasnya bagus pengurusan Han Santai ni. Ada rezeki lain kita camping ni sini. Macam dah kurang hype orang camping sebab cuaca tak tentu sekarang ni.  Ke aku je rasa macam tu. Tengok group FCJ meriah camping sana sini. Hew hew hew 


Ada sebijik gobok dan ampaian untuk sidai dan simpan baju kalian.  Basic la kan. 


Dan favorite, tandas dia luas. Ada sediakan shampoo dan conditioner. Cumanya lagi bagus jika ada selipar tandas. Kan? 
.

Korang boleh check out di page Facebook HN Santai Homestay & Campsite untuk sebarang pertanyaan. 
.


Done luahkan peraman 5 bulan saya. Hew hew hew .. Sebab cuti sekolah, ingat nak berjalan. Nampaknya kita camping depan rumah aje la anak2. 








Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤